Kat matahari spa ni ada juga treatment untuk resdung. Murah jer harganya. Cuma rm10. Kat sini guna teknik yang asapkan kat muka.
Tilah memang ada resdung yang agak kuat. Jadi sementara tunggu mama dia buat rawatan untuk resdung. Mula2 muka kena bersihkan dulu.
Kemudian muka diasapkan. Kasi keluar semua hama2 yang berselindung di sebalik kulit. Kulit orang resdung ni sensitip. Bila makan seafood habis kuar semua jerawat.
Yang putih2 berkabus kat muka tu la hamanya. Memang banyak yang keluar. Tilah cakap sepanjang muka kena asap tu rasa pedih2.
Kemudian muka diberikan rawatan facial. Dicuci dan dipakaikan mask. Berbaloi2 bayar rm10 jer. Rawatan resdung ni kena sentiasa buat. Barulah hama tu akan makin berkurangan.
No comments:
Post a Comment