Sebaik sampai kat homestay, kami terus mandi, tukar baju dan bersiap untuk ke tempat kenduri. Rumah pengantin dengan homestay ni dekat jer. Kalau jalan kaki pun sampai, tapi berpeluh sampai ketiak dulu la. Naik kete dalam 5 minit jer.
Amik gambar dari dalam kereta. Masa ni melepasi rumah pengantin untuk ke tempat parking. Jalannya agak sempit, muat satu kete jer. Pastu kat belah kanan ada parit. Jadi tempat nak parking tu agak terhad la.
Tu dia jauhnya tempat parking. Umah kenduri nun di hujung sana. Moh la kita berjalan-jalan dulu. Suka sangat tempat ni. Teringat kat kampung mama yang dah lama tak jejak kaki. Walaupun cuaca panas, kat sini berangin sebab banyak pokok.
Si kembar bertopi di bawah terik matahari. Memang diorang minta topi sebab panas sangat, tak dapat nak buka mata. Sambil jalan sambil pose.
Kat tepi jalan ada pokok nona...kalau tak silap la
Rombongan pengantin diarak masuk dengan paluan kompang. Rayyans memang excited gile tengok orang main kompang. Selama ni memang diorang admire orang main kompang bila keluar kat tv. Harini diorang berkesempatan tengok secara live.
Pengantin yang sama cantik sama padan. Cantik kaler biru tu, kena dengan Ewin dan Farouq. Pengapit pengantin perempuan adalah adik pengantin sendiri, Ina namanya.
Raja sehari, Farouq
Permaisuri sehari, Ewin
Sementara pengantin dipersembahkan silat, kami lari berteduh kat tepi rumah. Hehehe. Tak sanggup mek nak berjemur kat tengah panas sambil bertarik-tarik tangan ngan si kembar.
Kumpulan kompang kampung punggur kecil. Memang bersemangat diorang menepuk kompang dan menyanyi walaupun cuaca panas. Mama memang suka tengok cara orang Johor kahwin, meriah. Setiap kampung ada kumpulan kompang sendiri. Tak macam kenduri kat kampung mama, sunyi sepi tanpa kompang dan pancaragam :(
Then barulah upacara makan-makan mengambil tempat. Kami dihidangkan dengan nasi briyani gam, dalamnya ada kambing, lauk kambing, daging lembu dan ayam. Nama masakannya tak dapek la nak tau, tapi yang pasti lauk-lauknya memang sedap.
Nasi briyani gam yang ada kambing
Ni plak hidangan di meja pengantin. Bila pengantin tak habis makan, kami sapu bersih. Hahaha..
Layanan dari pihak katering memang mantopss...macam layanan kat hotel. Air kurang ditambah, nasi habis ditambah tanpa disuruh-suruh.
Sambil makan kami dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu dari kumpulan pancaragam. Suara penyanyi pompuan ni memang superb. Tinggi betul suara dia. Kalau setakat penyanyi AF tu, sedap lagi suara dia.
Raja sehari tengah potong kek
Lepas makan, upacara wajib bergambar dengan pengantin. Ishh...kacau la papa ni dah cover mama kat belakang. Dia jer yang nak enterprame.
Haa..sekarang muka mama jer plak...
Us without Rayyans. Diorang berdua dok leka tengok orang menyanyi.
Papa with nephews & nieces
Keluarga pengantin perempuan
Habis sesi bergambar, kami terus balik ke homestay untuk berehat dan menyegarkan badan. Malam ni kami ada lagi satu jemputan makan-makan daripada bapa saudara pengantin lelaki.
No comments:
Post a Comment