Tengahari tadi gegurl2 semua plan nak tapau nasi kelantan kat tepi jalan tu. Bila kami pergi sana nak tapau, tak meniaga la plak makcik kelantan tu hari ni. Tiba-tiba, mama jue sepantas kilat suggest nak gi makan kat kedai yang baru bukak, Aroma Hijrah.
Restoran Aroma Hijrah ni terletak berdepan dengan dewan MBSA TTDI Jaya. Restoran ni berkonsepkan makanan arab. Dari nak makan makanan kelantan, bertukar ke makanan arab la plak.
Masuk-masuk jer dalam restoran, mata terus terpaku dekat area makan sambil duduk-duduk ni. Haruslah kami pilih seat ni untuk menjamu selera hari ni. Owhh..cam romantik jer makan gaya camni. Dahla hari ni suami masing-masing ikut serta.
Menu sekeping jer. Takyah susah-susah pening pala nak mikir naka makan apa. Semua menu berasaskan makanan arab yer. Ada nasi mandy, khabsa dan briyani.
Oh sangkaan meleset. Rupanya susah jugak nak pilih menu nak makan apa. Sebabnya nama-nama sajiannya pelik. Tak pasti rasanya macam mana nanti. Entah sedap entah tidak.
Terpaksa panggil waiter untuk explain satu persatu menu diorang ni. Hahahha..jakun betul. Banyak plak pertanyaan kami tentang makanan-makanan yang ada kat sini. Sib baiklah budak ni rela hati menjawab setiap pertanyaan kami.
Haa ko sampai bergaduh laki bini nak pilih menu. Sang suami nak makan kambing. Si isteri plak tak izinkan sebab risaukan sang suami dapat darah tinggi.
Itu semua sebab si isteri sayangkan suami. Terpaksalah sang suami mengalah mengikut kata si isteri. Then barulah kata putus dicapai. Hari ni semua orang makan ayammmm...
Then barulah waiter dipanggil untuk membuat order. Dekat setengah jam ko pilih nak makan apa. Sib baik tokey kedai tak halau kami keluar sebab buat bising dalam restoran.
Papa order set roasted chicken saiz s yang berharga RM 13.50. Nasi tu boleh pilih samada nasi mandy, nasi khabsa dan nasi briyani. Papa pilih nasi mandy. Pastu setiap set didatangkan dengan acar timun dan tomato, sambal dan kuah sup atau kari.
Mama order set grilled masywi chicken saiz s yang berharga RM 13.50. Pastu mama pilih nasi khabsa dan kuah kari. Nasi ni memang sedap.
Mama jue pilih set spicy fried chicken saiz s yang berharga RM 13.50. Nasinya plak adalah nasi mandy dan kuah sup. Sup tu adalah sup berempah.
Wadi plak order set roasted chicken saiz s yang berharga RM 13.50 dan pilihan nasinya adalah nasi khabsa.
Untuk minuman pula wadi pilih barli air (RM 2.50), Mama jue pilih fresh orange (RM 3.50), papa minum sirap pisang (RM 2.50) dan mama minum apple juice (RM 3.80).
Tu dia penuh meja makanan yang kami order. Ada plak 2 orang mak dara tengah bersimpuh senyum simpul kat situ.
Pose dengan en suami sebelum lupa diri makanan masuk perut. Air putih tu adalah ais kosong yang berharga RM 0.50 ya.
Gambar semasa makan tiada sebab dah kata masing-masing akan lupa diri time makan. Gambar selepas kejadian jer ada. Licin semua pinggan. Tu tandanya sedap la.
En suami dah menyandar kekenyangan selepas makan. Ikut hati bantal yang dok sendal kat belakang tu nak disorongkan ke kepala jer. Alangkah bestnya kalau dapat baring-baring, lelap-lelap sekejap.
Yang pasti dua orang mak dara ni happy sangat-sangat dapat makan kat tempat yang memuaskan hati. Plus kat sini takde service charge or government tax bagai. I loikeee...

No comments:
Post a Comment