Dah lama gila tak gi cameron. Since pregnant dan bersalinkan hafiy rasanya. La ni pun hafiy dah umur setahun lebih. Kira2 dalam dua tahun juga la tak gi cameron.
Inipun last minit punya plan. Hari jumaat baru mama decide nak ke sini. Itupun lepas nampak timeline kat fb pasal smurff inn homestay. Hati terus melonjak2 nak stay sini.
Hari jumaat jugakla baru mama call homestay buat booking. Nasib baik ada bilik kosong lagi. Mama amik bilik family room. Ahli keluarga makin bertambah, anak2 makin besar, tak muat dah nak tido satu katil.
Kiranya ini first time hafiy jejak kaki kat cameron. On da way naik dia tidur je sepanjang jalan. Kami naik ikut simpang pulai. Walaupun jalan tu tak bengkang bengkok sangat, still mama risau hafiy muntah.
Alhamdulillah kami sampai atas tanpa adegan2 drama. Sebelum check in kami singgah kat cameron lavender dulu. Kalau check in terus nanti takut malas dah nak keluar2.
Nak masuk sini kena beli tiket. Mama rasa harga tiket dah naik. Mama pernah masuk sini tahun 2013. Masa tu rasanya tiket untuk dewasa rm5 jer. La ni dah jadi rm8.
Cuaca agak berbahang juga sebenarnya. Cameron dah tak sesejuk dulu. Pastu yang mama pelik kat dalam ni banyak gila lalat.
Mangga cinta ala2 kat korea. Dulu takde ni benda ni. Tapi takde la plak mama nak kunci mangga kat sini juga. Mama kunci cinta kat hati papa sudah. Chia chia chia.
Nama jer taman ni cameron lavender tapi bunga lavender yang biasa tengok tu takde pun. Yang ada bunga purple ni seakan2 lavender.
Tetiba ada patung panda kat sini. Panda ni mewakili panda yang kat dalam zoo negara kot. Anak teruna dua orang ni dah tak boleh nak buka mata sebab silau panas.
Mama kalau tengok bunga kuning ni mesti teringat cerita dilwale yang lama tu. Ada satu scene diorang dok lari2 celah pokok ni. Dalam cita tu ladang dua luas gila.
Kami naik sampai ke puncak. Naik semput papa mendukung hafiy. Kalau mama dukung confirm tak sampai atas. Awal2 lagi dah surrender.
Jejaka2 kesayangan mama dikelilingi bunga2 yang berwarna warni umpama warna hati mama dengan kehadiran mereka dalam hidup mama.
Seronoknya mama dikelilingi oleh bunga2. Naluri wanita sukakan keindahan. Rasa macam nak berumah kat dalam kebun ni jer.
Sekarang sudah ada surau. Satu penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak pengurusan lavender garden.
Assalamualaikum..ada orang kat rumah tak? Kami datang nak beraya. Eh eh tetiba nak raya pulak kan.
Patung2 dwarfs ni jugak benda baru yang ada kat sini. Tapi mana sleeping beautynya?
Sukanya hafiy dok pusing kincir angin. This is also new stuff in here.
My two heroes on top of the hills. Gayat tu sebenarnya nak pandang bawah.
Budak ni tengah excited. Maklumlah first experience datang ke cameron highlands. Jangan risau dik, nanti every year kita datang sini sebab cameronkan kampung kedua mama papa.
Berhenti rehat sekejap untuk membasahkan tekak dan melepaskan lelah di dada.
Bila datang caneron, of courselah semuanya berasaskan strawberry. Kek strawberry, strawberry milk shake dan sundae strawberries.
Sebelum turun, port wajib bergambar bagi rayyans. Suka sangat diorang dok bersila atas labu ni.
No comments:
Post a Comment