Friday, December 13, 2013

Frozen

Pas lunch kami ke curve sebab nak tengok wayang. Yang paling awal ada cita frozen in malay pukul 3.30 petang. Sementara tunggu wayang time kami jalan2 sekitar the curve dulu.

Memang meriah decoration sini. Deco sempena dengan hari krismas. Rasanya deco untuk raya tak semeriah ni. Siap ada bazar jualan di sepanjang kaki lima menuju ke the curve.

Lalu depan satu restoran ada dua ekor patung lembu. Mama lupa dah tu restoran apa. Rayyans cepat2 diri sebelah lembu suh mama amikkan gambar. Tapi lembu ni lain macam sikit. Pan asian agaknya. Kulit kaler hijau. Agak2 kalau lembu betul susu dia kaler hijau tak?

Pastu macam2 aktiviti ada kat sini. Kami sempat tengok street performance. Ada tarian dan nyanyian. Suka tengok diorang menari. Lincah sangat. Haishh baju pun leh tahan seksi gak penari2 ni.

Sementara tunggu pintu wayang buka sempat la posing2 depan poster. Banyak gak citer baru kat wayang. Mama dah ketinggalan dah. Kalau dulu boleh cakap everyweek mesti gi tengok wayang.

Sejak ada anak terus stop aktiviti tu. Lepas beranak cuma sekali jer mama tgok wayang. Cita ombak rindu. Tengok ngan bdk2 opis lama. Tu pun memang keluar semata2 nak tengok wayang jer. Hbs cita terus balik umah.

Rasa serba salah tinggalkan papa jaga rayyans sorang2. Macam tak patut mama gi berjimba tengok wayang pastu anak2 n laki dok umah. Tapi sebelum tu mama minta izin papa dulu. Bila papa bagi green light barulah proceed.

Sebelum masuk wayang haruslah beli popcorn dulu. Ni kira umpan bagi rayyans diam skit mulutnya. Bila ada makanan nanti takdelah diorang boring sangat. Masalahnya belumpun masuk lagi popcorn dah habis separuh.

Actually seram gak rasa dalam hati. Seseram tengok poster ular ni. Hazim sampai tarik baju aku x bagi dekat. Takut ular gigit. Ni 1st time bawa rayyans tengok wayang. Berdebar tunggu reaction diorang nanti.

Perkara pertama yang dirisaukan sebab wayang gelap. Risau diorang ketakutan. Pastu sound system dalam wayang kan kuat gila. Risau diorang menangis terkejut nanti. Kerisauan yang ketiga takut diorang bosan tak sempat habiskan satu cerita.

Bila masuk dalam wayang semua kerisauan hilang. Cuma mula2 hadif sedikit terkejut dengan sound yang kuat. Pastu ada plak iklan dinasour. Terus dia masukkan kepala dalam baju papa.

Bila cita dah start baru tegak kepala masing2. Cita kartun kan sesuai la dengan diorang. Pastu cakap pun bahasa melayu siap ada lagu2. Kiranya diorang concentrate gak la tengok sebab diorang faham.

Sedikit sinopsis cita frozen ni. Kisah pasal dua orang puteri. Si kakak ada kuasa salji. Boleh membekukan alam sekeliling. Masa kecil secara tak sengaja si kakak dh mencederakan si adik. So parents diorang asingkan si kakak dari dunia luar. Takut membahayakan orang sekeliling.

After few years parent diorang meninggal sebab kapal karam. Bila si kakak dah cukup umur dia ditabalkan jadi permaisuri. Masa hari pertabalan kantoi si kakak ni ada kuasa. Si kakak tak pandai nak control dia punya kuasa. So secara tak sengaja dah membekukan seluruh negara dia.

Pastu si kakak ni lari dalam hutan dan bina istana batu. Cantik gila istana dia. Kiranya kisah ni pasal kasih sayang adik bradik. Si adik berusaha pujuk si kakak kembali ke istana.

Dipendekkan cerita si adik berjayalah pujuk si kakak kembali. Tapi dalam cerita ni adalah watak jahat yang nak merebut takhta. Pastu ada lelaki hensem yang sentiasa menolong si adik mencari si kakak.

Overall best jugak cerita ni. Ada time lawak, sedih, romantik dan yang penting happy ending. Pastu lagu2 dia pun best gak. Marsha yang nyanyi balik dalam versi melayu. Trial ni rayyans pass la. So pasni bolehla kami gi tengok wayang lagi.

No comments:

Post a Comment