Wednesday, June 6, 2012

I-City With Bonda

After dinner yang super pantas sebab masing-masing dah tak sabar nak ke I-City, kami bertolak pukul 8.30 malam. Sampai I-City pukul 9.00 malam. Buang masa beratur panjang dari pintu masuk ke tempat parking. 


Orang malam ni ramai gila. Siap ada yang datang dengan bas. Mama kira lebih dari 10 buah bas yang tengah parking. Parking kat dalam building dan full. So kami parking kat luar jer. Walaupun parking kat luar, parking tetap RM 10 hengget..

Kali ni datang ke I-City dengan tujuan yang berbeza. Kalau sebelum ni datang sebab nak bergambar dengan pokok-pokok berlampu tapi kali ni datang sebab nak main macam-macam game yang ada kat dalam ni.

I-City sekarang dah jadi tempat fun fair. Mungkin management nak mengaut keuntungan dari kehadiran orang ramai yang datang sini untuk melihat lampu-lampu yang cantik. Bila ada fun fair ni rata-rata yang datang mesti nak mencuba at least satu game.

Anak-anak bila nampak ada macam-macam game, teruslah excited nak main. Sesapa yang nak datang sini bawak anak-anak jalan-jalan, haruslah sediakan duit yang banyak sebab permainannya semua pada mama harganya agak mahal berbanding dengan fun fair yang biasa.

Kami main keretapi ni dengan harga RM5 sekepala, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Chargesnya adalah sama. Berabis RM 45 untuk 9 orang main.

Pastu main kereta ni. Chargenya pun sama, RM 5 per head. Kereta ni pusing turun naik sebanyak 5 kali. Oklah, kira sekali pusing regenya seringgit la.

Tapi nak main kena beratur sampai berpeluh ketiak. Orang memang ramai gila. Maybe sebab tengah cuti sekolah, mak bapak amik kesempatan bawa anak-anak bercuti. Sebab rata-rata yang mama dengar, loghat percakapan dari utara, dari kelantan...

Pastu kami main ferris wheel ni. Harganya lagi mahal, RM10 per head. Yang ni rasa tak berbaloi sebab dia pusing sekali jer.

Pastu dengar orang-orang dok sembang, ada lagi game kat bahagian atas berharga RM20 per head. Perghh..tak lawan den nak main game mahal2 ni.

Dah habis 3 game main, budak-budak pun dah melepek. Mana taknya, dah pukul 12.30 malam. Haruslah masing-masing dah kuyu mata.

Sudahnya, pukul 1.30 pagi baru sampai rumah. Anak-anak semua tertidur dalam kereta. For me, kunjungan ke I-City kali ni dah tak menyeronokkan. Sebab suasana bising, orang tertalu ramai. Mama lebih suka I-City yang cuma ada pokok-pokok berlampu dulu.

No comments:

Post a Comment