Friday, November 16, 2018

Check In W Hotel

Lepas dinner kami terus ke W hotel untuk check in. Hotel ni dekat jer dengan restoran yong suan nasi ganja tadi. Kira location hotel ni dekat dengan tempat2 tarikan kat ipoh.

Ini kali kedua kami stay dekat w hotel. So far mama puas hati dengan bilik. Luas dan bersih. Kali ni kami dapat bilik triple. Family room dah fully booked. Harga bilik rm149 semalam tanpa breakfast.

Mama suka bilik lantai kayu macam ni banding dengan lantai karpet. Kalau karpet tu habuk tak nampak.

Pintu yang hafiy tengah mengendap tu adalah toilet. Buka jer pintu bilik straight nampak toilet.

Toilet pun luas dan bersih. Hot shower tu memang puas hati mandi. Air laju sangat.

Kat bilik disediakan hair dryer jugak. Iron pulak disediakan kat luar, bersebelahan jer dengan bilik kami. Cuma bantal jer ngam2 3 biji. Takde bantal spare.

Setakat ni w hotel memuaskan hati mama. Next time kalau tak fully booked of course mama akan stay sini lagi.

No comments:

Post a Comment