Lepas maghrib seme bersiap sedia nak membakar. Setiap 2 biji chalet disediakan 1 tempat bbq beserta dengan alatannya sekali. Kami cuma perlu sediakan kayu arang jer.
1st round pak su mat n ezad yang jadi tukang bakar. Kami bakar ayam dan ikan dulu. Ayam tu mama dah siap2 perap petang tadi. Ikan plak guna ikan sardin n kembung.
Mama ni enterprame jer lebih. Hasil bakaran yang pertama memang licin. Sedap jugak ayam yang mama perap tu. Heheh..puji diri sendiri noks. Terbukti sebab ayam tu laku.
Second round, bakar seafood plak. Udang, sotong n lokan. Seafood ni mama beli yang fresh dari atas bot. Beli kat jeti tok bali petang tadi. Ni la untungnya bila kampung kat kawasan laut. Dapat makan hasil laut yang masih segar.
My plate. Ini baru 1st round. Ada lagi round2 lain pasni. Kami makan cicah sos ready made yang beli kat kedai keropok pagi tadi. Sesekali makan lauk jer pun memang mengenyangkan.
Papa ni over betul. Kononnya dia nak jadi tukang bakar. Last2 dia jadi tukang makan jer. Mengelat papa ni curi tulang. Nasib baiklah ada tok ayah, paksu mat n ezad yang rajin membakar.
Ni mama punya second plate. Layan udang ngan sotong plak. Best weih makan seafood fresh. Rasa manis dan juicy.
Selain bakar2, ada juga menu ketam masak serai bercili ni. Kalau rasa lapar lagi boleh sambung makan nasi. Nenek memang siap masakkan seperiuk nasi. Tangki besar2 kami ni.
Walaupun chalet ni biasa2 jer biliknya, facility tetap memuaskan. Dah la disediakan tempat bbq yang proper, ada plak bangku ni. Senanglah nak melepak2 sambil membakar dan makan2. Dengan harga rm60 sehari memang berbaloi baloi.
Sesi last bbq malam ni disudahi dengan membakar lokan. Lokan ni amik masa sikit nak membakarnya. Bila dah masak automatik cengkerangnya akan terbuka. Pastu air dalan lokan tu jatuh ke bawah boleh buat api padam. So kena rajin kipas bara tu jangan bagi padam.
Sementara kami semua sibuk membakar, makan, bersembang, si kembar n elisa plak sibuk main pasir. Takpelah, mama kasi chance. Bukan selalu dapat main pasir kan.
Aktiviti bbq tamat menjelang tengah malam. Masing2 seronok walaupun kepenatan. Malam ni kena rehat dengan cukup. Esok pagi kami akan gerak ke terengganu then terus balik shah alam.
No comments:
Post a Comment