Sunday, November 18, 2018

Jagung Rebus Sekinchan

Kami balik ke puncak alam ikut jalan lama. Laluan sabak bernam - kuala selangor. Jadi kami akan menempuh sekinchan, yang banyak gerai2 jual buah kat tepi jalan.

Disebabkan hari masa cerah, banyak gerai2 tepi jalan yang masih buka. Tetiba papa benti kat depan gerai ni. Ingatkan nak beli mangga. Rupanya papa nak beli jagung rebus.

Makan jer keja kami bila berjalan. Kalau jauh lagi rumah ni tak tau la berapa kali lagi nak benti. Mama dah la nak cepat2 balik rumah. Malam ni konsert gegar vaganza akhir. Harap2 penyanyi kesukaan mama dari zaman remaja menang. Sapa lagi kalau bukan zamani.

Papa cukup tak suka mama minat kat zamani. Hahah.. papa tu jeles sebenarnya sebab suara zamani sedap. Papa cakap suara sedap tak boleh makan. Tapi kalau jagung, sedap dimakan.

Papa minta penjual buang siap2 kulit dan bulu2 jagung tu. Senang anak bini nak makan dalam kereta. Panas2 lagi jagung tu tau. 

Beli 5 ketul rm10. Sebelum ni kami pernah juga beli jagung rebus kat sekinchan ni tapi masa tu harga mencekik. Rm3.50 seketul. Now harga rm2 seketul. Ok la sikit harganya.

Manis jagung rebus ni. Kata penjual tu jagung madu. Layan jugak ngunyah jagung sambil menikmati pemandangan sawah padi dekat sekinchan.

Menara Condong

Setiap kali balik sg manik mesti lalu menara condong. Walaupun tak berhenti turun melawat, just tengok dari dalam kereta pun cukup la.

Kali ni kebetulan cuaca cantik. Tak panas sangat. Redup sedang elok untuk turun melawat menara. The kids berlatarkan sejarah pembinaan menara condong.

Jom ikut mama explore ke dalam menara condong. Mama pun dah lama tak masuk dalam ni. Mungkin ada perubahan since last time kami datang.

Kat bawah tu konon2 perigi tapi perigi buta takde air. Ada la pulak yang gi baling duit kat dalam tu. Konon2 macam wishing well.

Gambar2 lama pemandangan sekitar menara condong diframekan dan digantung di dinding menara. Boleh jadi rujukan untuk generasi baru.

The kids with papa gigih naik tangga sampai ke tingkat atas. Kalau tak silap mama pelawat boleh naik sampai ke tingkat 5. Tingkat paling atas letaknya tangki air.

Mama gayat tengok tangga ni berpusing2 plus sakit lutut. Maklumlah dah tuwe kan. Tangga pun agak sempit takut orang nak selisih tak muat. 

Rasanya ni first time bawa hafiy naik sampai ke atas. Sebelum ni just singgah amik gambar kat depan menara jer.

Tolong selamatkan kami. Kami kena penjara. Dah puas pusing2 bahagian dalam menara, kami pusing bahagian luar pula.

Seram jugak mama nak pijak lantai kayu kat bahagian luar ni. Maklumlah kita ni saiz terlebih comel. Takut patah lantai tu alamaknya tergolek ke bawah macam nangka busuk.

Dah si hafiy siap berlari lompat2 kat atas lantai ni. Bergegar mama rasa. Bila mama larang bukan makan saman si tembam ni.

Kenmain seronok dia boleh pusing2 atas ni. Siap pose suruh mama amik gambar dia. Selalunya dia la paling susah nak amik gambar.

The youngest and the oldest. Dua2 kesayangan mama. Another kesayangan hilang entah ke mana ikut papa turun bawah.

Rupanya abang hadif dah nampak ada clown kat bawah. Cepat2 dia pergi kat clown nak minta belon. Mama rasa clown tu orang asli.

Tapi belon ni bukan free. Rm1 untuk design yang guna 1 belon dan rm2 untuk design guna 2 belon. Kita bayar untuk servis dia seikhlas hati. 

Duit pun dia tak amik dengan tangan sendiri. Dia suruh kami masukkan dalam bakul belon. At least dia bekerja mencari rezeki yang halal. Daripada melepak menyusahkan mak bapak baiklah cari rezeki halal macam ni.

Lepas tu berposing sakanlah kami dekat menara condong. Masa ni tak ada pelawat lagi. Jadi seronok amik gambar tanpa gangguan kat belakang.

Anak2 pula memberi kerjasama sepenuhnya especially hafiy. Hafiy ni spesis tak mesra kamera. Paling susah nak amik gambar dia yang betul2 proper.

Macam2 pose kami tetapi tak lengkap tanpa papa. Papa kena jadi photographer jadi tak ada la muka papa dalam gambar.

Tetiba ada satu chinese couple offer diri nak amik gambar kami sekeluarga. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Kami apa lagi terusla setuju.

Gambar dekat, jauh macam2 dia suruh kami pose. Inilah malaysian yang sebenarnya. Peramah tak mengira warna kulit. Many thanks to that couple yang selepas tu boleh dok borak ngan papa macam dah lama kenal.

Us with mercu tanda kebanggaan rakyat teluk intan termasuklah papa anak jati teluk intan.

Tak dapat mematri janji cinta kat eifel tower, kita bercinta kat menara condong pun mama dah cukup gembira. Asalkan papa dan anak2 sentiasa ada di sisi mama.

Gulam Rasul

Dari ipoh kami ikut jalan kampung untuk balik ke teluk intan. Papa nak singgah kat sg manik tengok tanah sambil ziarah kakak papa yang tinggal kat sana.

Perjalanan dari ipoh ke teluk intan lebih kurang sejam setengah. Mama dan anak2 boleh lena dalam kereta. Kesian papa drive sorang sambil layan mengantuk.

Sedar2 jer kami dah sampai kat kg gajah. Kg gajah ni kampung ciknisa. Saja la mama snap signboard nama kampung tunjuk kat ciknisa. Kot2 ciknisa rindu kat kampung.

Sampai teluk intan kami terus ke gulam rasul untuk lunch dulu. Perut dah menari2 dondang sayang kat dalam. Gulam rasul port wajib kami setiap kali balik teluk intan.

Mama ngan hazim memang akan makan nasi. Papa, hadif n hafiy selalunya makan roti canai. Hazim ni hantu nasi macam mama jugak.

Nasi mama lauk ayam goreng berempah, telur masin dan hati goreng. Pastu kuah campur. Licin mama makan. Hazim pun sama. Hazim makan nasi dengan ayam goreng semata.

Hafiy pula mula2 order maggi goreng. Lepas dia tengok hazim makan nasi dengan ayam goreng, terus dia amik ayam goreng dari pinggan hazim.

Pastu mama amik ayam goreng lain untuk hazim, pun dia kebas untuk dia juga. Tu yang ada dua ketul ayam kat atas pinggan dia. Kali ketiga mama amik ayam untuk hazim, terus alih tempat duduk hazim jauh dari hafiy.

Kenmain happy ko dik dapat makan ayam. Dua ketul tu habis dia kerjakan. Hafiy kalau makan ayam kfc setakat dua ketul peha ayam tak cukup. Kuat makan anak mama sorang ni.

Rainbow Cheese Toast @ Concubine Lane

Rainbow cheese toast adalah antara makanan yang viral kat concubine lane. Kedai cheese toast ni kongsi lot yang sama dengan ais kepal tadi. Tak sure samada diorang adalah owner yang sama atau berlainan.

Mama beli 3 set rainbow cheese toast. Harga satu set kalau tak silap rm13.90. Boleh tahan jugak harganya. Sesekali pejam sebelah mata. Tengoklah cheese dia meleleh2.

Mama jeling2 juga camna diorang buat. Cheese letak atas roti dan cheese tu diletakkan warna pelangi berselang seli dan kemudian dibakar. 

Then tarik bahagian atas roti yang dah siap2 dipotong. Barulah nampak pelangi cheese dengan jelas. Barulah hidup seindah pelangi ye dak.

Mama over excited. Maklumlah first time jumpa makanan cenggini. Rasa macam roti toast biasa dengan cheese lemak2 masin manis. Extranya tang kaler tu la.

Ais Kepal @ Concubine Lane

Selain cotton candy, ais kepal juga antara makanan yang mama aim kat sini. Teringat zaman kecik2 dulu makan ais kepal. Masa tu harga baru 10 sen.

Actually masa pergi penang dengan gegirl ofis bulan 3 lepas kami tak jumpa orang jual ais kepal. Macam tak puas hati la masa trip tu tak dapat makan.

Macam2 perisa ais kepal ada. Boleh campur2 perisa apa yang kita nak. Harga seketul ais kepal ni rm5. Kami cuma beli 3 ketul untuk anak2 jer.

Sharing is caring. Gilir2 isap ais kepal ni. Nak beli sorang satu jenuh nak perabih nanti.

Puas hati mama dapat makan ais kepal. Mengidam since bulan 3. Nasib baik mama tak pregnant. Kalau tak meleleh air liur baby.

Hafiy memang enjoy sangat la makan air batu. Dia terus duduk depan kedai enjoy every titis of ais kepal ni.

Abang2 pun ikut duduk kat kaki lima jalan makan ais kepal. Orang yang lalu pandang jer kami melepak kat sini.

Kalau ada meja dan kerusi kat depan kedai lagi best. Boleh menikmati ais kepal ni dengan aman tanpa gangguan orang yang lalu lalang.

Cotton Candy @ Concubine Lane

Banyak makanan menarik yang dijual kat concubine lane. Salah satunya cotton candy. Tradisional cotton candy yang biasa kita tengok diletak dalam plastik. Cuma berbentuk bulat dan satu warna sahaja.

Kat sini cotton candy yang dijual ada pelbagai bentuk dan pelbagai warna. Entah apa yang amoi jual cotton candy gelakkan masa ni. Ketawa besar dia.

Kita dapat tengok macam mana pembuatan cotton candy. Just pilih jer dari bentuk yang dipamerkan dan amoi ni akan buat ikut bentuk yang kita dah pilih.

Terpegun anak2 tengok amoi ni dengan cekap memusing2 kayu hingga terbentuk cotton candy. Sekejap jer siap satu bentuk.

Harga pulak berbeza ikut bentuk yang kita pilih. Mama lupa harga berapa tapi tak lebih dari rm5 untuk satu bentuk.

I love you mama. Hazim pilih bentuk love. Kalau tengok dari tepi macam bentuk topi.

Hadif pilih bentuk bunga. Jangan jadi mat bunga sudah la ya.

Twin dengan cotton candy masing2. Actually ni first time diorang makan cotton candy. Papa tak bagi diorang makan sebelum ni sebab too sweet.

Hafiy punya bentuk snowman. I wanna be a snowman..lalalala.. Pengaruh cita frozen la ni.

My 3 heroes dengan pilihan cotton candy masing2. Cuma cotton candy ni tak boleh simpan lama. Bila kena udara dia akan kecut. So lepas amik gambar kena makan laju2.