Actually dari siang tadi mama teringin nak makan maggi goreng. Balik dari ofis mama terus singgah Mekoda beli bahan-bahan. Kalau nak masak nasi kena masak lauk plak. Hari2 kerja ni memang penatlah kalau nak dok berlama-lamaan kat dapur. So masak jer maggi ni. Lagipun anak-anak suka makan makanan camni.
Bahan-bahan:
2 bungkus maggi
2 ulas bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu kicap
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
10 batang sosej dipotong serong
5 ketul bebola sayuran - belah dua
Minyak
Air
Garam dan gula secukup rasa
Cara - cara:
Panaskan air, setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan kicap, sos tiram, bebola sayuran dan sosej. Kacau sehingga rata
Masukkan sedikit air, garam dan gula. Selepas itu masukkan maggi.
Kacau sebentar dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.
Kali ni mama goreng nugget tempura buat lauk.
Malam ni banyak betul Rayyans makan. Maybe kat umah pengasuh petang tadi diorang tak makan. Nugget tu sampai 5 ketul sorang makan.
Suka sangat bila mama masak anak-anak makan dengan berselera. Lagi happy bila anak sebut 'mama, nak lagi'.
No comments:
Post a Comment