Hari ni pun kami tak keluar beraya kemana-mana sebab ada kenduri kesyukuran sempena perkahwinan makcik (adik ayah). Syukur alhamdulillah akhirnya makcik zainab bertemu jodoh jugak, walaupun agak lambat. Omputih ada cakap, better late than never kan.
Tu dia memasing makan tak henggat..nak-nak lelaki baju purple tu. Dia tu kalau dah jumpa daging kawah memang tak ingat kat anak-anak la. Orang lain makan tambah nasi, tapi dia tambah gulai kawah.
Hari ni kami sedondon purple plak. Sementara mama, cik nik n cikla sedondon baju petak. Cuma kaler jer lain. Mama pakai purple, ciknik pink dan cikla kaler merah. Tapi sayangnya cikla takde dalam gambar sebab dah bertolak pulang beraya belah suaminya plak kat pahang.
Waaa....gemuknya mama nampak dalam gambar ni. Inilah pengantin perempuan, makcik Zainab. Kiranya ni adalah majlis perkahwinan adik perempuan ayah yang kahwin. Yang lain seme dah kahwin. Kalau yang lelaki tu ada lg sorang tak kahwin.
Sementara tunggu rombongan lelaki sampai, kami berposing sampai lebam.
Cik nik, mama with Faiq Aryan.
Maklong with kids
Maklong n si bulat yang makin cerah kulitnya
Maklong, paklong, paksu mat n Aryan
Mama with anak-anak kesayangan yang tengah bad mood. Muka moncong jer sebab papa tak kasi main pasir.
Akhirnya, selepas asar barulah rombongan pengantin lelaki dari jerteh tiba. Buat makcik zainab dan suami, kak ucapkan selamat pengantin baru. Semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke syurga.
No comments:
Post a Comment