Selamat hari guru buat semua cikgu2 yang pernah mendidik mama. Guru pertama yang mengajar mama adalah bonda dan ayahanda tercinta.
Kemudian pendidikan formal bermula di sek. keb. Gong Manak (darjah 1-6), sek menengah cherang ruku (ting. 1-3), mrsm kuala terengganu (ting. 4-5), utm skudai (degree) dan uitm shah alam (master degree).
Bila anak dah sekolah, anak2 plak yang eksited nak celebrate hari guru. Pagi ni rayyans ajak mama buat kad hari guru untuk teachers kat tadika. Berbekalkan bahan2 yang sediada kat rumah, terhasil la kad simple ni untuk teacher diorang.
Tetiba malam ni dapat wasap dari prinsipal isnin depan ada teachers day celebration. Siap ada dress code. Macam nak raya plak kena pakai baju melayu. Sedang eloklah rayyans dah siapkan kad. Plan esok nak cari sedikit cenderahati untuk teachers.
No comments:
Post a Comment