Showing posts with label SAMBAL. Show all posts
Showing posts with label SAMBAL. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

Sambal Kerang

Lama betul mama mengidam nak makan sambal kerang tak dapat2. Susah betul nak jumpa orang jual nasi lemak dengan sambal kerang. Gerai nasi lemak kat depan rumah kami pun dah lama tak buat lauk kerang. Katanya susah nak dapat kerang.

Kebetulan dekat group puncak alam ada buat delivery kerang. Mama teruslah order. Hasilnya terjadilah sambal kerang cili merah. Kerang tu mama rebus dulu dengan serai dan garam then kopek amik isi jer. Besar2 kerang ni. Puas hati. Sambil kopek sambil ratah.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili besar merah. Tumis sampai garing. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkan kerang gaul sebati. Last sekali mama masukkan sayur mak tam. Kacau sampai sayur layu sedikit. Hidang dengan nasi panas. Wallaaa..

Friday, August 17, 2018

Rewang

Seronok dok ofis baru mama kat shah alam. First sebab lagi dekat dengan rumah. Second banyak tempat makan. 3rd sebab pantry besar.

Hari jumaat kalau tak merayap ke mana2 kami akan merewang kat ofis je. Kat pantry lengkap ada rice cooker, dapur letrik, oven. Setakat nak masak tomyam tu small matter la.

Hari jumaat jer la dapat gather2 masak dengan opismate. Hari lain tak sempat. Baru nak kupas bawang lunch hour dah habis. Gitu la perumpamaan mama.

Seronok merewang ni. Masing2 ada tugas. Ada tukang potong2, tukang masak, tukang kacau, tukang buat air, tukang makan (mama le tu). Yang penting..kerjasama. Pas masak makan ramai2.

Antara menu yang kami pernah masak adalah tomyam seafood. Kebetulan opismate ada inspection dekat kuala selangor. Jadi diborongnya segala udang dan sotong. Dapatla kami masak tomyam seperiuk vision.

Pastu goreng telur dadar makan dengan nasi panas. Berselera betul. Mak mertua lalu.. eh silap.. bos lalu kat belakang pun tak perasan.

Kami juga pernah masak sup daging. Daging tu mama rebus siap2 kat rumah malam sebelum. Then esoknya just campak2 jer semua bahan dalam periuk.

Selain sup daging kami sempat masak kerabu ikan bilis. First time mama makan ni. Ikan bilis tu goreng garing. Then potong dadu timun dan tomato. Campurkan bawang merah, timun, tomato, ikan bilis dan cili. Masukkan sos ikan dan perah limau nipis. Kacau rata.

Telur dadar ni lauk wajib kalau makan sup atau tomyam. Stok telur memang tak putus kat pantry. The girls kat ofis beli sepapan besar terus.

Tapi lauk yang paling memikat selera mama adalah budu tempoyak dan sambal kicap cicah ulam timun. Bertambah2 makan.

Meriah makan ramai2 camni. Sambil makan sambil membawang. Hahaha.. Actually makan kat ofis jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak keluar jauh2 cari makan. Kalau kat ofis lepas makan siap boleh tidur lagi.

Menu yang paling kerap masak adalah maggi. Petang2 bila stay up balik lambat, alas perut dengan maggi dulu. Bila perut dah kenyang baru la boleh buat kerja overtimw dengan tenang.

Saturday, April 13, 2013

Sambal Kantan

Dah lama sangat rasanya tak masak sambal kantan. Sambal kantan versi mama kurang pedas, tapi manis. Tekak mek klate la katakan. Lagipun laki mek pun bukan jenis tekak pedas. Memang matching sangatlah tekak kami.

Jangan tertipu dengan kemerahan sambal kantan ni. Merah jer lebih, tapi rasanya manis. Untuk sambal kantan ni mama guna cili merah segar tu. Resepi sambal kantan boleh refer kat SINI.

Kali ni sambal kantan mama buat cicah ikan selar bakar. Konon nak kurangkan makanan berminyak sekarang ni. Kita makan yang bakor-bakor ajer.

Lauk kedua adalah kepah masak lemak. Hamik ko..konon nak kurangkan makanan berminyak, tapi gi tala yang berlemak pulakkk..

Untuk sayur pulak, my old time feveret kacang goreng. Masa kecik, kacang is the one n only sayur yang mama makan.

The table is ready. Papa jom kita makannnn...

Saturday, June 30, 2012

Sambal Petai Ikan Tongkol

Balik dari kenduri mama terus prepare untuk masak for dinner. Simple jer lauk malam ni, sambal ikan tongkol with petai. Semalam papa ada beli 5 tangkai petai kat pasar malam yang beharga RM5. 2 tangkai mama guna untuk buat sambal ikan tongkol ni. Lagi 3 tangkai simpan untuk masak esok plak.

Bahan - bahan :
1 ekor ikan tongkol
2 sudu cili kisar
2 papan petai, ambik isinya
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar* 
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inch halia* 
Kunyit
Garam dan gula secukup rasa
(*dikisar halus)

Cara - cara :
Perapkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum.
Masuk cili kisar dan tumis hingga garing. 
Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula.
Tambah petai dan ikan tongkol yang digoreng tadi.
Kacau dan masak hingga pekat.

Pelengkap hidangan dinner kami malam ni adalah kailan goreng. Resepinya boleh refer kat SINI.

Sunday, May 27, 2012

Sambal Tumis Telur

Pelengkap hidangan kami hari ni adalah sambal tumis telur. Hari ni menu mama memang ringkas jer. Semalam dah makan special, so hari ni low profile jer la. Lagipun mama rasa sedikit kepenatan sebab badan tak berapa sihat. 2,3 hari ni asyik batuk jer..time nak tidur jer plak tuh. Kadang-kadang tengah tidur bleh terjaga sebab batuk.

Bahan - bahan : 
5 biji telur ayam
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
3 biji telur
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
 
Cara - cara :
Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.

Saturday, April 7, 2012

Roti Boom Berlaukkan Sambal Bilis Petai

Roti boom segera ni mama beli kat kedai hub-halal di Saujana Utama. Kedai ni bersebelahan dengan tempat mama buat terapi. Selepas terapi, sementara tunggu papa jemput sempatlah mama merayap kat kedai ni dulu.

Mama memang suka makan roti boom...yang paling sedap mama pernah rasa adalah kat Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam. Tapi sejak ada anak ni memang tak merasalah nak makan kat sana lagi. Dapat yang segera ni pun jadilah. Roti boom ni cuma kena goreng sekejap dengan majerin. Pastu rasa dia memang dah manis..tapi nak sedapkan lagi mama buatlah sambal ikan bilis petai ni.

Bahan - bahan :
1 genggam ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
2 sudu cili kisar
2 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
(*dikisar halus)

Cara - cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula, kacau dan masak hingga pekat.

Tambah petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sunday, December 18, 2011

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Pening betul bila memikirkan menu untuk breakfast. Rayyans memilih betul pasal makanan sekarang. Kalau tak kena dengan selera, memang diorang takkan makan. Pagi semalam mama dah gorengkan mee..takkanlah hari-hari nak bagi diorang makan mee..ye dop? 


Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran Rayyans selain dari mee. Diorang makan nasi lemak gitu-gitu jer..tanpa lauk.

Jadi, menu breakfast kami hari ni adalah nasi lemak sambal ikan bilis, telur mata dan sayur bayam goreng. Disebabkan mama termasak banyak, menu brekafast ni merangkap menu lunch kami hari ni.


Nasi lemak

Telur mata

Bayam goreng

Sunday, November 20, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai


Malam semalam papa beli petai kat pasar malam. Nak makan buat ulam cicah budu gitu jer macam tak berselera la plak. Tu yang transform petai tu jadi sambal tumis ngan ikan bilis ni.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai boleh dirujuk kat blog Tiffin Biru Cik Mat Gebu.

Bahan - bahan :
1 genggam ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
1 cawan cili kisar
5 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara - cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa, gula dan serbuk perasa, kacau dan masak hingga pekat.

Tambah petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman. Sedap juga dimakan bersama lempeng pekak dan ubi rebus.

Wednesday, October 26, 2011

Sambal Udang Dengan Tempe

Sekarang ni bila cuti mama kena merajinkan diri untuk memasak. Keadaan tak sesuai untuk makan kat luar memandangkan Rayyans tengah aktif sekarang ni. Wiken lepas papa ada beli udang tapi mama belum sempat masak lagi. Memandangkan hari ni cuti, mama cadang nak masak lemak udang..tapi bila belek-belek kat dapur stok santan takde plak. Jadi mama decide untuk buat sambal udang jer la...then ternampak plak tempe ada 4 bungkus lagi kt dalam peti ais tu....terus decide masak sambal udang ngan tempe. Pastu mama goreng kailan ikan masin dan goreng ikan pekasam untuk ditripletkan ngan sambal udang ni...kecur air liur...


Bahan - bahan :

20 ekor udang basah.

4 bungkus tempe
5 ulas bawang merah - mayang halus
3 ulas bawang putih - mayang halus
4 sudu madu dibancuh dgn secawan air
2 sudu jus lemon
sedikit daun bawang (dihiris) 
2 sudu cili boh

Cara - cara :

Udang yang telah dibuang kulit diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu tepung. Goreng udang hingga garing. Ketepikan.

Potong tempe dan perap bersama kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.

Tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga garing.

Masukkan madu dan kacau hingga kuah agak kering.

Masukkan jus lemon, udang dan tempe. Goreng hingga kering.

Sunday, August 21, 2011

Cooking : Sausage Ala Teriyaki

Gempaknya nama masakan ni..cam nama jepun pun ada. Again, mama cilok resepi dari dapur KAK UMMI lagi. Tapi kalau nak dibandingkan presentation kak ummi jauh lagi cantik dari masakan mama..huhuh..takpe..saya budak baru belajar.



Bahan - bahan :

1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap ABC Heinz - mama pakai kicap kipas udang jerk
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil cuka - mama pakai jus lemon
garam secukup rasa
gula - mama pakai madu
sedikit minyak untuk tumis

Cara - cara :

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan sosej dan kacau sebentar.
Masukkan kesemua jenis sos dan jus lemon, garam dan madu secukup rasa.
Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
Angkat dan hidangkan.