Saturday, November 17, 2018

MAPS: Animation Square Zone

Animation square zone adalah zon pertama yang akan kita jumpa selepas entrance. Di Animation Square Zone ada tarikan2 berikut:

1. MAPS Landing


Selepas entrance dan berjalan melepasi jambatan untuk ke maps, inilah tempat pertama yang akan kita tempuh.


Rasanya bulatan besar kat belakang tu adalah untuk helikopter landing. Sebab tu area ni dipanggil maps landing kot.


Di kiri kanan maps landing, dinding bangunan dibina dengan menarik dan dicat dengan penuh dengan warna warni.

2. The Adventures Cartoon Factory


Ada macam2 watak kartun yang diletakkan di sepanjang animation zone.


Kat belakang kami tu figura kartun the Mario bros yang tengah tergantung.


Everything is in upside down. Hafiy tanya macam mana kita nak jalan ni mama. Kena jalan terbalik ke?

 3. MAPS Emporium

Ada macam2 barang dan souvenier yang dijual kat dalam emporium ni.


Yes, I am the world's greatest mom and gratefull mom when i have them in my life.

My first born walaupun hanya selang seminit dengan second twin. 

4. Monkeys Business Toys and Candy Shop


Seiring dengan namanya, sudah pastilah kedai ni jual pelbagai jenis permainan dan gula2.


Kami tak masuk pun kedai ni sebab confirm hafiy akan mengamuk nak beli gula2 dan mainan.


Kami just melepak2 jer kat depan kedai memerhatikan orang lalu lalang. Nasib baik hafiy tak perasan kat dalam kedai jual apa.

5. La Cremeria Cafe


Dalam cafe ada jual aiskrim magnum. Sempatlah kami melepak recharged bateri dalam badan. 


Harga sebekas air krim ni rm10. Tempat letak aiskrim ni boleh makan jugak. Macam aiskrim kon tu cuma yang ni leper jer.


Happy rayyans hari ni especially hazim dapat makan aiskrim tanpa kena marah dengan papa. Hazim tekak dia ada tonsil jadi tak boleh makan benda2 berais.

6. Center Stage


Kat center stage adalah tempat di mana persembahan nyanyian atau tarian dipersembahkan.


Masa kami datang ni cuma ada persembahan dari band ni jer. Mama rasa persembahan kat center stage sentiasa bertukar2 kot.


Character Appearance juga ada dekat Center Stage. Diorang ni bila mama ajak bergambar kat atas stage tak nak pulak. Tapi kalau nak bergambar kenalah beratur panjang dulu.

7. Maps Snap


MAPS snap dalah kedai gambar. Masa mula2 masuk ke MAPS ada staff amik gambar kami dan pakaikan tag kat tangan mama. 


Gambar tu boleh tengok dan beli dekat maps snap ni la. Selain gambar mama juga beli crystal ball yang diletakkan gambar kami kat dalamnya.

8. BoBoiBoy Hero Academy


Kat sini kami dibawa ke 3 bilik yang berlainan untuk belajar kuasa2 boboiboy.


Papa zola dan kapten ditugaskan untuk mengajar kuasa tersebut kepada kami. Ada kuasa angin, ais dan pedang.

Akhirnya kami dapat mempraktikkan kuasa boboiboy untuk membantu bobiboy menyelamatkan dunia.

9. 4D Adventure Theatre


Yang ni kami tak sempat masuk sebab show dekat2 masa dengan smurf show. By the time kami datang kat sini dah full house. Rugi plak rasanya.

10. Tok Aba Kokotiam


Dalam ni ada jual souvenier dan juga pastry serta air. Bolehla beli untuk lepak2 lepaskan lelah.


Kami sempatlah melepak sekejap kat dalam ni selepas tengok persembahan stunt kereta. Masa ni memang cuaca tengah hangat. Masuk dalam cari ekon dan air sejuk. Nyaman la sikit rasa.


Kat bahagian luar tok aba kokotiam ada replika motor. Berangan la sekejap anak2 bujang mama bawa motor besar.

No comments:

Post a Comment