Seronok betul berjalan kali ni. Ada jer orang jemput makan. Malam ni bapa saudara pengantin lelaki plak ajak kitorang berBBQ sempena birthday cucu beliau.
Kami ni bila dijemput makan memang takkan menolak la. Macam-macam ada. Yang bakar-bakar ada sotong, ikan keli, ikan cencaru, udang, ayam, ikan pari. Mewah betul dengan lauk pauk.
Selain menu bakar-bakar tu ada gak satay ayam n daging n ketupat, rojak mee, mee goreng, nasi goreng. Banyak betul makanan sampai tak larat nak makan.
Inilah birthday boy n birthday girlnya. Bila orang tanya nak nyanyi lagu 'Allah selamatkan kamu' atau 'happy birthday to you', dia cakap nak lagu happy birthday to you. Sampai 4 kali ulang nyanyi. Si Rayyans bab-bab nyanyi lagu birthday ni paling suka la.
Kami tak dapat nak lepak lama-lama kat majlis ni sebab mata masing-masing dah kuyu. Kepenatan seharian penuh dengan aktiviti. Pastu ada plak ahli rombongan yang nak bertolak balik ke Nilai malam ni. Apapun, terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana meraikan kami.
terliur tgk BBQ..meriah..neway, cumeynye your twin..hrp 1 day, kami dpt rs anugerah seperti itu:)
ReplyDeleteBBQ memang sedap ann..tmbh2 ada org sponsor.
ReplyDeleteInsyaallah satu hari nanti Ann pasti terima anugerah yang satu itu