Malamnya kami decide tak nak dinner dulu sebab risau tak sempat naik river cruise. Mama dah pernah naik river cruise waktu siang. So sekarang nak cuba feel naik waktu malam pulak.
Tiket hari jumaat dah naik harga jadi rm15.90. Kalau naik semalam harga baru rm 10.60. Kata penjual tiket bot akan lalu dalam 30 minit sekali, tapi tak tentu sangat timingnya.
Kami tunggu bot kat jetty the shore aje. Hotel swiss garden, oceanarium, musical fountain dan promenade just walking distance jer dari sini. Very convenient.
Kat jeti ni ada laluan pejalan kaki di sepanjang sungai. Kami tak berani nak berjalan bedua kot2 ada perompak ke tengah tunggu kat depan. Pastu risau ada ular sebab pokok merimbun jer tepi laluan tu.
Kat jeti the shore langsung takde orang. Cuma mama n nisa jer. Mungkin sebab waktu ni bukan weekend atau cuti umum. Jadi tak ramai pelancong yang berkunjung ke melaka.
Masa tengah2 bergambar ada bot berhenti. Kami buat donno jer la sebab akak kat kaunter tiket tadi cakap bot sampai lagi setengah jam.
Sekali abang driver yang baju putih tu jerit kat kami, ada tiket nak naik bot ke. Bila mama cakap ya, terus dia panggil naik bot tu. Nasib baiklah tak de la kami nak kena tunggu lama.
Bila lalu kat kampung morten terang benderang seluruh kampung. Macam malam raya plak rasanya. Kalau ada lampu lip lap lagi meriah agaknya.
Kali ni mama rasa laluan bot makin panjang dan makin lama. Kalau dulu kami naik bot kat jeti berdepan dengan hotel del rio. Sekarang ni tempat naik dah tukar ke terminal monorail.
Bila sampai kat jeti lama (hotel del rio), bot akan patah balik menuju ke jeti the shore seterusnya ke jeti monorail. Lama gak naik bot. Hampir sejam.
Bila balik tu konon2 nak dinner kat food court the shore tapi hampa sebab kedai semua dah tutup. Last2 tapau burger charcoal ni jer dan balik makan kat bilik. Fuhh..banyak aktiviti kami hari ni. Memang jalan seret kaki jer. Tak sabar nak rebahkan badan dan zzzzzz.
No comments:
Post a Comment