Friday, August 24, 2012

6 Syawal

Agenda hari ni adalah melawat ayah ngah kat hospital. Semalam ayah ngah dimasukkan ke wad. So sebelum kami balik shah alam, eloklah kami jenguk ayah ngah kat hospital dulu. Kebetulan hari ni hari jumaat, jadi waktu melawatnya adalah sepanjang hari.

Si kembar tu asyik buat bising plak kat dalam ward. Jadi mama n papa bawak diorang main kat luar jer. Ada plak sudut rehat mental ni. Bolehlah mama dok melepak-lepak sekejap.

Entah apa la yang disembangkan tok ayah ngan cucu-cucunya tu.

Nak uk uk ke apa ni? Hehhe..actually diorang tengah tengok sumpah-sumpah. Maklumlah selama ni tak pernah tengok sumpah-supah secara live. Yang bestnya, diorang panggil cicak.

Balik dari hospital, kami singgah kat tok bali untuk makan pulut ikan bakar.

Pulut beserta kelapa yang digaul dengan gula

Ikan bakar

Pulut ikan bakar cicah sambal kicap. Pergghhh...sedap. Setiap kali balik kampung inilah tempat wajib kami datang makan.

Thursday, August 23, 2012

5 Syawal

Pagi ni pakda dan maklong sekeluarga dah bertolak balik JB dan KL. Cik la plak raya ketiga lagi dah ke pahang. Huhuhu...tetiba sunyi umah nenek. Cucu yang tinggal cuma Rayyans jer. Bila dah takde orang ni, mood nak memasak pun kelaut. Asyik dok makan biskut raya jer.

Petang ni plak ada majlis bertandang makcik zainab ke jerteh plak. Nak tunggu petang baru jumpa nasi, alamak menangisla cacing-cacing dalam perut mama ni. Kesudahannya, tengahari ni kami beraya di KFC jer. Hahahah...lama tak makan KFC. Teringin plak.

Wednesday, August 22, 2012

4 Syawal

Hari ni pun mama tak dapat nak beraya kemana-mana. Seharian dari pagi hingga petang mama kat pejabat tanah, pasir putih untuk urusan pindah milik geran tanah. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami. Dapatlah mama beli tanah untuk dijadikan aset masa depan.

Hari ni dah rabu, esok khamis. Kat kelantan hari khamis waktu keje cuma 1/2 day jer. So by hook or by crook, mama kene setelkan jugak urusan tukar nama hak milik tanah. Hari sabtu ni dah nak balik Shah Alam. So kalau tak setel hari ni at least ada 1/2 hari lagi esok.

Berurusan dengan pejabat kerajaan ni amatlah memenatkan. Ini pendapat mama jer la. Bukan nak komplen ke apa. 1st, nak isi borang kena pakai pen dakwat hitam basah. Manalah mama tau nak kena pakai pen dakwat hitam basah. Bukan selalu pun jejak kaki kat pejabat tanah ni. 4,5 tahun belum tentu sekali. Terpaksalah keluar cari kedai buku untuk beli pen. Dahla jalan jem nak mam***. Patutnya kat kaunter ada disediakan pen tu. Takpun buka jer satu kedai yang jual pen kat pintu masuk tu. Sure laku punya.

Dah siap isi borang tu kena beratur jumpa DO plak untuk tandatangan borang jual beli. Sini satu hal plak, takde staff yang jaga orang keluar masuk. Ramai gila orang dok melangut depan pintu bilik DO. Ye la, masing-masing nak cepat selesaikan urusan. Ada yang potong barisan bagai sebab takde no giliran. 

Pas sign tu kena plak turun tingkat bawah jumpa staff bahagian penilaian hartanah. Kat sini diorang akan nilaikan harga tanah tu berdasarkan pasaran semasa. Bila dah dapat surat penilaian harga tu, kena jumpa DO lagi sekali untuk minta sign pengesahan. Bila DO dah sahkan, kena gi post office plak beli setem hasil berdasarkan harga semasa tanah tu. Mama kena beli setem hasil bernilai RM180.

Bila dah tampal setem hasil tu, kena plak beratur kat kaunter untuk cop setem tu. After that, kena jumpa DO lagi sekali untuk sign mengatakan borang pindah milik tu dah dimatikan setem. Tu dia...sampai 3 kali uolss ai kena jumpa DO. 

Pastu barulah mama boleh hantar borang permohonan kat kaunter pendaftaran. Ingatkan dah setel tapi rupanya belum lagi. Kaunter tu plak akan keluarkan resit bayaran perkhidmatan. Then mama kena beratur lagi kat another kaunter untuk membuat bayaran sebanyak RM120. 

Dah bayar tu, kena patah balik ke kaunter pendaftaran tadi. Barulah mama diberi salinan resit untuk tuntutan geran baru nanti. Insyaallah katanya geran tu boleh dituntut dalam masa 2 mingu. Alhamdulillah, urusan mama selesai juga hari ni, walaupun berjam-jam amik masa.

Tuesday, August 21, 2012

3 Syawal

Hari ni pun kami tak keluar beraya kemana-mana sebab ada kenduri kesyukuran sempena perkahwinan makcik (adik ayah). Syukur alhamdulillah akhirnya makcik zainab bertemu jodoh jugak, walaupun agak lambat. Omputih ada cakap, better late than never kan.

Tu dia memasing makan tak henggat..nak-nak lelaki baju purple tu. Dia tu kalau dah jumpa daging kawah memang tak ingat kat anak-anak la. Orang lain makan tambah nasi, tapi dia tambah gulai kawah.

Hari ni kami sedondon purple plak. Sementara mama, cik nik n cikla sedondon baju petak. Cuma kaler jer lain. Mama pakai purple, ciknik pink dan cikla kaler merah. Tapi sayangnya cikla takde dalam gambar sebab dah bertolak pulang beraya belah suaminya plak kat pahang.

Waaa....gemuknya mama nampak dalam gambar ni. Inilah pengantin perempuan, makcik Zainab. Kiranya ni adalah majlis perkahwinan adik perempuan ayah yang kahwin. Yang lain seme dah kahwin. Kalau yang lelaki tu ada lg sorang tak kahwin.

Sementara tunggu rombongan lelaki sampai, kami berposing sampai lebam.

Cik nik, mama with Faiq Aryan.

Maklong with kids

Maklong n si bulat yang makin cerah kulitnya

Maklong, paklong, paksu mat n Aryan

Mama with anak-anak kesayangan yang tengah bad mood. Muka moncong jer sebab papa tak kasi main pasir.

Akhirnya, selepas asar barulah rombongan pengantin lelaki dari jerteh tiba. Buat makcik zainab dan suami, kak ucapkan selamat pengantin baru. Semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke syurga.

Monday, August 20, 2012

2 Syawal

Hari kedua berhari raya kami adakan jamuan harijadi untuk Rayyans dan sepupunya, Kak Uwin. Orang lain dok sibuk beraya, kitorang dok sibuk buat birthday party. Mama terpaksa buat jamuan ni hari raya kedua sebab tiada masa lain yang lebih sesuai. Esok, raya ketiga ada kenduri kahwin makcik mama. Pastu raya keempat cik la dah nak balik pahang, umah mentua. Jadi hari yang paling strategik adalah hari ni.

Pagi-pagi lagi tok ayah, cik nik dan uncle is dah keluar ke pasar. Depa ditugaskan untuk membeli barang-barang basah untuk masak mee dan mihun goreng.

Masak yang simple jer. Tapi tak sangka, raya-raya ni laku jugak makanan macam ni. Masing-masing dah jemu kot asyik makan biskut raya jer.

Side dishnya plak ada nugget ayam, nugget daging, sosej dan keropok. Memang menyelerakan walaupun hanya makan mee dan mihun goreng jer.

Ketupat palas yang ditempah. Tahun ni harga ketupat palas ni RM60 untuk 100 biji. Tu yang biasa jer. Kalau ketupat yang letak jagung ke, serunding ke lagi la mahal kot.

Tapai pulut yang dibuat special oleh nenek

Makanan semua telah tersedia di atas meja. Cuma tunggu tetamu datang jer. Bukan ramai pun tetamu yang dijemput, cuma jiran-jiran keliling rumah jer. After zohor barulah majlis dimulakan.

Birthday cakes untuk birthday girl n boys. Kek pun dah macam kek kahwin jer. Maklumlah kat kampung ni bukan banyak kedai kek pun. Yang femes cam secret recipe tu takdepun. 

Kek ni pakda yang tempah sehari sebelum raya. Tapi yang bestnya, pakda lupa minta lilin kat kedai tu. Sian anak-anak mama tak dapat nak tiup lilin. 

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh tok abah, memohon keredhaan dan rahmat dari Allah. Semoga keluarga kami diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Birthday girl n boys. Pisau plak ada dua jer. Berebukla si kembar ku pisau tu. Sian birthday girl tak dapat pisau nak potong kek.

Ok..sila berdiri kat depan kek masing-masing. Jangan nak hover conquer dua-dua kek untuk kamu jer yer...

Cake cutting ceremony. Mama terpaksa mencelah sebab Rayyans dah menunjukkan gaya untuk menjahanamkan kek tu.

Foto sessions with kids. Mak budak yang terlebih excited. Kami sekeluarga sedondon hijau untuk raya kedua ni. Tapi sayangnya takde gambar satu family.

Pastu barulah acara makan-makan plak.

Inilah artis-artis undangan bagi memeriahkan majlis kami hari ni. Ni jiran kami kat sebelah kanan rumah mek.

Ni plak jiran kat sebelah kiri umah mek.

Yang kat meja makan nun jiran depan rumah

Nenek with tok ma (isteri tok abah) - jiran belah kanan

Tok ayah with Ayah da (jiran belah kiri)

Nenek dikelilingi oleh cucu-cucu

Rayyans so excited dapat hadiah kereta daripada cik la

Hadiah kuda daripada cik nik. Mak-mak dara pakai baju tema polkadot.

Alhamdulillah, sambutan hari lahir anak-anak mama berjalan dengan lancar dan meriah dalam kesederhanaan. Syukur impian mama nak buat birthday party untuk Rayyans tercapai.

Sunday, August 19, 2012

1 Syawal

Selamat hari raya mama ucapkan untuk semua umat Islam diseluruh dunia. Tahun ni untuk kesekian kalinya mama menyambut syawal di kampung tercinta bersama ayahbonda dan adik beradik mama. Alhamdulillah, tahun ni kami semua menyambut 1 syawal di kelantan. Cuma mak long jer yang tak dapat bersama kami pada 1 syawal sebab kena bertugas.

Rutin pertama mama adalah menyiapkan juadah pagi raya untuk tetamu yang bertandang. Malam tadi selepas berbuka mama dah berhempas pulas masak semua juadah dengan bantuan mek dan adik beradik semua. Menu pagi raya adalah nasi impit, ketupat palas, sambal kelapa, kuah lontong, rendang ayam dan sambal ikan bilis petai.

Pastu isi bekas kuih dengan kuih muih dan kerepek. Tahun ni semuanya dibeli. Takde satupun kuih yang dibuat sendiri. Masing-masing balik kampung bawak sorang sikit kuih raya, bila dikumpulkan banyak la plak.

Bila semuanya dah tersiap bersusun atas meja, barulah mama mandi sunat aidilfitri. Sementara mama sibuk dengan berkemas, papa plak menyiapkan Rayyans. Then lepas tu semua orang gi semayang raya. Tinggallah kami yang ada anak-anak kecik kat rumah.

After diorang balik dair solat raya, barulah acara bermaaf-maafan dan kumpul duit raya untuk si kecil semua. Tahun ni kami sekeluarga sedondon merah. Meriah gitu. 

Tahun ni jugak Rayyans dan kenal erti duit raya. Kalau sebelum ni bila orang bagi angpow diorang takmo amik. Takpun diorang bagi jer kat mama. Tapi tahun ni masing-masing masuk poket baju sendiri.

Habis sesi bermaafan, kami ke sesi fotografi plak. Tapi frustnya tahun ni takde gambar kami sekeluarga yang cantik. Susah nak kumpulkan Rayyans untuk bergambar. Sorang ke hulu..sorang ke hilir. Macam-macam peel.

Tengah syok bergambar, tetiba ada tetamu yang datang. Kebiasaannya, selepas sesi bermaafan, kami sekeluarga akan keluar beraya ke rumah atuk nenek. Tapi tahun ni cepat plak tetamu datang. Terpaksalah kami ke rumah atuk nenek lambat skit.

Tetamu yang datang beraya tu adalah jiran depan rumah kami. Dekat bebenor...tu yang diorang datang awal tu sementara kami ada kat rumah. Karang kalau kami dah keluar beraya, jawabnya petang baru kami ada kat rumah.

Wahida ni anak jiran depan rumah tu. Mama dan wahida ni kawan baik sejak kecil. Kami sebaya. Dari sekolah rendah hingga menengah rendah kami ke sekolah bersama-sama. Tapi bila dah tuo-tuo ni susah dah nak jumpa.

Time raya jer la baru jumpa. Wahida sekarang dah menetap kat perlis, suaminya orang perlis. Wahida dah ada 3 anak dah pun sekarang ni. Tapi nak bergambar bersama-sama dengan anak-anak masing-masing adalah sangat mencabar minda.

Lepas tetamu pulang, barulah kami keluar beraya ke rumah nenek sebelah mek. Yang ada cuma nenek sorang jer...atuk dah lama meninggal. Nenek pun sekarang mendalami ilmu agama kat sekolah pondok. After solat raya baru nenek balik ke rumah pusaka ni.

Then kami ke rumah pakcu, adik mek. Umah pakcu bersebelahan jer ngan umah nenek. Tapi kami tak boleh stay lelama. Sebab banyak lagi rumah yang kami wajib beraya.

Next rumah adalah nenek sebelah ayah plak. Actually ni rumah mak tiri ayah. Mak betul ayah nun kat rawang jer. Atuk belah ayah pun dah lama meninggal. Tapi hubungan kekeluargaan kami kuat. Walaupun cuma nenek tiri, dah jadi macam nenek betul dah. 

Pastu kami ke rumah makngah (adik mek) plak. Kebetulan ayah ngah tak berapa sihat, dapatlah kami melawat ayah ngah sekali. Sebelum puasa, doktor detect ayah ngah ada penyakit jantung. Semoga kesihatan ayah ngah pulih seperti sedia kala.

Lepas beraya kat rumah mak ngah, kami ke rumah mertua pak da n mak long plak. Tapi kat sana tak dapat nak bergambar. Mama segan nak wat keluar kamera. Habis beraya sana sini barulah kami balik rumah. Barulah dapat beraya dengan jiran keliling rumah. Setiap tahun, itulah rutin kami beraya.