Showing posts with label Works. Show all posts
Showing posts with label Works. Show all posts

Friday, October 7, 2016

Satria Baja Hitam

Hari jumaat yang penuh barakah. Pagi ni Allah turunkan nikmat hujan. Malas jer rasa nak bangun tidur pagi tadi. Alangkah indahnya kalau dapat tarik selimut sambung tidur.


Berangan jer la dapat. Walau macam mana pun, hari ni tetap kena masuk ofis sebab file submission dah menimbun kat atas meja. Yang due date hari ni pun berlambak lambak.


Masuk ofis, eh tetiba napa ramai pakai baju hitam hari ni. Take 5, bergambar dengan geng satria baja hitam katanya.

Nampak tu file berlambak2 kat belakang. Semua file tu nak kena proses samada bagi approval atau komen. Jomlah kita sambung menjalankan tugas.

Tuesday, July 19, 2016

Zoo Negara

Setelah 14 tahun, mama kembali menjejakkan kaki ke zoo negara. Kalau dulu mama pergi jalan2 tapi kali ni atas urusan kerja.

Dah banyak perubahan kat zoo negara kalau nak dibandingkan dengan dulu. Sekarang banyak kerja2 pembinaan yang tengah berjalan di dalam kawasan zoo negara.

Mama bertuah dapat masuk atas urusan kerja. Kalau nak tunggu datang sendiri rasanya entah bila la. Pernah plan nak bawa kembar datang tapi diorang dah pergi dulu ikut rombongan sekolah.

Mama datang sebab nak buat pemeriksaan sistem pembetungan bagi pusat konservasi dan pameran giant panda.

Mama dan ahli rombongan berpeluang masuk meninjau keadaan dalam pusat ni. Satu peluang keemasan yang tak dapat dilepaskan.

Selama ni asyik dengar cerita pasal panda. Kali ni mama berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat panda2 yang didatangkan khas dari negara china.

Nuan nuan anak panda yang dilahirkan di malaysia. Kalau tak silap dah berumur 8 bulan. Anak panda ni kerjanya tidur jer. Maklumlah kat dalam ni sejuk.

Ini plak liang liang. Ibu kepada nuan nuan. Liang2 ni pun tidur gak kerjanya. Langsung tak gerak2 dari batu putih ni.

Xing xing plak panda jantan. Dia jer yang aktif dok tawaf keliling kandang. Mengikut kata pekerja zoo, xing xing lapar. Sebab tu takdok diam. Masa ni belum sampai waktu makan. Xing xing kena tunggu lagi setengah jam untuk diberikan makanan.

Rupanya panda jantan dan betina diletakkan secara berasingan. Apabila tiba musim mengawan barulah depa ditemukan. Jika bukan musim mengawan, depa akan bercakaran jika diletakkan bersama2. Gitu plak kekdahnya.

Friday, May 20, 2016

Audit

Audit ISO ni rutin tahunan bagi unit perakuan, IWK. Semua unit seluruh malaysia akan diaudit. Auditors akan tukar2 between semua unit. Tahun ni mama kena audit unit melaka.

Unit melaka kecik je kalau nak dibandingkan dengan unit selangor. Walaupun kecik, tanggungjawab tetap besar. Demi menjamin pembangunan sistem pembetungan negara. 

Audit bermula jam 9 pagi. Tengahari stop untuk jejaka2 gi solat jumaat. 

Then sambung lagi sampai petang. By 5.30 kami dah boleh closing. Hajat nak habis awal tak kesampaian. Maklumlah file yang diaudit boleh tahan tebalnya.

Bos unit melaka belanja kami coconut shake batu berendam. Mama dah pernah cuba coconut shake klebang. Yang ni pun not bad rasa dia.

Friday, May 15, 2015

CA Meeting

Pagi tadi ada staff meeting, monthly meeting. Mama bukan nak cita pasal agenda meeting, tapi nak cita pasal makan.

Meeting hari ni merangkap farewell party untuk hafiz. Baru jer 6 bulan dia kerja sini dah benti dah. Hafiz dapat offer lagi best dari company oil n gas. Haruslah say bye bye kat sini.

Pastu ada celebration untuk staf yang lahir bulan lima. Ramai tu baby may. Bak kata salah sorang collegue mama tadi, aunty n uncle may. Mama la salah sorangnya. 


So tadi ada upacara cake cutting. Kek tiramisu from secret recipe.

Bukan setakat potong kek jer, mama siap dapat small gift on my birthday. Nak tau apa yang mama dapat?

Lollipop uols. Jadilah kan ada yang ingat kat birthday kita. Terima kasih kepada semua opismate yang meraikan birthday mama.

Tuesday, April 21, 2015

Pizza Hut

Mama ada training pasal safety n health at work selama 2 hari. Training diadakan kat wisma iem, pj. Training ni mandatory untuk sesapa yang nak amik IR. 

Pagi ni adik bambam ikut papa hantar mama. Cikla tak dapat jaga hafiy arini. Nasib baik hafiy behave je masa on da way balik. Kalau tak susah papa nak drive.


Jangan tak tau semangat mama dok seat depan sekali. Masa kat u dulu jangan harap la nak dok depan. Padahal ni mama terpaksa dok depan sebab sampai lambat. Seat belakang semua dah occupied.


Mama sebenarnya bukan nak cita pasal training, tapi nak cerita pasal makan. Kat training depa cuma provide food untuk minum pagi dan petang sahaja. Jadi lunch kami kena jjcm la.


Berdepan ngan wisma iem ni cuma ada pizza dan restoran mamak. Masing2 decide nak makan pizza. Mama on jer sebab dah lama tak makan kat pizza hut.

Deja makan lasagna, wani plak makan pizza. Nasib baik servis tak lama sangat sebab kami cuma ada sejam jer masa untuk lunch.

Mama n nisa makan spaghetti creamy mushroom. Tapi spaghetti ni tak sedap sangat. Tak berasa garamnya. Jadi bila makan terasa muak sangat.

Thursday, March 19, 2015

Confinement Over

First day kerja after maternity leave selama 2 bulan. Malas rasa nak masuk ofis. Berat hati nak tinggalkan anak yang masih kecil.

Mama dok la berangan tetiba cuti bersalin dinaikkan ke 3 bulan tetapi pelamin anganku musnah. Kerja tetap kerja. Bersyukurlah masih ada punca rezeki.

Masuk2 jer opis, rupanya hari ni ada staf meeting. Elok jer timingnya. Kat opis ni staf meeting once a month. Setiap kali meeting akan celebrate birthday staf yang jatuh dalam bulan tu. 

Bulan 3 ni birthday nissa. Tetiba bos suruh mama dok depan tiup lilin gak. Nissa celebrate hari kelahiran tetapi mama celebrate hari melahirkan.

Huhuhu.. bestnya kek secret recipe. Mama tak berani nak makan macam2 lagi. Maklumlah baru lepas pantang. Takut perut dapat kejutan budaya nanti. 

Marilah kita mengumpul kekuatan untuk istiqomah dalam bekerja. Semoga rezeki yang diperolehi beroleh keberkatan dari Allah.

Monday, May 12, 2014

Stress Management

Opis mama ni selalu hantar staf untuk training tak kira la dari segi teknikal atau tidak. Kali ni mama terpilih untuk ke stress management training plak. Stress ke haku? Huhuhu.. tak kisahlah nama dah naik kan kita attend jer la. 

Motivator tu plak adalah Dr Hj Fadzilah Kamsah. Lagilah tak boleh lepaskan peluang ni. Selama ni dok tengok dia kat tv or dengar suara kat SinarFM jer. Ni ada chance jumpa face to face. 

Bersemangat betul mama siap amik seat depan ni. Hahah..curi2 amik gambar dia. Masa ni dia tengah set up material untuk sesi motivasi.

Sebelum training start, kita selfie dulu. Bolehlah nak selfie sebab peserta tak ramai yang sampai lagi. Kalau orang ramai segan skit nak amik gambar muka sendiri.

Untuk permulaan kami kena tulis nama sendiri dan tarikh lahir sendiri n husband. Mama n papa kan sama tarikh lahir. So DMFK cakap susah nak jumpa pasangan sama tarikh lahir. Dari tulisan dan tarikh lahir ni dia boleh agak kita ni orang yang macam mana based on dia punya kajian berpuluh tahun. Pendapat dia pasal mama... keras hati n suami yang banyak mengalah. hikhokhikhok..

Program ni memang baik..boleh hilangkan stress. Sepanjang masa gelak jer kami. sesi sehari terasa pantas sangat. Kejap jer dah petang..dah nak habis. Huhuhu.. apa pun semoga kami lebih bersemangat dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab kami di tempat kerja dan di rumah juga.

Friday, June 14, 2013

Terbengkalai

Blog jer yang terbengkalai...bukan projek yang terbengkalai yer. Banyak sebenarnya nak kongsi cerita kat sini, tapi takde mood nak mengarang. Actually sedikit kebizian untuk setelkan semua kerja-kerja mama. 

In sha Allah, bulan depan mama akan memulakan tugas di tempat baru. Jadi sepanjang peninggalan mama nanti, mama tak nak susahkan rakan sekerja yang kena take over kerja mama nanti.

Pejam celik rupanya dah 6 tahun mama kat HRrunding. Staf-staf kat sini dah jadi macam adik beradik. Sayang sebenarnya nak meninggalkan company ni. Tapi kerana tuntutan ekonomi dan masa depan kami sekeluarga, mama terpaksa mengucapkan selamat tinggal dekat kawan-kawan kat sini.

Harapan mama agar hubungan silaturahin yang terjalin dekat sini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat kawan-kawan, terima kasih di atas segala pertolongan selama ni. Ampun maaf andai ada yang terasa hati dengan mama. Mama harap agar kat tempat baru nanti mama akan dapat ofismate yang best macam korang semua. Sayang korang ketat ketat.

Wednesday, March 13, 2013

Spagheti Carbonara

Hari ni seharian tak masuk opis. Dari pagi terus ke site opis, bermetingan dulu. Then after meeting kontraktor bawa gi lunch kat Jusco Wangsa Maju. After lunch mama gi site pulak. Tengah panas berdenting tu jalan-jalan makan angin tepi sungai klang yang 'wangi' yang hamat. No complaining. Dah memang kerja engineer macam tu. Sendiri yang pilih kerjaya ni. Komplen lebih-lebih, benti jer kerja.

Kali ni nak kena ukur longkang plak. Nak pasang perangkap sampah. Satu petang sempat jalan belah kanan sungai jer. Yang belah kiri tunggulah bila-bila free plak.

Dari site, terus balik rumah. Mandi, sempat basuh baju n masak yang simple jer, spagheti carbonara. Karang anak-anak n bapak balik nak makan. Syukur, walaupun sibuk dengan kerja, mama masih ada kelapangan untuk masak bagi anak-anak makan.

Friday, January 4, 2013

MIB

Stands for mommy and soon to be mommy in black. Hari ni gegurls kat opis semua berpakaian hitam. Terkejut Mr B tengok masing-masing golappp jer. Kalau ikutkan tema sebenar adalah berjubah hitam tapi tak dapek sebab mama takde jubah.

Tak aci tau gegurls ni. Last friday, masa mama outstation ke Melaka, diorang shopping jubah sesama. Pastu pakat pakai ramai-ramai ari ni. Sian mama sorang jer yang takde jubah. Tapi ikut kan jer la tema pakai baju hitam. Nak jugak tu...

Ni la mastermindnya. Auww..seksi uu jubah kak hanim. Bunga kat belakang. Terpaksa pose tunjuk backside. Sempena tahun baru ni, we decide nak pakai jubah setiap hari jumaat. 

Terpaksalah lunch tadi mama ke tesco shopping jubah. Ada yang mama berkenan sangat-sangat, tapi sayang takde saiz yang sesuai. Dalam pada tu sempatla juga rembat sehelai jubah. Nampak gaya pasni kena tambah koleksi jubah la.

Thursday, December 20, 2012

Kerja...Kerja..Kerja

Tepat 7 pagi mama ajak papa n Rayyans breakfast kat cafe hotel yang terletak kat level paling atas. Nampak pemandangan sekitar KB ni. Tapi gambar tak terambil sebab mata asyik memerhatikan Rayyans. Pukul 8 kami berkumpul kat lobi, then terus ke airport untuk jemput wakil dari Jabatan Audit yang tiba pagi ni.

Dari airport, pegawai JPS bawa kami gi breakfast lagi sebelum ke site di pantai sabak. Kat sini kami kena audit pembinaan struktur rock revetment untuk menghalang hakisan pantai.

Dari pantai Sabak, kami terus ke pantai Kemasin. Time ni memang hujan lebat gila tapi kami redah jer. Kat sini plak kena audit projek pembinaan breakwater untuk menghalang pemendapan dan pembinaan jeti untuk nelayan tempatan.

After site visit, pegawai JPS bawa kami lunch kat Syam Restoran yang terletak di Jalan Berek 12, KB. Again, ni kali pertama mama jejak kaki kat sini. Restoran ni agak berkelas juga la.

Kalau nak makan kat sini kena reserved awal-awal. Kalau tak meja penuh. Masa kami sampai makanan dah tersedia kat atas meja. Menunya adalah tomyam putih, sayur campur, kerabu mangga, siakap 3 rasa dan ayam lemon.

Gambar tak berapa clear sebab amik pakai hanfon kokak mama tu jer. Segan plak nak buat keluar kamera depan diorang ni. Makanan kat sini memang sedap. Lain kali balik kampung boleh la bawa family makan sini.

Friday, December 14, 2012

Outstation

Last week mama ada cerita yang mama kena outstation ke Pahang selama 3 hari. Dari hari rabu hingga jumaat mama kat sana. Hari rabu mama dan bos kecik, zul bertolak dari shah alam pukul 12 pagi. Kami terus ke kuantan. Sepanjang 3 hari kat sana kami akan tinggal di hotel Shahzan Inn.

Pukul 5 petang kami tiba kat kuantan dan terus check in. Perjalanan selama 5 jam sedikit memenatkan, walaupun bukan mama yang kena driving. Aktiviti site visit akan bermula esok hari. So hari ni mama amik peluang merehatkan diri. 

Shahzan Inn ni rasanya bertaraf 3 bintang jer. Boleh dikatakan hotel lama coz perabut-perabut dia pun nampak sedikit usang. Tapi mama tak kisah sangat. Janji bilik bersih dan katil tu masih selesa untuk tidur la.

Paling penting, bilik air mesti bersih. Mama syukur gak sebab mama dapat bilik air yang ada batang paip. Kebanyakkan hotel sekarang ni mana ada batang paip. Nak basuh selepas menunaikan hajat cukup payah. Unlucky, Zul dapat bilik yang takde batang paip. Terpaksalah guna gayung jer. Seksa...

Then, malam tu Zul belanja mama dinner. Makan kat restoran Monrods Kitchen. Tengok keadaan macam restoran berkelass jugakla. Tapi sayangnya, lain yang mama order, lain yang dapat. Mama order spagheti arabiata tapi dapat spagheti bologneise. Disebabkan perut dah lapar, belasah jer la. Nasib baik rasa sedap.

Zul makan sirloin stik. Nampak cam banyak, penuh pinggan. Tapi sayur jer yang banyak. Daging tu seketul jer. Kalau takat perut mama memang takkan kenyang kot. Hahaha..

Keesokkan paginya, mama ke site yang pertama kat Rompin. Perjalanan dari kuantan ke rompin makan masa 2.5 jam. Site tu dekat Summerset resort. Sekarang resort tu dah ditutup berikutan masalah hakisan yang teruk sehingga meruntuhkan chalet-chalet kat tepi pantai. Kat tempat orang-orang (termasuk mama) berdiri tu sepatutnya ada tambakan pasir. Tapi pasir tu semua dah terhakis.

Kemudian kami ke site yang kedua kat Kuala Pahang. Perjalanan dari rompin ke kuala pahang makan masa hampir 2 jam. Kat sini mencabar sikit, kami kena naik bot untuk ke tapak projek.

Yang bestnya time ni air tengah surut. Jeti plak tinggi melayut dan takde tangga. Memang mencabar minda betul nak turun ke bot tu. Kami kena panjat tong ikan hokayyy...masa tu dalam hati memang berdoa janganlah tergelincir jatuh dalam air. Dah turun tu, kena plak menapak ke bot nun yang hujung sekali tuh.

Selamat juga akhirnya rombongan kami semua naik bot menyusuri kuala sungai pahang. Pihak JPS dan kontraktor bawa kami pusing-pusing sekitar tapak projek pengawalan hakisan di kuala pahang yang melibatkan pembinaan breakwater.

Selepas 'makan angin' atas bot, satu hal lagi bila nak 'mendarat'. Again, jeti tu tinggi melangit jer rasa bila time air surut ni. Seksa mama nak memanjat naik ke jeti. Memang mencabar gila-gila rasanya. Masa ni la terjadi satu tragedi. Masa mama tengah panjat tu, tali beg tersangkut dan putus. Nasib baik mama sempat sambar beg tu dari jatuh dalam air.

Inilah salah satu breakwater yang dimaksudkan. Sekarang ni pembinaan telah memasuki fasa yang kedua. Panjang breakwater ni lebih kurang 2km. Bayangkan mama jalan sampai nun ke hujung sana. Esoknya, peha mama rasa sakit berketul-ketul. Dah lama tak exercise kan.

Setelah berpenat lelah kat tapak projek, pihak kontraktor bawa kami ke site office yang besar gila ni untuk jamuan petang. Nampak tak beg kat tangan mama tu talinya dah putus?

Terima kasih kepada pihak Jabatan Audit Negara, JPS dan kontraktor yang beri layanan dan kerjasama yang baik untuk kami. Next week mama akan outstation ke Kelantan pula. Kali ni mama akan melawat ke pantai sabak dan pantai kemasin. Yang paling best, after site visit mama akan balik kampung, melawat orang tua pula. Nak best lagi, kali ni papa n anak-anak ikut mama outstation.