Sunday, November 18, 2018

Cotton Candy @ Concubine Lane

Banyak makanan menarik yang dijual kat concubine lane. Salah satunya cotton candy. Tradisional cotton candy yang biasa kita tengok diletak dalam plastik. Cuma berbentuk bulat dan satu warna sahaja.

Kat sini cotton candy yang dijual ada pelbagai bentuk dan pelbagai warna. Entah apa yang amoi jual cotton candy gelakkan masa ni. Ketawa besar dia.

Kita dapat tengok macam mana pembuatan cotton candy. Just pilih jer dari bentuk yang dipamerkan dan amoi ni akan buat ikut bentuk yang kita dah pilih.

Terpegun anak2 tengok amoi ni dengan cekap memusing2 kayu hingga terbentuk cotton candy. Sekejap jer siap satu bentuk.

Harga pulak berbeza ikut bentuk yang kita pilih. Mama lupa harga berapa tapi tak lebih dari rm5 untuk satu bentuk.

I love you mama. Hazim pilih bentuk love. Kalau tengok dari tepi macam bentuk topi.

Hadif pilih bentuk bunga. Jangan jadi mat bunga sudah la ya.

Twin dengan cotton candy masing2. Actually ni first time diorang makan cotton candy. Papa tak bagi diorang makan sebelum ni sebab too sweet.

Hafiy punya bentuk snowman. I wanna be a snowman..lalalala.. Pengaruh cita frozen la ni.

My 3 heroes dengan pilihan cotton candy masing2. Cuma cotton candy ni tak boleh simpan lama. Bila kena udara dia akan kecut. So lepas amik gambar kena makan laju2.

No comments:

Post a Comment