Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Cantikkan tarikh harini. Rasanya ramai yang booked tarikh ni untuk kah win selain che ta & Zain saidin dan Jovian Mandagie & nina kakak si dafi. 5 tahun lepas, tarikh 11 Disember jugak menjadi tarikh keramat buat mama.

Pada tarikh inilah mama sah menjadi seorang isteri kepada En Hamzah Abd Kadir. Alhamdulillah kami telah dikurniakan dengan sepasang kembar lelaki, Hazim Rayyan & Hadif Rayyan. Anak2 ini telah menjadi hadiah yang paling bermakna buat kami.

Sepanjang tempoh 5 tahun ni macam2 dugaan berumahtangga yang telah kami tempuh. Bohonglah kalau suami isteri tak pernah bergaduh. Pujuk memujuk adalah situasi yang normal dalam perkahwinan. Gaduh ni sebenarnya dapat menambahkan flavour dalam perkahwinan.

Orang kata fasa pertama perkahwinan adalah dalam tempoh 5 tahun. Masa ni la baru kita nak kenal karekter masing2. Alhamdulillah kami berjaya mengharungi suka duka kehidupan berumahtangga. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Annivesary kali ni kami akan sambut kat sini. Doa dihari ulangtahun semoga mama diberikan rezeki untuk menambah cahayamata. To my dearest hubby, I love you so much...terima kasih kerana sentiasa bersama mama walaupun dalam keadaan susah dan senang.

No comments:

Post a Comment