Wednesday, December 18, 2013

Iris House Hotel Cameron Highlands

Few weeks back bercuti kat cameron highlands. Jus wiken trip only. Hotel pun booking masa dalam perjalanan dah. Nasib baik ada bilik kosong walaupun masa tu ada cycling tournament kat cameron. Perjalanan naik ke cameron mengikut simpang pulai.

Kami tak berani naik ikut tapah sebab kena lalu kawasan banjir ekoran pelepasan air empangan tu. Tapi jalan simpang pulai pun nampak tak berapa nak selamat jugak dah. Mama nampak bukit2 ada kesan rekahan. Silap2 boleh berlaku tanah runtuh. Nauzubillah.

Sampai cameron ngam2 waktu check in. Seperti biasa bila datang cameron kami akan stay kat iris house hotel. Bukan takmo cuba hotel lain. Tapi hotel ni rate dia lebih murah dan bilik pun agak selesa.

Kali ni kami amik bilik yang ada 1 katil single dan 1 katil queen. Luaslah skit untuk kami 4 beranak tidur. Harga satu malam kalau tak silap rm200++. Lepas check in bagi driver berehat melepaskan lelah sekejap.

Lepas asar kami keluar jalan2 sekitar kea farm mencari strawberry coklat. Orang tak ramai sangat kali ni. Nak parking senang. Nak memilih pun senang. Maybe orang takut nak datang sebab baru lepas banjir.

Cuaca kat cameron ni biasalah sejuk sesekali hujan renyai turun. Lepas kami shopping strawberry dan sayuran langit tetiba gelap. Kami cepat2 balik hotel takut kandas dalam hujan.

Malam cuma papa yang keluar jalan kaki ke pasar malam beli dinner. Cuaca masih lagi hujan dan sejuk gila. Mama malas nak bersesak2 dalam hujan sambil heret rayyans. Silap2 sepanjang jalan nak berdukung. So better papa pergi sorang2.

Belah malam takde aktiviti sangat. Pas papa balik kami dinner then tengok tv kejap. Bila cuaca dingin jer mata pun nak lelap jer. Malam tu everybody tidur dengan lena ditambah hujan yang turun sepanjang malam.

2 comments:

  1. alahai kalau dapt g cameron best nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron memang best adda. Salah satu tmpt kt msia yg sy suka sgt. Cuma skg ni mcm terlalu crowded dh kat sana

      Delete