Showing posts with label THEMEPARK. Show all posts
Showing posts with label THEMEPARK. Show all posts

Sunday, July 21, 2019

3D Art Gallery

Lepas main kat themepark, kami masuk ke cameron square. Mula tu saja2 masuk jer.

Pastu terpandang signboard 3D art gallery. Terus ajak papa masuk sini. 3D art terletak kat tingkat 2.

Harga masuk pakej 2 dewasa n 2 kanak2 rm51. Hafiy masih foc.  Kat dalam kena buka kasut. Nanti pekerja akan bawa kasut letak kat pintu keluar. 

Kat dalam ni banyak gambar2 yang nampak hidup bila bergambar. Pastu kat setiap tempat tu ada diletakkan marking untuk cameraman amik gambar dari angle yang sepatutnya.

Marking tu banyak membantu kami shoot gambar. Kalau takde marking ntah apa2 output gambar kami nanti.

Gambar ni sebenarnya hadif dan hafiy berbaring atas lantai. Pastu bila rotate gambar nampaklah macam diorang nak jatuh dalam mulut badak.

Angel of 3HR.

Bahaya di mana mana sahaja. Kat depan ular tedung. Kat belakang helang pemangsa.

Macam mana nak selamatkan diri ni. Tawakkal jer la Hazim.

The singing parrot.


Dinasour kat tepi mama tu boleh keluar suara dan gerakkan kepala.

Besarnya mutiara kat dalam tiram ni.

Jom teroka laut dalam.

The giant octopus.


The incredible hulk.

Nakal si hadif ni pegang bontot spiderman. Terkejut kawan tu tengah kencing.

Hafiy tergelak tengok seluar incredible hulk terlondeh.






Gambar ni diambil oleh fotografer kat sini.


Nasib baiklah 3HR especially Hafiy bagi kerjasama penuh. Kalau tak hafiy ni kenmain susah nak bergambar.

Kat bahagian empayar cina ni sebenarnya ada costume maharaja cina yang boleh dipakai. Tapi mama tengok costume tu bersepah jer atas lantai. Tak confident nak bagi anak2 pakai.








Belakang mama tu ada mumia firaun. Anak2 semua takut nak masuk.

Zam zam ala kazam. Karpet terbang bawakkan aku ke kampung pasir berdengung.

Saturday, November 17, 2018

MAPS: The End

Seharian kami kat maps hari ni. Anak2 pun dah penat sangat especially hafiy. Muka tu nampak dah mengantuk sangat2. 

Dia biasa tidur waktu siang sekali sehari. Hari ni tak sempat nak tidur jadi nampak sangat dia tahan mengantuk. Sebelum dia start tantrum baiklah kami keluar dari maps. 

Lagipun hari dah nak malam. Matahari pun dah nak terbenam. Kalau ikut hati mama nak tunggu sampai maps tutup. Sebabnya mama nak tengok fire show  pukul 8.15 dan parade pukul 9.30 malam nanti. 

Tapi keselesaan anak2 lagi penting. Lagipun diorang dah lapar. Mama tak lalu dah nak dinner kat dalam ni. Mama dah lapar nasi sebenarnya. Maybe next time kami boleh datang lagi. 

Just beli tiket untuk masuk waktu petang jer. Harga tiket lebih murah. Masuk pukul 5 sampai maps tutup. Barulah berpeluang tengok fire show dan parade.

MAPS: Dream Zone

Dream zone masih belum dibuka sepenuhnya. Tak tau la bila zon ni akan beroperasi. Samada belum dibuka atau memang takkan buka langsung?

Dari pamphlet yang mama dapat, dreamzone fokus kepada 3 watak kartun iaitu the croods, casper dan mr peabody sherman.

Ada 15 tarikan utama dalam dream zone ni. Antara yang telah beroperasi adalah the croods caveteria, croodaceous collectables, the croods family photo op dan metrocity diner.

Rasanya ni adalah the croods family photo op. Umpama kami dok kat dalam gua.

Signboard lockers. Tempat simpan barang yang terlindung macam dalam gua.

Megamind megadrop. Strukturnya dah ada tapi masih belum dibuka kepada umum sehingga kini. Im sure ramai yang tunggu nak main ni.

MAPS: Blast Off Zone

Antara kesemua zon, blast off zone tempat yang paling banyak tarikan. Antara tarikan yang sempat kami terjah adalah seperti berikut:

1. The Adventurer's Bumper Blast

Game ni seronok main sebab boleh langgar2 kereta. Tapi yang tak syok sebab kena beratur lama.

Lupa lak watak kartun ni nama apa. Rayyans tau la kartun ni. Panas merelit waktu ni tapi gigih juga amik gambar.

Setelah pusingan yang entah ke berapa, barulah kami dapat main. Beratur adalah dalam setengah jam.

Kereta adalah beberapa ketul jer tapi yang nak main boleh tahan ramai. Tu pun dah naik satu kete 2 orang. Kalau naik sorang2 tak tau la berapa lama kena beratur.

Kenmain suka 4 beranak ni bawa kete. Papanya pun sama naik dengan anak. Hafiy tu tangan gaya macam nak sanding atas pelamin dah mama tengok. Tangan memang kena letak dalam sebab kat lantai tu ada arus elektrik.

2. Wormholes Technologies 

Kat section ni kita akan dibawa mengembara ke ruang angkasa lepas. Bila masuk sini macam kita berada di dunia yang lain.

Sepanjang laluan ada lukisan2 3d bertemakan angkasa lepas. Macam2 binatang ada yang nak menyerang manusia. 

So pandai2 lah berlakun untuk melepaskan diri daripada makhluk asing. Kalau tak nanti tak dapat balik ke bumi.

Hadif memang pandai berlakun. Ada jer ekspresi muka dia buat ikut kesesuaian lukisan kat dalam ni.

3. Starport Retail

Starport retail ni sebenarnya food court. Banyak tempat duduk yang disediakan untuk makan ataupun berhenti rehat.

Bila dah penat jalan ke hulu ke hilir, bolehlah berhenti rehat sambil minum2 kat sini. Cuma harga sebotol air mineral kecil kat dalam ni adalah rm3. Standard la harga kat mana2 themepark yang lain.

Kedai kat starport ni banyak sebenarnya. Cuma masa kami datang ni ada 2,3 kedai jer yang buka. Kalau ada juala2 nasi campur confirm laku.

4. Starship Restaurant & Outdoor Dining

Starship restaurant terletak dalam bangunan berbentuk kapal terbang kat belakang sana. Dari jauh ingatkan ada game berkonsepkan kapal terbang tapi rupanya restoran.

So untuk lunch, kami decided makan kat sini saja. Restoran ni ada 3 tingkat. Tingkat bawah ada jual air dan sandwich. Tingkat satu jual nasi beriani dan tingkat 3 jual western food. 

Mula2 masuk kami terus ke tingkat 3. Dekorasi kat tingkat 3 umpama kita berada dalam kapal terbang. Masa ni mama dah siap order grilled chicken 3 set untuk kami makan. Tetiba ada staff datang cakap level 3 dan level 2 dah reserved untuk rombongan sekolah yang dah booked makanan awal2 dengan diorang.

So kami pun turunlah balik ke ground floor. Then pekerja level 3 bagi kami bendalah bulat ni. Bila diorang dah siap masak menu yang kami order, diorang akan interkom kami melalui benda bulat ni.

Bila dah siap papa naik ke level 3 untuk amik makanan. Tapi kena turun naik 2 trip sebab tak boleh bawak sekali harung. Nasib baik ada lif. Kalau naik tangga rasanya hangin jugak satu badan.

Nasib baiklah grill chicken breast ni sedap dan portionnya pun besar. Grilled vege tu sampai melimpah ruah. Harga sepinggan  rm17, takdelah mahal sangat. Kat luar pun harga lebih kurang camni jugak.

5. Smurfberry Field Park

Kat sini taman dan permainan bertemakan kartun smurf. Games sesuai untuk budak2 sebaya hafiy. Park area sini berbumbung jadi lebih redup banding fantasy forest zone.

Dekorasi park comel2 jer macam kartun smurf tu. Mama suka tengok bewarna warnu. Ceria jer. Yang penting kawasan ni bersih.

Budak2 pun tak ramai main kat sini. Maybe kurang mencabar bagi budak2 sebaya rayyans.

Tengoklah gelongsor tu kecik jer. Hadif cakap tak sempat nak gelongsor pun kaki dah cecah tanah.

Macam tak sesuai dah untuk hadif. Ye la orang smurf kan kecik kementot jer. Gelongsor depa pun kecik jer la.

Bangku cendawan ni pun kiut jer. Bolehlah mama duduk2 sambil memerhatikan anak2 main.

6. Smurfberry Juice

Kat sebelah smurfberry field park ada smurfberry juice. Tapi sayangnya cuma bekas semata2. Tak ada pun juicenya. Tong tu terbiar jer macam tu.

Mama tak pasti lah kalau ada juice tu samada kena beli atau foc. Tapi kalau kena beli pun rasanya ramai jer yang akan beli. Sayang sebab facility ada tapi tak digunakan sepenuhnya.

7. The Smurf Village Retail & Smurfybites

Opposite smurfberry field park adalah the smurf village retail dan smurfybites. Kat smur village retail ada jual barang2 souvenier berasaskan watak2 smurf. Kat sebelah retail tu pulak adalah smurfybites tapi sayangnya tutup juga. Mama rasa kat sini ada jual2 snack2 ringan. Mama rasa sepatutnya management kena make sure semua tempat kat dalam ni beroperasi.

Kat village retail kami sempat beli keychain dan fridge magnet untuk kenangan. Si hafiy pulak sampai 2 kali beli belon smurf tu. Tengoklah cara dia main macam mana. Tak sempat 10 minit dah bocor belon tu 😭.

8. The Smurfs Party Land

Comelkan rumah smurf ni. Pintu tingkap semua kecik2. Bumbung rumah pulak macam cendawan.

Dalam ni ada track kereta. Kereta pun kecik2 jer ha. Kiranya sini macam perkampungan smurf la. Ada jalan, kereta dan rumah.

Hanya budak sebaya hafiy jer dibenarkan main. Rayyans tak boleh main sebab lebih muatan. Frust abang2 tengok adik jer sorang main.

Ini pulak keadaan dalam rumah smurf. Kerusi pun rendah2 jer. Siap ada dapur pemanas. Hiasan dinding pun kiut2 jer saiznya.

Peti sebelah tu hafiy cakap ada harta karun. Beria dia nak buka peti tu. Kalau betul ada harta karun dalam tu dik, mama boleh bawak korang gi paris disneyland dah.

9. The Smurf Theatre

Disebabkan nak tengok show dalam smurf theatre ni la kami terlepas show 4d adventures theatre. Mama plan tengok smurf show pagi dan 4d show belah petang.

Tapi bila kami datang sini untuk show belah pagi, orang dah beratur panjang. Line pun dah tutup sebab full house. Masa tu show belum pun start lagi. Tapi orang dah beratur awal.

Jadi kami kenalah tunggu show belah petang pulak which is show time tu lebih kurang jer dengan show 4d. Anak2 vote for smurf, so terpaksalah kami korbankan salah satu. 

10. MAPS ITV

Masa kami datang ada show tarian bboys dan meet and greet dengan karakter smurfs dekat Maps itv.

Seronok jugak tengok diorang menari dengan lincah. Rupanya ada jugak bboys yang berbakat kat malaysia.

Brother sorang ni sampai melompat ke bawah stage. Menari betul2 kat depan kami.

Mama rasa pihak maps patut adakan lebih banyak show dekat itv. Sebab kat sini open space tak perlu nak beratur panjang2 pastu fullhouse tak cukup tempat duduk.