Destinasi kami yang seterusnya adalah taman rekreasi sultan abdul aziz. Atau lebih sinonim dengan panggilan padang polo di kalangan penduduk tempatan. Tau pasal taman ni dari angah sebab dulu sekolah angah sebelah taman ni jer.
Padang ni memang luas gila. Macam2 aktiviti ada. Memang ramai sangat pengunjung kat sini. Dah macam pesta plak mama tengok. Yang kureng cuma satu jer, susah nak cari parking. Kalau ada pun memang jauh la parking. Kena menapak nak ke padang ni. Nasib kami baik lepas dua kali pusing ada kereta yang tengah nak keluar parking.
Peniaga barang2 mainan pun ramai gak. Kalau ada anak macam si kembar memang tak lepas la. Awal2 sampai terus cukai layang2 kat papa. Selain peniaga mainan, gerai makanan pun banyak gak. Dah penat2 joging boleh terus isi perut.
Ni sapa yang nak main layang2 sebenarnya. Anak ke bapak? Nampak gaya cam papa jer yang over excited. Anak2 cuma jadi pemerhati kat belakang. Nak tau tak papa pro ke idok main layang2 ni? Tengok gaya cam terrer jer...
Nampak tak 2 ketul layang2 yang tengah terbang dengan gahnya tu? Tu adalah layang2 orang lain. Hahaha.. layang2 kami tak berjaya diterbangkan sebab angin nan hado dah time tu. Pastu si kembar cukai mainan lain plak.
Angah n tilah sempat lagi beli laksa n ais cendol. Mengikut kata angah laksa n cendol memang terkenal kat padang polo ni. Selain laksa banyak gak choices makanan lain. Siap ada yang berniaga pakai lori pastu buka meja bawah pokok.
Kami tak dapatlah nak duduk menikmati laksa ni kat meja. Makan bersila atas padang jer. Laksa tu memang sedap sangat. Terbayang2 jer rasanya masa tengah taip nih. Harga pun murah jer. Kalau tak silap rm3.50.
Nikmatnya menikmati laksa di tengah padang sambil memerhatikan anak2 main. Parents jangan leka bila berada kat tempat awam macam ni. Sentiasalah perhatikan anak2 main. Jangan terlepas pandang. Takut terjadi perkara2 di luar jangkaan.
No comments:
Post a Comment