Balik dari birthday dinner kat tree steak house, tengok fon ada berbelas miscall dari kakak tyla. Mama dah cuak takut ada hal kecemasan.
Rupanya diorang adik beradik nak datang rumah untuk celebrate birthday mama n papa. Terharu kami sebab anak2 masih ingatkan tarikh lahir kami.
Diorang bawak 2 domino pizza yang saiz besar. Dah la tadi kami makan lamb chop, ni nak makan pizza pulak. Rezeki jangan ditolak.
Pepperoni pizza feveret si rayyans. Tapi masa diorang datang rayyans dah tidur. Tak dapat diorang nak merasa pizza ni.
Papa dah bersila nak mengadap pizza plak. Alhamdulillah, malam ni dinner makan lamb chop, supper makan pizza.
Mak yong tersandar kekenyangan selepas makan. Kakak tyla tengah peknen 4 bulan. Masih dalam fasa morning sickness. Terima kasih mama ucapkan buat anak2 kerana belanja kami makan pizza.
No comments:
Post a Comment