Showing posts with label JOHOR. Show all posts
Showing posts with label JOHOR. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Bye Bye Kg Punggor Kecil

Pagi ni kami check out awal sebab nak cepat sampai KL. Sebelum balik singgah kat umah mentua Eween dulu. Sekali lagi kami dijamu dengan mewahnya kat sini. Tuan rumah memang murah hati. Berlebih-lebih makanan untuk kami makan.

Yang menariknya, bapa mentua Eween ni ada koleksi parang lama-lama. Parang-parang ni diletak dalam almari kaca tapi tak sempat nak susun katanya. Sebabnya, diorang baru jer pindah ke rumah baru ni.

Parang ni dari zaman Jepun lagi. Ada kesan karat kat mata parang ni. Katanya kesan darah. Ye ke? Mama ni kurang arif pasal parang-parang ni.

Papa beraksi dengan parang zaman jepun. Anak plak sibuk mencelah.

Parang kontot, tapi berat giler.

Pisau belati ni siap diframekan. Ada sentimental value kata empunya diri. Apapun, tuan rumah siap bagi satu parang untuk papa sebagai souvenier.

Saturday, June 16, 2012

Ke Johor Lagi Kita Yeop

Wiken ni menghabiskan masa kat negeri johor lagi. Kali ni kat Rengit pula sempena majlis bertandang Ewin. Kami bertolak seawal 6 pagi sebab takmo ketinggalan majlis kenduri. Manalah tau kot-kot tersesat. Memanglah biasa dengar nama Rengit tu, tapi nak mencari kampungnya yang bernama Puggur Kecil tu yang merisaukan. Ahli rombongan yang lain bertolak malam tadi lagi. Tapi papa penat nak drive malam-malam. Jadi cuma kami sekeluarga jer yang bertolak pagi ni.

Berjalan dengan budak-budak ni haruslah banyak berhenti. Mula-mula berhenti breakfast. Pastu benti lagik anak berak. Pastu anak minta keropok. Pastu Mak plak nak berak. Campur sesat cari kampung Punggur Kecil tak jumpa-jumpa. Akhirnya pukul 11 baru kami sampai kat Homestay d'Qaseh.

Besar rumahnya. Tilam bantal semua lengkap. Siap berlebih-lebih lagi. Tuan rumah memang tinggal kat rumah ni. Tapi bila ada orang menyewa, diorang duduk kat bahagian belakang rumah....kat belah kanan yang ada kereta merah tengah parking tu. 

Kalau tak silap sewa untuk rumah ni adalah RM100 semalam. Rumah ibu ni memang cukup luas, boleh muat 3,4 family. Cumanya bilik ayor dia kat luar. Standardlah kan rumah kampung style dolu-dolu.

Selain rumah ibu tu, owner homestay d'qaseh ni jugak ada sediakan 3 biji bilik kat tepi rumah ibu ni. Kami sekeluarga dok kat bilik hujung sekali. Sewa untuk bilik ni RM70 satu malam. 

Inilah bilik kami. Disediakan satu katil dan 2 tilam single. Bilik ni cuma ada kipas, takde ekon yer. Kebetulan time kami datang ni tengah musim panas. Kipas siling tu macam takde kesan jer. Pastu nyamuk plak beribu-ribu lemon. Bukanlah nak komplen, peringatan untuk diri sendiri. Sebelum bercuti tu kenalah buat preparation apa yang patut. Dah tau kami stay kat kawasan kampung, patutnya kami sediakan ubat nyamuk.

Toilet pun Ok. Bersih jer. Siap ada air pancut. Haruslah anak bujang mama asyik nak ke bilik air jer kejenya. So far berpatutanlah keadaan bilik dengan harga sewanya.

Tapi apa yang paling mama suka kat sini adalah halamannya yang amat bersih. Makcik owner homestay ni memanglah rajin menanam bunga dan pokok-pokok. Redup jer kat luar.

Tapi sayangnya timing kami stay sini salah. Buah manggisnya belum masak. Kalau tak boleh makan manggis free. Hehehe..tuan rumah ni memang murah hati. Ade jer kuih muih yang dihidangkan untuk kami. Terima kasih diucapkan untuk tuan rumah kerana layanan baik selama kami stay kat sini.

Monday, June 4, 2012

Shopping Kat Ayer Hitam

Selepas check out jam 10 pagi, kami terus shoot ke destinasi yang seterusnya iaitu Ayer Hitam. After salam-salam dengan Mr B sekeluarga (diorang kan datang naik kete sendiri, haruslah balik pun asing-asing), kami meneruskan perjalanan.

Tiba kat Ayer Hitam lebih kurang 11.30 pagi, tapi kat sini matahari dah terpacak. Panas gila. Kami diberi tempoh sehingga jam 2 petang untuk bershopingan.

Kesian tengok Rayyans tak dapat buka mata sebab panas, mama belikan diorang topi angry bird sorang seketul. Sorang pilih kaler dark blue, sorang pilih kaler krim.

Topi dah dapat, nampak mainan menjerit nak mainan la plak. Dapatlah jugak mainan ni sorang seketul. Tak pasal-pasal bila Mawar Qhalisya nampak, terus merengek nak jugak. Dah satu hal bapa dia pusing gi cari mainan ni jugak.

Pastu mama ada gak beli kerepek untuk bawa balik sebagai buah tangan untuk pengasuh Rayyans. Nak beli souvenier dalam USS nan hado tak berkemampuan. Pastu mama ada beli sebiji periuk tanah untuk diri sendiri bagi meningkatkan motivasi diri untuk lebih rajin memasak. Hahahaha.

Dah penat pusing Ayer Hitam, dah puas shopping, barulah cari kedai makan untuk mengisi perut. Papa orderkan nasi ayam untuk Rayyans. Banyak diorang makan walaupun makan main-main sebab pagi tadi diorang cuma makan roti jer.

Mama n papa plak makan yong tau fu bersup ni hasil godaan dari mama jue. Memang sedap sup dia. Pastu makan bercicahkan sambal. Memang berpeluh-peluh makan di bawah cuaca yang panas terik. After makan, terus naik bas dan gerak balik ke shah alam.

Berakhirlah sudah family day kami tahun ni. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Especially part gi USS tu. Kalau nak pergi sendiri entah bila la baru dapat jejak kaki dalam tu. Apapun, thank you Mr B sebab bermurah hati menaja setiap perbelanjaan anak-anak dan suami kami juga. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Mr B, seterusnya murahlah jugak rezeki kami. Aminnn.

Saturday, June 2, 2012

Pasar Malam Segget

After dinner, rombongan kami dibawa jalan-jalan sambil bershopping kat pasar malam segget. Selama 4 tahun mama belajar kat UTM dulu, tak pernah sekalipun hafta mendengar nama pasar malam segget ni. Boleh gitu?? Padahal ikut cerita pasar malam ni agak femes gakla. 

Kami sampai sini dah hampir kul 10 malam. Time ni anak-anak memang tak berapa nak cergas sebab time tidur diorang. Pastu, kebetulan trip kali ni Hazim & Hadif kena sembelit. Kesian si kembar berdua x selesa, sakit perut tapi nak poo poo tak keluar-keluar.

Kat sini macam-macam barangan dijual. Mama usha-usha gak kot-kot ada berkenan blouse-blouse yang cantik. Tapi sayangnya saiz nye kecik-kecik. Susahnya jadi orang gemuk nak cari baju yang sesuai :(

Macam-macam jenis perhiasan ada. Sib baiklah anak mama dua-dua lelaki. Kalau tak geram jer tengok sepit rambut yang comel-comel ni.

Tengok, jangan tak tau..kat pasar malam pun ada jual tayar basikal gak tau. Colourful lagi tayar basikal tu.

Gerai yang mempamerkan dan menjual gambar-gambar selebriti dolu-dolu. Sapa-sapa peminat fanatik P.Ramlee bolehlah tambah koleksi potret.

Kami merayap kat pasar malam ni sampai kul 11.30 malam. Penat betul berjalan sebab kena dukung anak. Anak-anak dah penat dan mengantuk. Akhirnya, tertidur jugak diorang sementara tunggu bas datang.

Kat pasar malam tu mama cuma beli pistol mainan untuk Rayyans jer. Untuk diri sendiri, tak berkesempatan nak membelek.

Dinner @ Marina Seafood Restaurant

After maghrib, kami semua berkumpul kat lobi sebab jam 8 kami akan gerak ke Marina Seafood untuk dinner plak.

Semasa dok melepak tunggu semua ahli rombongan, Zul sekeluarga  baru sampai dan check in hotel. Diorang sampai lambat disebabkan menempuh jalan yang teramat jem kat seremban.

So kami kena tunggu lama sikit, tunggu zul setelkan hal check in then follow kami semua ke tempat dinner. Kali ni dinner semua ahli rombongan dah ada. 

Restoran marina seafood ni dekat jer ngan hotel. Perjalanan tak sampai 10 minit pun. Lokasinya betul-betul kat tepi jalan. Tak susah la nak mencari restoran ni.

Restoran ni berkonsepkan chinese food. Malam ni agak sibuk kat sini coz ada jamuan perkahwinan pasangan india n cina. Masa kami sampai tu makanan masih belum dihidangkan.

Anak bujang ai haruslah tunjuk perangai tak reti nak dok diam. Asyik dok main ketuk batang chopstick. Dah macam main drum pun ada. Malu ai..dahla dok semeja ngan bos satu keluarga.

Then barulah food satu persatu di hantar ke meja kami. Ni timun masak stim kot. Mama kurang pakar pasal masakan cina ni.

Sup sawi. Tak rasapun. Tak tau camna rasa dia. Masa tengah makan ni capai jer apa yang dekat sebab anak takmo duduk diam. Nak concentrate makan pun tak boleh.

Tofu jepun..pun tak tau nama masakan. Sedap, manis-manis rasanya.

Ni lebih kurang cam fish cake kot. Rasanya manis-manis gak.

Sayur kailan goreng..kot...

Udang bakar

Ayam panggang

Ikan terkangkang masak stim

Hidangan telah tersedia kat atas meja. Cuma bila makan chinese style ni, bab-bab nak guna chopstick yang tak berapa nak pandai. Kat sini plak tak sediakan sudu garpu. Bila kami minta, diorang cakap takde. Makan pun dalam mangkuk kecik. Bila minta pinggan, samala alasan, diorang cakap takde. So malam ni seme jadi orang jepun, makan nasi dalam mangkuk kecik. Exprienced....

Bila dah nak habis makan, waiter hantar air cincau. Air cincau ni better la dari air teh yang takde rasa apa tu.

Walaupun makan dalam kepayahan, sambil bergaduh dengan anak, struggle guna chopstick, makan bersopan dalam mangkuk kecik...disebabkan kelaparan dugaan tu semua tolak ke tepi. Licin semua pinggan mangkuk lauk pauk yang dihidangkan. My opinion, food dia rasa ok la, tapi tang servis tu la yang diorang kena perbaiki lagi.

Sebelum balik, jamu mata dengan fresh seafood yang diletakkan dalam aquarium di hadapan pintu masuk restoran. Udang galah ni sekor rege RM220 dah. Memang tak dapeklah nak merasa udang yang semahal ini.

Kat depan ni ada macam-macam jenis ikan dan seafood. Tapi harganya boleh tahan mahal la. Sapa yang banyak duit tu bolehlah pilih-pilih seafood mana yang nak dimasak.

Round-Round Sekitar Hotel

Ngam-ngam Rayyans habis berendam kat bath tub, wadi called cakap diorang dok melepak kat swimming pool. Kalau ikut mama, nak jer sambung rendam Rayyans dalam swimming pool plak. Baju mandi diorang memang awal-awal lagi mama dah standby.

Tapi laki ai tu kan banyak cerewetnya. Tak bagi Rayyans mandi pool sebab hidung dah berhingus. Huh..tak sporting langsung papa ni. Actually, mama pun teringin gak nak berendam dalam pool. Tapi laki dah kata NO, maka ku ikutkan jer la kata laki.

Dari kejauhan dah nampak swimming pool. Orang tak ramai sangat petang ni. Hmmm...rugi-rugi.

Cantik gak poolnya. Terbahagi kepada dua part, untuk kanak-kanak dan dewasa. Kat tempat kanak-kanak siap ada gelongsor lagi.

Sian anak-anak mama, cuma mampu tengok dari kejauhan keseronokan orang lain mandi kolam. Nak wat camne, dah papa tak izinkan. Redha jer la.

Kat sebelah swimming pool ni ada gim. Tapi kami datang sini bukan untuk exercise, tapi bot tu tarikan utama. Hahaha..

The boys on the boat. Kenmain lagi Hazim yer nak mengemudikan bot ni. Hadif plak tengah admire kat layar bot.

Tapi kami xleh dok lama kat sini..banyak nyamuksss...Karang berbekas plak muka diorang ni dengan love bite nyamuk.

Dari swimming pool kami terus naik ke bilik sebab hari dah nak maghrib. Sementara tunggu waktu solat, pekena milo panas dulu. Hurmmm... syukur..