Wiken ni menghabiskan masa kat negeri johor lagi. Kali ni kat Rengit pula sempena majlis bertandang Ewin. Kami bertolak seawal 6 pagi sebab takmo ketinggalan majlis kenduri. Manalah tau kot-kot tersesat. Memanglah biasa dengar nama Rengit tu, tapi nak mencari kampungnya yang bernama Puggur Kecil tu yang merisaukan. Ahli rombongan yang lain bertolak malam tadi lagi. Tapi papa penat nak drive malam-malam. Jadi cuma kami sekeluarga jer yang bertolak pagi ni.
Berjalan dengan budak-budak ni haruslah banyak berhenti. Mula-mula berhenti breakfast. Pastu benti lagik anak berak. Pastu anak minta keropok. Pastu Mak plak nak berak. Campur sesat cari kampung Punggur Kecil tak jumpa-jumpa. Akhirnya pukul 11 baru kami sampai kat Homestay d'Qaseh.
Besar rumahnya. Tilam bantal semua lengkap. Siap berlebih-lebih lagi. Tuan rumah memang tinggal kat rumah ni. Tapi bila ada orang menyewa, diorang duduk kat bahagian belakang rumah....kat belah kanan yang ada kereta merah tengah parking tu.
Kalau tak silap sewa untuk rumah ni adalah RM100 semalam. Rumah ibu ni memang cukup luas, boleh muat 3,4 family. Cumanya bilik ayor dia kat luar. Standardlah kan rumah kampung style dolu-dolu.
Selain rumah ibu tu, owner homestay d'qaseh ni jugak ada sediakan 3 biji bilik kat tepi rumah ibu ni. Kami sekeluarga dok kat bilik hujung sekali. Sewa untuk bilik ni RM70 satu malam.
Inilah bilik kami. Disediakan satu katil dan 2 tilam single. Bilik ni cuma ada kipas, takde ekon yer. Kebetulan time kami datang ni tengah musim panas. Kipas siling tu macam takde kesan jer. Pastu nyamuk plak beribu-ribu lemon. Bukanlah nak komplen, peringatan untuk diri sendiri. Sebelum bercuti tu kenalah buat preparation apa yang patut. Dah tau kami stay kat kawasan kampung, patutnya kami sediakan ubat nyamuk.
Toilet pun Ok. Bersih jer. Siap ada air pancut. Haruslah anak bujang mama asyik nak ke bilik air jer kejenya. So far berpatutanlah keadaan bilik dengan harga sewanya.
Tapi apa yang paling mama suka kat sini adalah halamannya yang amat bersih. Makcik owner homestay ni memanglah rajin menanam bunga dan pokok-pokok. Redup jer kat luar.
Tapi sayangnya timing kami stay sini salah. Buah manggisnya belum masak. Kalau tak boleh makan manggis free. Hehehe..tuan rumah ni memang murah hati. Ade jer kuih muih yang dihidangkan untuk kami. Terima kasih diucapkan untuk tuan rumah kerana layanan baik selama kami stay kat sini.
No comments:
Post a Comment