Friday, November 16, 2018

Hokkaido Ice Cream Puff

Di samping nak ke maps, tujuan kami ke ipoh juga adalah untuk jalan2 cari makan. Sejak follow ig ipoh group banyak tempat makan yang mama tak tau selama ni wujud.

Masa kami datang bulan lepas tak sempat nak jjcm sangat. Almaklumlah perancangan secara adhoc kan. So kali ni mama dah plan betul2 supaya dapat pergi kesemua tempat yang mama nak.

Lepas check in kami lepak2 relax sekejap. Bagi chance papa meluruskan kaki dan melelapkan mata sekejap. Then kami terus bersiap untuk keluar.

Tak boleh lama2 bermalasan kat hotel nanti kelam kelibut itenary yang mama dah susun. Takut ada tempat yang tak sempat nak pergi nanti.

The boys memang excited nak keluar sebab diorang tau petang ni nak pergi taman polo. Masing2 dah aim nak main apa kat taman polo nanti.

Tapi sebelum ke taman polo mama buat lencongan ke ice cream puff dulu. Kedai ni tutup pukul 8 malam. Takut tak sempat singgah kalau pergi ke taman polo dulu.

Kecil jer kedai ni. Mama membayangkan dia adalah sebuah restoran. Rupanya cuma ada kaunter order dan kerusi untuk menunggu sementara diorang siapkan order.

Nasib baik orang tak ramai. Sebelum kami cuma ada satu geng tengah tunggu order. Kedai ni berdekatan dengan gerbang malam. Kalau datang lepas maghrib bolehla berjalan ke gerbang malam pulak.

Selepas dah order dan buat pembayaran, kita kena lah tunggu sekejap kat kedai ni. Nasib baik deko dalam kedai menarik. Bolehlah berselfie selpot sementara tunggu order siap.

Boleh tahan lama jugak nak menunggu. Ni pun nasib baik orang tak ramai. Pekerja pun ada sorang jer. Dialah tukang amik order. Dialah tukang siapkan order.

Ice cream puff ada 9 pilihan perisa. Yang ni perisa raspberry. Geng sebelum mama tu depa pakat order perisa cookies n cream. Harga cuma rm4.30 seketul.

Yang ni perisa mangga. Sedap bila gigit macam makan burger. Rasa manis aiskrim dan masin puff tu memang serasi la. Kalau ikutkan tak cukup seketul sorang.

Tetiba ada budak mengendeng dengan mama bila ais krim mama dah siap. Si bulat sorang ni pantang nampak aiskrim. Orang punya pun dia rebut selamba je.

Bila bagi dia makan sindri, cuma aiskrim yang dimakannya. Puff tu sikit tak berusik. So mama kenalah suap. Besar jugak tau ice cream puff ni. Saiz lebih kurang sebiji burger ramli.

Pastu aiskrim tu penuh kat tengah. Memang puaslah makan sebiji ice cream puff ni. Kalau ikutkan nafsu tak cukup sebiji ni.

Dah la masing2 order perisa mangga jugak. Bila mama suh pilih kat banner nak yang mana, twin dua2 pilih mangga. Huh... taste sama. Jangan nanti berebut pompuan yang sama dah la.

Menyesal pulak beli 3 ketul jer. Konon2 takut anak2 tak suka. Last2 mama yang tak puas makan.

Kusyuk hafiy tu dah conquer kat dia sorang aiskrim. Dia punya dah habis sebenarnya. Pastu rebut abang punya buat macam hak milik sendiri.

Mama saya beku. Pandai berlakun budak sorang ni. Bila dia malas nak makan sindri mula la buat2 dia sejuk. Pastu minta papa suapkan.

Next time boleh cuba perisa lain pulak. Ikut hati tadi nak tambah order tapi malas nak tunggu lama2. Kami ada agenda lain lagi lepas ni.

No comments:

Post a Comment