Showing posts with label HEALTH. Show all posts
Showing posts with label HEALTH. Show all posts

Sunday, August 12, 2018

Tok Ayah Admitted

Risau hati ni bila mendapat khabar tok ayah admitted. Kalau ikut rasa hati nak balik kampung jam2 tu jugak. Masa ni mula la terfikir kenapala aku kerja jauh sangat dari kampung.

Bila mak ayah dah semakin tua ni lagi bertambah risau. Setiap kali dapat call dari kampung hati mesti tak tenang. Kalau berlaku apa2 kecemasan bukan boleh terus sampai kat kampung.

Kalau naik flight pun at least 3,4 jam baru sampai kat kampung. Dalam hati cuma selalu berdoa semoga Allah menjaga dan melindungi tok ayah dan nenek.

Hari ni pun risau bila paksu cakap tok ayah kena admit kat hospital. Tak sabar nak balik kampung raya haji nanti. Harap2 tok ayah kembali sihat bila nampak anak cucu balik.

Nenek cakap tok ayah merudum kesihatan since berhenti kerja. Mungkin dia terasa sunyi dok kat rumah setiap hari. Ye la sebelum ni keluar pagi balik petang. Sekarang terperap jer kat rumah.

Pastu selera makan pun semakin berkurang. Badan pun dah semakin kurus. Ya Allah, jauhkanlah bapa ku dari segala penyakit.

Saturday, June 4, 2016

Gigi Susu

Dah lama sebenarnya nak ke klinik gigi untuk cabut gigi susu hadif. Wiken asyik bz jer. Tak sempat nak terjah klinik gigi.

Kami ke klinik pergigian sharifah kat sg buloh. Mama risau sebenarnya takut hadif menangis. Ni first time nak cabut gigi kat klinik.

Boleh tahan ramai jugak pesakit yang datang untuk treatment. Nasib baik tak payah buat appointment. Boleh terus proceed cabut gigi. 

Rate harga untuk macam2 treatment yang diorang buat. Hadif cuma kena caj rm10 jer. Mama bajet dalam rm50. Tak sangka murah plak. Maybe sebab senang sangat kot nak cabut gigi hadif.

Tersenyum gembira lepas cabut. Nasib dia tak menangis. Cuma kaki tangan tu sejuk la. Berdebar kot. Tapi katanya tak sakit. Doktor cuma sapu ubat bius dan tarik gigi.

Before n after. Gigi kekal dah tumbuh kat belakang gigi susu yang dah mereput dan patah separuh. Kami tak dapat nak cabut dengan tangan. Akhirnya, hadif boleh senyum tanpa malu dah.

Wednesday, May 25, 2016

Tok Ayah Admitted Lagi

Tok ayah admitted lagi. Kali ni kat hospital universiti sains malaysia, husm pula. Kat hospital tg anis takde doktor pakar yang boleh operate.

Ada ketulan naik kat kaki tok ayah. Disebabkan tok ayah ada kencing manis, doktor takut merebak hingga ke tulang.

Ditambah plak kata doktor tok ayah ada lemah jantung juga. Allah, sebelum ni tok ayah sihat jer. Sekali sakit, terus macam2 penyakit singgah.

Doktor decide untuk operate buang ketulan tu. Risau jika melarat hingga ke tulang. Worst thing, kaki kena potong.

Ya Allah, kau jauhkanlah segala kesakitan dari ayahandaku. Cuma doa sahaja yang mama dapat titipkan untuk tok ayah.

Ketulan kat kaki dah berjaya dibuang. Tapi tok ayah tak dapat keluar wad lagi sebab masih dalam pengawasan doktor.

Masa ni mama harap sangat yang mama dapat kerja kat kelantan. Bila nenek dan tok ayah sakit senang nak balik tengok. 

Harapkan p.su sorang jer la yang ada kat kampung, yang boleh jaga nenek dan tok ayah sekarang.

Monday, May 9, 2016

Allah, Jaga Dia Untukku

Semalam masa on da way balik dari cameron, paksu wasap cakap tok ayah admitted. Tetiba pagi tu tok ayah asma teruk sangat sampai tak boleh bernafas.

Paksu bawa ke wad kecemasan, hospital tengku anis, pasir puteh. Kat situ tok ayah dah diberikan bantuan pernafasan. Tok ayah langsung tak boleh bergerak sebab asma.

Tok ayah dimasukkan ke wad sebab pernafasan tak lancar. Then doctor bagi drip. Nak ke toilet pun kena pakai kerusi roda. Untuk kurangkan pergerakan, doktor sambungkan tiub ke pundi kencing.

Tok ayah dulu heavy smoker. Bila dapat asma terus berhenti merokok. Tempat kerja tok ayah juga salah satu penyumbang. Kerja kat kilang kayu dikelilingi dengan habuk kayu. Thats why ada masalah dengan pernafasan. After this, kami adik beradik dah tak benarkan tok ayah bekerja lagi.

Ya Allah, tolong jagakan kekasih hatiku ini. Kau lindungilah tok ayah. Jauhkan la segala penyakit dari tok ayah. Semoga kesihatan tok ayah bertambah baik. :(

Sunday, May 3, 2015

Demam Denggi

Malam tadi angah admitted sebab demam denggi. Dia demam dah 5 hari tak kebah2. Semalam dah start keluar bintik2 merah kat badan. Takut melarat, dia menyerah diri kat hospital.

Pagi ni kami ziarah angah kat putra medical centre. Hospital ni terletak kat bukit rahman putra, sg buloh.

Si kembar ni sibuknya mengikut mama dan papa nak tengok angah. Hafiy mama tinggal kat cikla jaga. Nasiblah hospital swasta budak2 boleh masuk. Kalau hospital sg buloh tak dapeklah lepas.

Antara keempat2 anak perempuan papa, cuma tilah sorang jer lagi tak kena demam denggi. Along, angah dan dayah dah merasa. Harap2 tilah terselamat.

Bacaan platlet darah angah masih rendah. Tak pasti sampai bila kena tahan wad. Harap2 dapat sembuh dengan cepat. Risau kalau2 dapat denggi berdarah yang merbahaya tu.

After melawat angah, dah alang2 kat sg buloh papa terus bawak lunch kat warung kita. Againnn.. Kali keempat dalam masa hanya 2 minggu. Habis sebungkus sorang si kembar makan.

Kali ni selain air kelapa dan coconut shake, mama cuba abc oreo. Nampak gaya mama kena belajar menu ni sebab dah jadi favourite food papa. Barulah boleh amik hati suami.

Friday, May 1, 2015

Rawatan Resdung

Kat matahari spa ni ada juga treatment untuk resdung. Murah jer harganya. Cuma rm10. Kat sini guna teknik yang asapkan kat muka.

Tilah memang ada resdung yang agak kuat. Jadi sementara tunggu mama dia buat rawatan untuk resdung. Mula2 muka kena bersihkan dulu.

Kemudian muka diasapkan. Kasi keluar semua hama2 yang berselindung di sebalik kulit. Kulit orang resdung ni sensitip. Bila makan seafood habis kuar semua jerawat.

Yang putih2 berkabus kat muka tu la hamanya. Memang banyak yang keluar. Tilah cakap sepanjang muka kena asap tu rasa pedih2.

Kemudian muka diberikan rawatan facial. Dicuci dan dipakaikan mask. Berbaloi2 bayar rm10 jer. Rawatan resdung ni kena sentiasa buat. Barulah hama tu akan makin berkurangan.

Matahari Spa & Salon

After bersalin mama tak berurut langsung. Biasalah kan lepas bersalin badan rasa lesu. Pastu kenalah urut membetulkan segala urat2 yang putus masa bersalin tu.


Hari ni mama dah booked untuk berurut kat matahari spa. Rayyans bila dengar mama nak keluar cepat2 diorang tunggu kat pintu pagar.


Spa buka pukul 10 pagi. Jadi sebelum berspa, bawa rayyans breakfast dulu kat restoran maju ahmad. Dengan harapan lepas breakfast diorang takkan ngikut mama nak gi spa.


Tapi harapan jer la. Sampai sudah takmo balik rumah. Masakla kat dalam spa nak melayan kerenah diorang. Dah la pakej yang mama amik ni bakal makan masa 3.5 jam.


Dah tau memang diorang bakal bosan menunggu nanti. Jadi beli siap2 segala jajan untuk bekal nanti. Spa matahari ni adalah spa muslimah. No men allowed. But kids yang tak cukup umur ni berkecuali.

Mama amik pakej matahari yang berharga rm150. Ada sauna, lulur, mandi susu, urut tradisional dan percuma hair treatment. Tapi mama dapat free facial jugak. Rezeki.

First buat hair treatment. Rambut mama dicuci dan diletak ubat. Kemudian kepala kena tutup dengan shower cap. Pastu tukar baju pakai kain batik jer uols. Sebab tu la lelaki tak dibenarkan masuk dalam spa. Sebab customer kehulu kehilir berkemban jer.

Kedua, sauna. Nampak jer buruk tempat sauna ni. Tapi dia punya berpeluh boleh basah kain batik yang mama pakai. Before sauna, kena minum air banyak2. Kena dok dalam ni selama 30 minit.

Bila sauna liang roma semua terbuka. Memang sesuai la buat lulu badan pastu. Badan mama dilulur selama 30 minit. Habis kulit2 mati dan daki kena sental. Syoknya rasa orang dok belai2 kita kan.

Selepas badan dilulurkan kenalah mandi susu plak. Kasi bersih balik badan, buang daki2 dan kulit mati tadi. Berendamlah kat dalam ni another 30 minit. Boleh tahan kecut gak la kaki tangan. 

Lepas mandi susu, kena cuci rambut sekali dengan blow. Then urut badan lak selama 30 minit. Tukang urut orang Indonesia. Best sangat badan kena urut. Tak puas rasanya sebab hanya 30 minit kan. Next time jemput tukang urut datang rumah baru puas hati.

Last sekali buat facial. Best la muka dibelai, dicuci, diurut, dipakaikan mask dan dipicitkan jerawat. Si kembar asyik mengacau mama jer. Mentang2 la mama tak boleh gerak.


Walaupun katanya cuma amik masa 3.5 jam tapi pukul 3 petang baru siap semua. Kira2 5 jam jugak la. Overall memang puas hati la. Takdelah diorang ngam2 buat semua treatment dalam masa 30 minit setiap satu. Memang recommended n definitely mama akan datang lagi.

Wednesday, February 25, 2015

Rawatan Selsema

Demam hafiy dah surut sikit. Dah tak meragam dan boleh tidur. Cuma selsema dan batuk tak hilang lagi. Kesian tengok dia tak selesa hidung sumbat. Mama dah cuba sedut hingus kat dalam hidung tapi sikit jer yang keluar. Hingus hijau macam kahak.

Tadi ada member share cara rawatan selsema dan batuk untuk bayi. Ye la bayi ni bukan boleh diberi makan ubat sebarangan. So kita usaha la cara lain. Malam ni mama dah try buat minyak bawang putih dan sapu kat dada hafiy. Harap2 cara ni berkesan. Insyaallah..

Monday, February 23, 2015

Susah Hati :-(

Susah hati bila anak demam. Kesian baby bam bam mama. Dari petang semalam peel dah lain macam. Tidur nak beriba jer. Bila letak kat katil terus sedar dan nangis.

Malam tadi masa tengok anugerah meletop era, badan dia dah start dedar. So sepanjang malam la memang tak tidur. Dia asyik merengek jer.

Demam ni datang dengan pakej selsema dan batuk sekali. Mata pun dah bertaik. Maybe panas dalam kot. Nenek suh sapu kepala dengan air asam jawa kasi turun panas.

Pagi ni baru dia nak tidur. Hidung sumbat tak selesa nak tidur. Abang kembar pun dah start berhingus dan batuk gak. Adakah puncanya cuaca yang panas sangat sekarang ni?

Harap2 demam anak2 mama tak berpanjangan. Semoga kesihatan diorang kembali pulih seperti biasa.

Monday, February 9, 2015

Jaundis

Mama ada bad experienced bila sebut pasal jaundis. Dulu si kembar dua2 dapat prolonged jaundis. Masa diorang umur 5 hari kena masuk wad sebab bacaan bilirubin dalam darah terlampau tinggi.

Diorang kena tahan wad selama 5 hari. Bayangkan mama dengan perut yang baru dibedah, kena jaga 2 baby yang kena jaundis. Its a very tough time.

After keluar wad pula, kena follow up check up every 2 days. Buat blood test. Naik lunyai kaki tangan diorang kena cucuk amik darah.

The worst part, hingga habis pantang jaundis hadif tak hilang2. At last doktor terpaksa amik air kencing hadif untuk buat further test.

Masa tu kalau still tak ok, hadif kena jalani pertukaran darah. Syukur, things went well after that.

Masa umur si kembar 10 bulan, mama pula yang dapat jaundis. Seminggu berkampung kat wad. Nyaris nak kena buat biopsi. Doktor simpulkan mama dapat jaundis due to fatty liver.

Sekarang, hafiy pun dapat jaundis start hari keempat. Hampir dua minggu kami dok ulang alik klinik dan hospital buat blood test.

Mujur bacaan jaundisnya tak teruk sangat. So takdelah kena tahan kat wad. Masuk hari ke14 barulah hafiy get back to normal. Yeay.. tak perlu nak ulang alik ke klinik lagi dah.

Saturday, January 31, 2015

Heparin

Banyak betul dugaan mengandung dan bersalin kali ni. Masa mengandung tetiba dapat kencing manis. Tak pasal2 kena suntik insulin. Bila suntik insulin, kebarangkalian tinggi baby dalam perut terlebih besar. Bila baby besar, kenalah bersalin secara pembedahan kerana risiko tinggi.

Bila dah bersalin kena cucuk heparin plak. Heparin ni ubat untuk cair darah. Sesiapa yang bersalin secara pembedahan atau normal yang melibatkan penambahan darah kena suntik heparin untuk mengelakkan terjadinya darah beku dalam badan yang boleh membawa maut.

Sebelum keluar wad doktor dah siap2 bagi heparin dan jadual suntikan. Mama kena suntik 2 kali sehari selama 7 hari. Suntik kat bahu gilir2 kiri kanan. Sakit hoi suntik heparin ni. Bengkak lebam2 bahu. Nak angkat tangan pun seksa.

7 hari pertama memang seksa la. Dahla perit kat perut kena belah. Pastu setiap 8 pagi dan 8 malam kena keluar gi klinik untuk suntik. Mama suntik samada kat klinik 1 malaysia atau klinik desa. Time table yang doktor bagi tu kena signed by nurse yang suntik mama.

Monday, December 8, 2014

Pregnancy @ 32 Weeks

Mama disahkan ada kencing manis semasa mengandung. Setelah 2 bulan buat bsp test, akhirnya mama terpaksa akur dengan arahan doktor untuk amik insulin.

Mama kena amik alat suntikan kat klinik bestari jaya. Walaupun jauh dari rumah, mama prefer ke sini sebab servisnya amat pantas.

Mama diberikan set novopen ni. Masa amik ni ada doktor yang akan terangkan cara2 penggunaan. Sedikit seriau sebab kena suntik sendiri.

Set novopen ni didatangkan dengan sebatang pen, 2 batang jarum dan satu tiub 300ml insulin. Satu batang jarum tu boleh cucuk maksimum 3 kali.

So terpaksa la mama beli jarum sindri. Nasib baik murah jer. Beli kat guardian rm7.50 for 10 pieces. Cukupla kot sementara nak bersalin ni sebab mama cuma kena cucuk 1 kali jer sari sebelum tidur.