Monday, December 9, 2013

Taman Rekreasi Gunung Lang

Ni kali pertama mama jejak kaki kat sini. Mama tau pasal gunung lang ni pun lepas search kat internet. Nasib baik angah tau tempatnya kat mana. Mama teruja nak datang sini sebab nak naik bot.

Cantik kan tempat ni. Sesuai untuk aktiviti riadah di petang hari. Nak berfotografi kat sini pun menarik gak. Petang ni jer mama nampak lebih dari 5 pasangan pengantin baru dok bergambar2.

Air terjun kat belakang tu dengar cerita bukanlah air terjun semulajadi tapi buatan manusia. Dibina sebagai daya penarik kat sini. Taman permainan kanak2 pun ada jugak.

Nampak tak kat belakang tu macam ada tasik. Kat tengah tasik tu ada pulau. Kat situ mengikut kata angah ada taman yang cantik. Mama excited nak naik bot nak ke taman sana.

Kat sini ada jeti kecil untuk bawa penumpang ke taman tu. Tambang bot cuma rm3. Tapi malangnya takde rezeki kami. Tiket bot untuk hari ni dah habis dijual. Padahal baru pukul 5 petang. 

Rupanya setiap hari diorang cuma peruntukkan sejumlah tiket.  Kalau ikutkan tempat tu buka sampai pukul 6. Tiket plak dah habis dijual sebelum tu lagi.

Sedikit kecewa di situ. Pada pendapat mama sepatutnya pihak pengurusan sediakan bilangan tiket yang lebih pada musim cuti sekolah.  Ye la.. kebiasaannya permintaan dalam bidang pelancongan adalah lebih tinggi pada musim cuti sekolah berbanding hari lain.  

Pihak berkenaan sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengumpul duit yang lebih. Duit tu plak bolehlah digunakan untuk menyelenggara kawasan rekreasi ni supaya sentiasa terjaga.

Lagipun mama tengok bot2 banyak jer kat jeti tu.  Jadi rasanya istilah overload takde kot. Daripada parking diam saja kat situ, eloklah digerakkan. Dapatlah sedikit income.

Panjang plak luahan hati orang kecewa sebab tak dapat naik bot. Takpelah bukan rezeki kami. Nasib baiklah kat dalam tasik ni banyak gila ikan. Terubat sikit kekecewaan bila nampak ikan dok berebut makanan.


Si kembar plak bila tau x dapat naik bot terus ajak gi taman permainan. Hmm..taman permainan ni macam tak selamat jer untuk budak2 umur diorang ni. Jaring2 tu besar sangat. Tak pasal2 budak boleh jatuh ke bawah.


Nasib baiklah kakak korang ni kecik. Boleh panjat dok kat atas untuk angkat diorang. Tapi penatlah kot nak angkat diorang ni. Bukan ringan2..20 kg tu. Mama memang surrender dari awal lagi.


Kesian tengok kembar macam tak puas main, angah ajak gi taman polo. Actually taman ni ada nama dia. Tapi mama dah lupa. Yang mama ingat angah panggil taman polo.

Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, haruslah bergambar sampai lebam. Cuaca pun elok jer redup. Kalau ada tikar bantal kat sini confirm leh lelap.

Hai..papa pun nak posing gak. Layan kan ajelah mama. Papa ni nama jer orang perak tapi tak pernah jejak kaki gak kat tempat ni. Next time plan nak datang lagi..nak tunaikan hajat yang tak kesampaian.

No comments:

Post a Comment