Showing posts with label HOBBY. Show all posts
Showing posts with label HOBBY. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Aksesori Photoshoot

Kali ni mama nak share aksesori2 yang mama beli kat gm untuk dipakai masa sesi photoshoot.

Untuk rayyans mama beli suspender, bow tie n neck tie. Setiap satu item harga asal rm12. Tapi bila beli banyak dapat half price. Jadi rm6 jer satu item.

Suspender untuk papa rm25 dan bow tie rm15. Bila beli seketul jer tak dapat la harga murah. Huhuhu...

Spek hitam rayban celop. Rm10 each for kids and rm25 for papa.

Maternity Photoshoot

Wiken lepas mama ada sesi fotografi dengan camora arts. Saja gedik2 nak merakamkan detik2 ketika mengandung. Masa kembar dulu tak terfikir pun nak berphotoshoot ni.

Gambar rasmi dari jurukamera masih belum dapat lagi. So mama just letak gambar yang ada dalan hanfon ni jer la. Lokasi kami berphotoshoot ni adalah kat taman saujana hijau, putrajaya.

Sehari sebelum nak berphotoshoot barulah tergegeh2 nak mencari aksesori untuk digayakan. Gigih mama menapak dan tawaf satu gm tu mencari kekdahnya.

Kat gm ni senang sebab banyak aksesori untuk budak2. Mama beli tie, bow tie dan suspender untuk rayyans. Harga untuk 6 items cuma rm36. 

Pastu beli plak spek sorang satu. Masa setup kat rumah kenmain lagi diorang bergaya dengan seme aksesori ni.

Tapi bila sampai hari photoshoot aksesori seme entah kemana. At first kembar ni tantrum jugakla. Menangis nak belon la.. nak basikal la.. naik pening kepala mama nak melayan.

Dah last2 tu barulah mood diorang ok skit. Tapi time ni rupa si kembar dah selekeh habis dengan peluh bagai. Tak sabar nak tunggu gambar dari photographer. Entah camna la rupa anak2 mama ni.

Friday, December 13, 2013

Frozen

Pas lunch kami ke curve sebab nak tengok wayang. Yang paling awal ada cita frozen in malay pukul 3.30 petang. Sementara tunggu wayang time kami jalan2 sekitar the curve dulu.

Memang meriah decoration sini. Deco sempena dengan hari krismas. Rasanya deco untuk raya tak semeriah ni. Siap ada bazar jualan di sepanjang kaki lima menuju ke the curve.

Lalu depan satu restoran ada dua ekor patung lembu. Mama lupa dah tu restoran apa. Rayyans cepat2 diri sebelah lembu suh mama amikkan gambar. Tapi lembu ni lain macam sikit. Pan asian agaknya. Kulit kaler hijau. Agak2 kalau lembu betul susu dia kaler hijau tak?

Pastu macam2 aktiviti ada kat sini. Kami sempat tengok street performance. Ada tarian dan nyanyian. Suka tengok diorang menari. Lincah sangat. Haishh baju pun leh tahan seksi gak penari2 ni.

Sementara tunggu pintu wayang buka sempat la posing2 depan poster. Banyak gak citer baru kat wayang. Mama dah ketinggalan dah. Kalau dulu boleh cakap everyweek mesti gi tengok wayang.

Sejak ada anak terus stop aktiviti tu. Lepas beranak cuma sekali jer mama tgok wayang. Cita ombak rindu. Tengok ngan bdk2 opis lama. Tu pun memang keluar semata2 nak tengok wayang jer. Hbs cita terus balik umah.

Rasa serba salah tinggalkan papa jaga rayyans sorang2. Macam tak patut mama gi berjimba tengok wayang pastu anak2 n laki dok umah. Tapi sebelum tu mama minta izin papa dulu. Bila papa bagi green light barulah proceed.

Sebelum masuk wayang haruslah beli popcorn dulu. Ni kira umpan bagi rayyans diam skit mulutnya. Bila ada makanan nanti takdelah diorang boring sangat. Masalahnya belumpun masuk lagi popcorn dah habis separuh.

Actually seram gak rasa dalam hati. Seseram tengok poster ular ni. Hazim sampai tarik baju aku x bagi dekat. Takut ular gigit. Ni 1st time bawa rayyans tengok wayang. Berdebar tunggu reaction diorang nanti.

Perkara pertama yang dirisaukan sebab wayang gelap. Risau diorang ketakutan. Pastu sound system dalam wayang kan kuat gila. Risau diorang menangis terkejut nanti. Kerisauan yang ketiga takut diorang bosan tak sempat habiskan satu cerita.

Bila masuk dalam wayang semua kerisauan hilang. Cuma mula2 hadif sedikit terkejut dengan sound yang kuat. Pastu ada plak iklan dinasour. Terus dia masukkan kepala dalam baju papa.

Bila cita dah start baru tegak kepala masing2. Cita kartun kan sesuai la dengan diorang. Pastu cakap pun bahasa melayu siap ada lagu2. Kiranya diorang concentrate gak la tengok sebab diorang faham.

Sedikit sinopsis cita frozen ni. Kisah pasal dua orang puteri. Si kakak ada kuasa salji. Boleh membekukan alam sekeliling. Masa kecil secara tak sengaja si kakak dh mencederakan si adik. So parents diorang asingkan si kakak dari dunia luar. Takut membahayakan orang sekeliling.

After few years parent diorang meninggal sebab kapal karam. Bila si kakak dah cukup umur dia ditabalkan jadi permaisuri. Masa hari pertabalan kantoi si kakak ni ada kuasa. Si kakak tak pandai nak control dia punya kuasa. So secara tak sengaja dah membekukan seluruh negara dia.

Pastu si kakak ni lari dalam hutan dan bina istana batu. Cantik gila istana dia. Kiranya kisah ni pasal kasih sayang adik bradik. Si adik berusaha pujuk si kakak kembali ke istana.

Dipendekkan cerita si adik berjayalah pujuk si kakak kembali. Tapi dalam cerita ni adalah watak jahat yang nak merebut takhta. Pastu ada lelaki hensem yang sentiasa menolong si adik mencari si kakak.

Overall best jugak cerita ni. Ada time lawak, sedih, romantik dan yang penting happy ending. Pastu lagu2 dia pun best gak. Marsha yang nyanyi balik dalam versi melayu. Trial ni rayyans pass la. So pasni bolehla kami gi tengok wayang lagi.

Saturday, April 20, 2013

Kelantan Vs PKNS

Gigih malam ni angkut anak-anak gi Stadium Shah Alam semata-mata nak tengok perlawanan bola Liga Super antara Kelantan dan PKNS. Kami sudah tentulah penyokong tegar pasukan The Red Warriors.

Nak beli Baju TRW takde saiz. So pakai jer la mana-mana baju. Janji kaler merah. Weols beli tiket seat grand stand. RM 30. Papa cakap dah naik harganya.

Orang yang paling happy of courselah si bapak, bukan anaknya. Maklumlah, dah 4 tahun tak jejak kaki ke stadium. 

Score board. Perlawanan belum bermula. Time ni Rayyans elok lagi, maintain kat kerusi jer. Tak sampai 20 minit, mula la diorang merayau atas bawah. Sib baiklah ada pagar ni kiri kanan, kalau tak jenuh nak layan diorang tawaf satu stadium ni.

Pasukan rela beratur menunggu pemain keluar.

Pemain berarak masuk padang 

 Nyanyi lagu Negaraku dulu

Itu jer pun gambar yang sempat disnap. Selebihnya sibuk dok perhatikan Rayyans yang tak reti dok diam. Yang bestnya, masa kat dalam stadium bila penonton bersorak, Hadif siap jerit "diammmm, bisingla". Yang tak bestnya pula, Kelantan kalah 1-2 kat kaki PKNS. 

Thursday, April 11, 2013

Vision Idaman Hati

Salah satu impian yang telah lama terpendam, akhirnya tertunai hari ni. Impian untuk memiliki set periuk memasak jenama Vision. Dah dapat periuk mahal ni kenalah rajin masak selalu. Biar berbaloi dengan RM yang terbang tu.

Mama beli set 3 beradik. Kapasiti setiap periuk adalah 3.5 liter, 2.5 liter dan 1.5 liter. Lepas ni tak boleh buat alasan malas masak lagi.

3 sisters. Mama berkenan dengan periuk ni sebab tahan panas. Boleh masak atas dapur gas. Pastu fizikal pun cantik. Kot emergency, lepas masak boleh angkat periuk terus hidang kat atas meja.

Tuesday, February 26, 2013

Doily

Mama dah lama mengidam nak beli doily atau alas rak pinggan ni. Tapi nak cari kat kedai malas. Kebetulan ternampak doily yang menarik kat Nana Home Deco dengan harga yang reasonable. Jadi pada 16 januari tu mama buatla tempahan dengan full payment.

Empunya nana home deco inform doily tu dia kena jahit dulu. Its ok for me la. I can wait. On 6 februari, i msg la nana home deco nak tanya status. Owner tu cakap dah siap dan normally dia buat penghantaran setiap hari jumaat which is on 8 februari la kan.

Next weeknya plak kan cuti raya cina sampai hari selasa. So i tak expect akan dapat parcel between tarikh tu. Maybe parcel tu akan sampai after CNY. Tunggu punya tunggu tak jugak sampai parcelnya.

Then 16 februari, i msg lagi owner tu tanya dah pos ke belum. Dia cakap dah. Bagi alasan pos laju amik masa coz jammed masa raya cina. Wallahualam betul ke idok. Setahu mama la pos laju paling lama pun amik masa 4 hari jer. Ni dah mengalahkan pos biasa jer.

Akhirnya, semalam barulah sampai parcel tu kat tangan mama. Tengok kat parcel takde plak ditulis tarikh mengeposnya. Memang dalam sejarah mama, pertama kali pos laju amik masa 9 hari bekerja (kalau campur hari cuti dh jadi 17 hari) untuk deliver parcel.

Gamaknya inilah kali pertama dan terakhir mama berurusan dengan nana home deco. Pada firasat mama, owner tu baru pos parcel mama ni jumaat last week, bukan pada 8 februari tu. Maybe sebab dia tak sempat nak jahit coz tempahan banyak. 

Actually mama tak kisah kalau dia cakap tak siap jahit lagi. Its ok for me untuk tunggu. Tapi ni dia cakap dah pos tapi barang yang dipos tu tak jugak sampai. Tipah tertipu jahhh... Tapi nak buat cmna..nasi dah jadi bubur. Redha jer la. Barang tu pun dah selamat sampai kat tangan mama. 

Cumanya nasihat mama kepada pengusaha-pengusaha di luar sana tu, jujurlah dengan customer anda. Coz diorang la yang buatkan bisnes anda maju atau sebaliknya.

Doily tu mama dah siap susun dalam almari dah pun. 

Macam tak kena tema jer jam angry bird tu. Next mission, nak cari jam dinding henglish style nak tukar ngan jam angry bird tu.

Friday, February 22, 2013

Gadis Dan Bunga

Gadislah sangattttt....

Topik sembang kat opis pagi ni adalah bunga. Mama suarakan kat gegurls mama suka bunga hydragea. Tapi kat kedai bunga susah nak jumpa. Then mama jue cakap kedai bunga tepi jalan nun ada.

So gigihla gegurls jalan kaki ke kedai bunga kat depan nun. Semata-mata nak beli bunga kannn... Konon-konon nak exercise la. Amik ko, exercise tengah hari buta. Berpeluh celah kangkang dibuatnya. Dahla hari ni berjubah bagai.

Sebelum cuci mata kat kedai bunga, haruslah isi perut yang berkeroncong dulu. Makan kat sebelah kedai bunga jer. Restoran ikan laga namanya.

The drinks. Mine epal jus asam boi. Mama jue minum jus durian belanda. Knim n mas minum teh o ais limau. Sejuk tekak after kehausan berjalan di panas terik. Macam jalan 1km rasanya.

My food. Nasi putih, telur dadar n sup daging. Lately tak boleh nak makan yang pedas-pedas. Perut dah tua...sensitip dia lain macam.

Haaa..ni plak set yang mama jue order. Asam pedas ikan pari, telur dadar, kangkung goreng belacan dan ulam serta sambal belacan.

Knim punya, nasi putih n ayam halia.

Mas punya, nasi goreng thai namanya. Nampak sedap.

Bila perut dah kenyang barulah senang hati nak memilih bunga. Mama jue beli bunga ros pink ni. Satu bouquet ni harganya RM20. Ada 30% diskaun.

Bunga hydragea idaman hati. Beli 3 batang jer. Tapi tak puas hati lagi sebab tak banyak pilihan kaler yang ada. Hajat mama nak cari kaler biru tak kesampaian. Nanti sesapa nak gi Nilai kirim belikan ya. Harga sebatang ni RM15. After diskaun dapatlah RM12.

Bunga-bunga ni dah selamat menghuni pasu kat atas meja makan.

Tuesday, November 27, 2012

Setel Masalah

Alhamdulillah..akhirnya setelah sekian lama terbantut aktiviti berblogging disebabkan kuota penuh, hari ni dapat sambung kembali. Thanks to Qaseyhoney coz share cara-cara untuk menyelesaikan masalah ni.

Pasni muntahlah nak marathon update cerita-cerita yang dah basi dari 2, 3 minggu lepas. Wish me luck.

Aktiviti Berblogging Tergendala

Hummm...dah lama nak update blog tapi tak berjaya sebab katanya kuota dah off limit. Camna nak buat tu? Baru nak aktif tapi ada halangan plak. Mama ada terbaca ramai gak blogger berdepan ngan masalah ni. Ada yang suggest untuk create new email account. Tapi mama masih tak berkesempatan nak create email baru. Terlalu sibuk dengan kerja. Oklah...nak try cari solutionnya camna...chow..

Monday, October 22, 2012

Weekend's Activity

Dah berlalu pun wiken. Tak sabar nak tunggu wiken lagi coz this wiken more special. Sebabnya dah nak raya. Mama tak sabar nak balik kampung. Mama akan bercuti dari 25 hingga 30 oktober. Its a longggggg wiken for me. So blog tak berupdate la jawabnya sepanjang minggu depan. Kalau kat kampung tu bz memanjang. Dapat buka Fb pun kira ok dah.

Yang buatkan mama lebih excited menunggu raya haji adalah sebab these 2 people akan naik pelamin. Insyaallah pada hari raya kedua. Semoga semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga rumahtangga yang bakal dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Itu doa mama buat adik-adik mama yang terchenta.

Lets put aside coming wiken punya story. Kita fokus kepada last wiken punya story dulu. Sabtu lepas kami ke jusco rawang, tujuannya nak cari baju untuk Rayyans sempena kenduri cik nik nanti. Katanya nak kena pakai baju sedondon kaler pink. So haruslah mama mencari baju baru ye dak?? Mama prefer kalau nak bersopping kenalah hari sabtu. Sebab hari ahad tu mama nak dok bermalas-malasan kat rumah jer. Tapi yang tak best shopping hari sabtu takde plastik bag.

The two ni, kalau ke jusco tak sah kalau tak singgah kat Wai Wai Park. Suka sangat main kat sini. Padahal bukan ada banyak mainan sangat pun. Tapi diorang enjoy bila kat sini ramai kawan-kawan. Tapi yang tak bestnya nak berebut mainan. Kalau dah masuk sini, jawabnya susah la nak ajak keluar selagi diorang tak puas main. Hari ni melayang RM28. Tapi tak kisahnlah....janji anak-anak mama happy.

Dan mama pun happy jugak. Dapat bawa balik handbag idaman hati. Beg baru untuk raya haji uolss. Melayang lagi RM kat sini. Baju pink Rayyans lupa plak nak snap gambar. Amboiii hover mama...dah dapat handbag baru terus lupa baju anak.

Thursday, October 18, 2012

Online Shopping Punya Pasal

Rasanya kawan-kawan memang tau yang mama sukakan dekorasi ala inggeris. So benda-benda yang berbunga-bunga ni memang menarik perhatian mama. Kat FB tu banyak page yang berniaga barang bunga-bunga ni. So bila ada masa terluang mama selalu jugak la menjamu mata.

Satu hari tu, tengah syok-syok menjamu mata, hati terbekenan dengan bathroom set ni. Harganya RM40 termasuk postage. Hati gembira tak terkata bila dapat barang yang kita idamkan. Dalam kepala ni dah berpikir-pikir kat mana nak letak set ni.

The next weeknya, gara-gara nak mencari pasu bunga, mama ke Romantika. Hancus luluh hati ai...sebijik sebijun bathroom set yang mama beli online ritu. Tapi kat sini harga satu set cuma RM19 jer. Uwaaaaa....dah nak rugikan. RM40 tu mama boleh dapat 2 set dah tau. Sakit hati punya pasal, rembat set yang hitam ni kat Romantika.

Set yang beli online ni dah selamat menghuni bilik air kat tingkat bawah. Set yang hitam tu plak mama letak kat master bedroom. Pasni dah tobat dah nak online shopping lagi...