Selepas breakfast kami ke oceanarium. Letaknya kat tingkat 2, the shore. Tiket masuk mama amik kombo yang berharga rm35. Boleh tahan harga tiketnya. Kami dapat cermin mata 3D dan fridge magnet.
Pastu diorang bagi satu kertas soalan. Mama kena chop jawapan kat kertas tu sepanjang lawatan dalam aquarium ni. Akan ada port2 yang diorang letakkan chop untuk kita chop kat kertas ni.
Mula2 masuk kat area kolam2 kecik. Kat sini pengunjung boleh pegang hidupan laut yang ada dalam kolam. Kat tangan mama tu adalah gamat. First time pegang gamat. Geli hoi sebab badan dia lembik.
Twinkle2 little star. How i wonder what u are? Up above the world so high. Like a diamond in the sky. Oppss tapi star ni dok dalam air la mama.
Kat sini sudut reptilia. Ada ular dan macam2 jenis serangga. Poyo jer mama bergambar dengan patung ular. Cuba letak ular betul tengok berani ke tak nak bergambar camtu.
Bila tiba kat tempat tayangan, bolehlah gunakan cermin mata 3D. Masa ni tengok cerita ikan nemo kena kerjar dengan belut elektrik.
Yang sebenarnya mama tak nampak apa2 pun masa pakai cermin mata 3D tu. Almaklumlah mata rabun. Terpaksa pakai cermin mata balik bila nak menonton.
Bangkai dolphin yang telah diawet untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya menjaga alam sekitar. Pencemaran laut boleh memupuskan hidupan laut.
Kat atas tu ikan yu. Bila lalu bawah ni mama mesti akan membayangkan cermin tu pecah.
Macam2 jenis ikan ada dalam aquarium ni. Bukan satu jer aquarium, banyak sangat. Pastu setiap aquarium lain2 jenis ikannya.
Dalam aquarium ni cuma ada satu spesis ikan tapi banyak. Bila ada orang berdiri kat tepi aquarium diorang akan berkumpul kat situ. Macam nak makan orangnya gayanya.
Kalau manusia cium katak, katak boleh berubah jadi putera. Kalau manusia cium kuda laut, kuda laut akan berubah jadi apa ekk???
Last section dalam ni adalah kampung penyu. Masa beli tiket tadi diorang ada jual makanan penyu dengan harga rm10. Mama tak beli pun makanan tu.
Banyak ekor gak penyu dalam ni. Ada dalam 7,8 ekor gitu. Nasib mama baik dapat bergambar dengan penyu2 ni sebab sebelum tu ada family yang bagi penyu makan. Sebab tu la semua penyu dok berkumpul kat sini jer.
Sebelum balik, kena submit kertas soalan yang kita jawab tadi kat kaunter. Pastu dapat la hadiah keychain ikan nemo ni. Sure seronok datang sini kalau bawak Rayyans dan Rayhan. Next time mama nak bawa diorang datang jugak.
No comments:
Post a Comment