Alhamdulillah, rezeki murah hari ni. Papa dapat hamper sempena raya dari kontraktor. Rayyans bila nampak jer hamper tu terus cakap, mama bday to you mama. Hahaha....kalau barang berbalut cantik semua dia cakap bday to you. Konon-konon orang bagi hadiah birthday la tu.
Hamper tu dah lebih kurang tinggi Rayyans dah. Kenmain excited lagi diorang suh papa buka. Menunggu jer kat sebelah papa sepanjang masa. Macam tau-tau jer kat dalam tu ada jajan. Meh kita intai apa isi hamper ni...
Pelbagai jenis minuman
Ada biskut, gula-gula, kacang dan coklat
Keropok dan biskut bangkit
Set cawan dan bekas garam kunyit pun adoo..
Now baru kita story mory pasal juadah iftar hari ni. Kali ni kami ke pasar ramadhan saujana utama lagi. Mama jue pun ikut serta hari ni. Seperti biasa, nasi kukus ayam berempah jadi pilihan. Beli 3 bungkus, RM18.
Pastu beli daging kerutuk dekat gerai yang sama jual nasi kukus tadi. Seketul daging kerutuk ni harganya RM4. Lembut daging tu.
Ikan pari bakar, 2 keping RM8
Burger malaysia, RM2
Yang kat atas tu badak berendam, RM2.50 dan kat bawah tu puding kastad, juga RM2.50. Jadi total perbelanjaan kat pasar hari ni adalah RM41.
No comments:
Post a Comment