Sunday, August 12, 2012

Iftar Day 23

Pagi-pagi lagi papa dah kejut bangun untuk mandi dan bersiap. Papa nak ke pasar ahad, kat stadium shah alam. Si kembar bila dengar nak keluar kenmain excited lagi. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi, tapi dah ramai gila orang kat pasar. Parking pun kat dalam tesco. Pastu jalan kaki ke pasar tu. Boleh berpeluh ketiak gak la, dah la puasa. Belum pun habis satu lorong kami jalan, Rayyans dah minta dukung. Perghh...mama memang x larat nak dukung diorang. Kami decide patah balik tanpa sempat beli apa-apa. Masuk tesco lagi baik, sejuk, ada ekon.

Akhirnya, sempena bulan puasa ni kami berjaya menghabiskan beras yang ada kat rumah tu. So hari ni mula la makan beras baru. Tengoklah telatah Hadif ni. Siap tidur berbantalkan beras tu. Troli ni pun amik sebab dia yang nak dok kat atas ni.

Balik dari tesco mama terus gentel buah melaka ni. Serik jadi cam semalam. Berbuka tanpa kuih rasa cam tak lengkap jer. Kebetulan Rayyans tidur on da way balik tu, so bolehla mama menjalankan misi tanpa gangguan.

Selepas siap gentel buah melaka, mama terus masak kuah percik ni coz percik amik masa yang lama untuk pecah minyak. Petang ni plan nak bakar ayam lagi. Kali ni mama buatkan kuah percik putih plak. Bahannya sama jer ngan percik merah, cuma tak perlu letak cili boh jer. 

Pukul 6 petang baru papa start bakar ayam. Hari ni Rayyans dikenakan perintah berkurung. Disebabkan semalam diorang main arang, so hari ni papa kuncikan grill tak bagi diorang keluar.

Kenmain tinggi panjat grill tu merayu ngan papa nak keluar. Kalau dah anak jantan, macam ni la perangainya. Tapi papa tetap tak bagi diorang keluar gak.

Sementara papa bakar ayam, mama goreng sayur kubis dan udang.

Pastu goreng plak telur dadar. Ni kes dah teringin sangat la ni. Sepanjang bulan ramadhan ni jumpa telur mata jer. Telur dadar ni la sekali.

Ikan selar bakar. Habis dah terkopak-kopak dikerjakan papa.

Ayam bakar

Air pun dua jenis gak hari ni. Kiri tu air sarsi, kanan tu sirap bandung.

Alhamdulillah, selesai puasa hari ke 23. Tapi hari ni memang dugaan betul. Mama nyaris nak buka puasa. Semuanya gara-gara merayau kat pasar ahad sambil mendukung Rayyans. Haus yang amat. Nasib baiklah iman kuat, ku tahankan juga hingga ke azan Maghrib.

2 comments:

  1. waa..terliurnye tengok..rjn neeja masak macam2 eh..sian budak2 kene perintah berkurung yea..hihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ann...sy masak yang simple2 jer. tu pun wiken jer baru masak. kalau hari biasa nk masak, alamaknya isyaklah baru bleh makan kot

      Delete