Pagi2 jumaat ni hati sebak sangat bila nengok video raya bernas. Syahdu, sedih, macam-macam perasaan ada bila tengok nasib dua sahabat anak yatim piatu yang serba kekurangan tapi kaya dengan kasih sayang. Bila tengok budak-budak, hati terus teringat kat anak-anak mama, Hazim dan Hadif.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang anak-anak mama membesar dengan mempunyai ibu bapa. Tak dapat mama bayangkan nasib anak-anak mama andai kata mama dan papa tiada di dunia ni lagi. Ya Allah, panjangkanlah umur ku dan suamiku, supaya dapat kami mendidik dan membesarkan anak-anak kami, anugerah dariMu dengan sempurna dan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment