Wednesday, May 25, 2016

Tok Ayah Admitted Lagi

Tok ayah admitted lagi. Kali ni kat hospital universiti sains malaysia, husm pula. Kat hospital tg anis takde doktor pakar yang boleh operate.

Ada ketulan naik kat kaki tok ayah. Disebabkan tok ayah ada kencing manis, doktor takut merebak hingga ke tulang.

Ditambah plak kata doktor tok ayah ada lemah jantung juga. Allah, sebelum ni tok ayah sihat jer. Sekali sakit, terus macam2 penyakit singgah.

Doktor decide untuk operate buang ketulan tu. Risau jika melarat hingga ke tulang. Worst thing, kaki kena potong.

Ya Allah, kau jauhkanlah segala kesakitan dari ayahandaku. Cuma doa sahaja yang mama dapat titipkan untuk tok ayah.

Ketulan kat kaki dah berjaya dibuang. Tapi tok ayah tak dapat keluar wad lagi sebab masih dalam pengawasan doktor.

Masa ni mama harap sangat yang mama dapat kerja kat kelantan. Bila nenek dan tok ayah sakit senang nak balik tengok. 

Harapkan p.su sorang jer la yang ada kat kampung, yang boleh jaga nenek dan tok ayah sekarang.

No comments:

Post a Comment