Saturday, November 17, 2018

MAPS: Lake Side Zone

Kalau di sebelah kanan animation square zone ada fantasy forest zone dan live action zone, di sebelah kiri pula ada lake side zon dan blast off zone.

Kat lake side zone ada 3 game yang sesuai untuk orang dewasa iaitu asteroid attack, hyper spin dan space x-plorer. Kami tak main langsung game dekat sini.

Asteroid attack ni mama rasa game yang paling extreme kat sini. Setakat ni la sebab ada lagi satu zon belum buka iaitu dream zone. Maybe kat sana ada lagi mainan yang lebih extreme.

Mula tu mama macam teringin nak naik tapi bila tengok dia naik tegak pastu benti kat atas terus mama kensel niat nak naik. Seram weih tengok. Anak2 lagi la bila tengok mainan yang extreme sikit diorang takut. 

Kat sebelah asteroid attack tu hyper spin. Memang laju buaian tu berpusing. Sebelah hujung sana tu space x-plorer. Kami tak pusing dekat sana sebab diorang semua tak nak main.

No comments:

Post a Comment