Esok mama ada sesi fotografi dengan Camora Arts. Fotografi tu akan diadakan di pantai kelanang, morib. Alang-alang dah nak ke sana, mama booked la hotel. Sambil menyelam, dapat minum air. Sambil berfotografi dapatlah mama berehat luangkan masa berkualiti dengan suami dan anak-anak.
Mulanya mama nak stay dekat gold coast morib, dapatlah anak-anak main kat theme park. Tapi sebab last minute booking, bilik kosong nan hado la. Yang ada cuma apartment yang berharga RM800++. Huhuhu..idokla teman nak duduk situ. Kalau FOC lain cita.
Mama google la nearby hotel, terkeluarlah impian morib hotel ni. Baca few reviews kat blog, macam ok jer. So mama called dan nasib baik ada bilik kosong. Tanpa fikir panjang, mama terus buat booking.
Kalau ikutkan waktu untuk check in pukul 3 petang. Tapi kami dah sampai awal, pukul 2 dah sampai sana. Saja la try nasib kot-kot dapat check in awal. Alhamdulillah, rezeki ibu mengandung. Ada bilik yang kosong dan kami dapat check in.
Kat sini ada dua jenis bilik samada bilik hotel atau chalet. Bilik hotel ada yang deluxe or superior. Kalau chalet plak samada garden view atau sea view.
Mama pilih chalet sea view. Rate satu malam RM280. Time peak season camnilah...ada surcharge time cuti sekolah.
Bilik agak luas jugak. Semua basic keperluan tu ada. Seterika kena amik kat receptionist. Siaran astro ada, tapi kualiti gambar out.
Toilet luas dan bersih. Hot shower pun ada.
Ikut kata receptionist masa mama buat booking, setiap bilik kat sini ada satu katil queen dan satu katil single. Memang sesuai la untuk family kecik kami ni.
Pastu ada set kerusi jati dan sofa untuk bersantai-santai sambil menikmati pemandangan air laut.
Papa take 5 dulu sambil makan pisang goreng. Sekejap lagi papa nak keluar tapau lunch. Apa yang mama nampak masa perjalanan datang tadi, kat sini tak banyak kedai makan.
Memang confirm sini susah nak cari kedai makan. Papa cakap ada satu jer kedai yang dia jumpa. Tu pun orang beratur tunggu makanan ramai gila. Papa tunggu sejam lebih baru dapat makanan.
Papa beli nasi goreng seafood, udang celup tepung dan sotong celup tepung. Celup tepung tu oklah rasa dia cuma nasi goreng tu terlebih masin.
Dah penat-penat papa beratur beli food, si kembar ni langsung tak nak makan nasi. Diorang minta maggi. Diorang ni camnilah, kalau gi hotel diorang sukaaaaa sangat makan maggi.
Pastu digandingkan dengan air milo 3 in 1 yang mama bawa dari rumah. Berselera diorang makan kat beranda sambil jamu mata tengok pemandangan laut.
No comments:
Post a Comment