Sunday, November 18, 2018

Gulam Rasul

Dari ipoh kami ikut jalan kampung untuk balik ke teluk intan. Papa nak singgah kat sg manik tengok tanah sambil ziarah kakak papa yang tinggal kat sana.

Perjalanan dari ipoh ke teluk intan lebih kurang sejam setengah. Mama dan anak2 boleh lena dalam kereta. Kesian papa drive sorang sambil layan mengantuk.

Sedar2 jer kami dah sampai kat kg gajah. Kg gajah ni kampung ciknisa. Saja la mama snap signboard nama kampung tunjuk kat ciknisa. Kot2 ciknisa rindu kat kampung.

Sampai teluk intan kami terus ke gulam rasul untuk lunch dulu. Perut dah menari2 dondang sayang kat dalam. Gulam rasul port wajib kami setiap kali balik teluk intan.

Mama ngan hazim memang akan makan nasi. Papa, hadif n hafiy selalunya makan roti canai. Hazim ni hantu nasi macam mama jugak.

Nasi mama lauk ayam goreng berempah, telur masin dan hati goreng. Pastu kuah campur. Licin mama makan. Hazim pun sama. Hazim makan nasi dengan ayam goreng semata.

Hafiy pula mula2 order maggi goreng. Lepas dia tengok hazim makan nasi dengan ayam goreng, terus dia amik ayam goreng dari pinggan hazim.

Pastu mama amik ayam goreng lain untuk hazim, pun dia kebas untuk dia juga. Tu yang ada dua ketul ayam kat atas pinggan dia. Kali ketiga mama amik ayam untuk hazim, terus alih tempat duduk hazim jauh dari hafiy.

Kenmain happy ko dik dapat makan ayam. Dua ketul tu habis dia kerjakan. Hafiy kalau makan ayam kfc setakat dua ketul peha ayam tak cukup. Kuat makan anak mama sorang ni.

No comments:

Post a Comment