Kita dah menginjak ke 10 malam terakhir ramadhan. Masing-masing sibuk mengira amalan yang dibuat sepanjang ramadhan. Tapi mama, sekali pun terawikh tak buat. Kalau nak cakap sebab anak-anak kecik, nanti ada plak yang cakap nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tapi tulah, bukan nak cakap apa, dapat solat maghrib dengan tenang pun dah dikira cukup baik buat mama. Nama nak berjemaah dengan papa jauh sekali. Mana taknya, nak kena berperang dengan 2 hero yang masih belum mengerti apa-apa. Semoga mama dipanjangkan usia dan diberi peluang untuk beribadah dengan setenang-tenangnya untuk tahun-tahun yang mendatang.
Juadah berbuka hari ke 21 ni mama beli kat pasar ramadhan saujana utama jer. Malas nak pikir-pikir lagi dah nak beli kat mana. Sebab kat sini terjamin banyak pilihan. So far setakat ni tak pernah lagi kami cirit birit ke keracunan ke beli makanan kat sini. Seperti biasa, nasi kukus ayam berempah kegemaran Rayyans ni wajib beli, RM6.
Hari ni mama dan papa berubah selera. Hari ni kami pilih berbuka dengan nasi khabsa. Mama pilih khabsa ayam. Harganya RM7. Rasanya boleh tahan, tapi sedap lagi nasi khabsa kat aroma hijrah kot.
Papa plak tak lain la menunya, mesti kambing lerr. Nasi khabsa kambing ni harganya RM10. Memang puas hati coz kari kambing tu sedap. Pastu portion nasi khabsa ni banyak, membuntang perut nak habiskan nasi tu.
Nafsu punya pasal, walaupun dah beli nasi khabsa siap dengan lauk, still lagi nak beli lauk lain. Memang rambang mata bila ke pasar ramadhan ni. Beli jugak ikan pari bakar dua ketul, RM8. Ikan ni dibuat sahur jer sudahnya.
Papa pun boleh tahan gak nafsunya. Dah makan kari kambing, beli lagi kari kepala ikan ni, RM8. Tapi berbaloi la beli, sedap. Pastu harganya takdela mahal sangat. Taip-tiap hari dok nengok kepala ikan tu, akhirnya hari ni baru tergerak hati nak beli agaknya.
Pastu mama gatal-gatal plak gi beli laksam. Sebungkus RM3. Sumpah sedap laksam ni. Rasa macam makan laksam kat kampung. Memang berasa kuahnya. Confirm pasni jadi menu tetap mama.
Badak berendam, RM2.50. Actually kuih muih yang mama dok tayang kat blog sepanjang ramadhan ni adalah dari penjual yang sama jer. Mama puas hati makan kuih muih yang dijual. Cukup lengkap rasanya. Takde yang terlebih atau terkurang.
Sagu, RM2.50.
Air sampai dua jenis, air mangga dan limau kasturi asam boi, RM4. Masing-masing tekak ada selera sendiri. Mana tahan papa asyik minum air ikut tekak mama jer. Nak gak sekali sekala ikut selera sendiri. Makanya total perbelanjaan kami hari ni adalah RM51. Hambekkk ko....dah melepasi harga siling dah ni.
aku suka baca update ko pasal bukak posa. aku lak terbalik. tak pernah gi param. paling-paling aku singgah gerai tepi jalan (mini version) sebab tetiap hari (except weekend) aku bukak posa kat umah mak bapak/mertua. aku selalu terliur tgk gambar nasi kukus rayyans. :D
ReplyDeleteaku kalau hari kerja memang tak sempat la nak masak. kalau masak pun aku rsa pas masak tu aku melepek dah. nk buka posa kat umah mak...mak jauh sgt...waaaaaa..untung ko mak bapak n mertua dekat..jeles ai tau. xpe ari jumaat ni aku dh leh buka ngan mak ayah aku plak..
Delete