Sunday, November 18, 2018

Concubine Lane

Concubine lane opposite dengan plan b. Kena lintas jalan then jalan ke kanan sikit baru jumpa concubine lane.

Apa ada kat concubine lane ni? Macam2 ada. Ada gerai2 yang jual macam jenis makanan, souvenier dan pelbagai jenis produk.

Jejak warisan heritage trail. Yang pasti ni bukan penutup lurang milik indah water konsortium. Mentang2 la mama kerja kat iwk kan.

Panjang jugak lorong ni. Kiri kanan ada gerai. Hafiy dah tak lekat nak pegang. Ni yang mama paling risau kalau pergi kat tempat crowded.

Rasanya kat dalam ni ada tempat mainan kanak2. Tapi ramai sangat orang masa ni. Kami tak berjaya nak masuk.

Tanglung, peralatan untuk orang cina sembahyang..semuanya ada kat sini. Sempatla mama sembang dengan peniaga. Katanya hari minggu jer orang ramai. Kalau hari biasa boleh jalan lenggang kangkung.

Kaktus pun ada jual jugak. Lepas ni ta payah la susah2 nak naik cameron highland cari kaktus.

Terus lah berjalan sampai ke hujung untuk berjumpa dengan abang kacak yang jual cendol. Kami tak sempat nak rasa cendol sebab hafiy dah uncontrol. Actually ada lagi lorong yang kami tak sempat nak jalan2 sebab hafiy dah start menangis nak macam2 benda yang jual kat sini.

No comments:

Post a Comment