Hari ni pun mama tak dapat nak beraya kemana-mana. Seharian dari pagi hingga petang mama kat pejabat tanah, pasir putih untuk urusan pindah milik geran tanah. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami. Dapatlah mama beli tanah untuk dijadikan aset masa depan.
Hari ni dah rabu, esok khamis. Kat kelantan hari khamis waktu keje cuma 1/2 day jer. So by hook or by crook, mama kene setelkan jugak urusan tukar nama hak milik tanah. Hari sabtu ni dah nak balik Shah Alam. So kalau tak setel hari ni at least ada 1/2 hari lagi esok.
Berurusan dengan pejabat kerajaan ni amatlah memenatkan. Ini pendapat mama jer la. Bukan nak komplen ke apa. 1st, nak isi borang kena pakai pen dakwat hitam basah. Manalah mama tau nak kena pakai pen dakwat hitam basah. Bukan selalu pun jejak kaki kat pejabat tanah ni. 4,5 tahun belum tentu sekali. Terpaksalah keluar cari kedai buku untuk beli pen. Dahla jalan jem nak mam***. Patutnya kat kaunter ada disediakan pen tu. Takpun buka jer satu kedai yang jual pen kat pintu masuk tu. Sure laku punya.
Dah siap isi borang tu kena beratur jumpa DO plak untuk tandatangan borang jual beli. Sini satu hal plak, takde staff yang jaga orang keluar masuk. Ramai gila orang dok melangut depan pintu bilik DO. Ye la, masing-masing nak cepat selesaikan urusan. Ada yang potong barisan bagai sebab takde no giliran.
Pas sign tu kena plak turun tingkat bawah jumpa staff bahagian penilaian hartanah. Kat sini diorang akan nilaikan harga tanah tu berdasarkan pasaran semasa. Bila dah dapat surat penilaian harga tu, kena jumpa DO lagi sekali untuk minta sign pengesahan. Bila DO dah sahkan, kena gi post office plak beli setem hasil berdasarkan harga semasa tanah tu. Mama kena beli setem hasil bernilai RM180.
Bila dah tampal setem hasil tu, kena plak beratur kat kaunter untuk cop setem tu. After that, kena jumpa DO lagi sekali untuk sign mengatakan borang pindah milik tu dah dimatikan setem. Tu dia...sampai 3 kali uolss ai kena jumpa DO.
Pastu barulah mama boleh hantar borang permohonan kat kaunter pendaftaran. Ingatkan dah setel tapi rupanya belum lagi. Kaunter tu plak akan keluarkan resit bayaran perkhidmatan. Then mama kena beratur lagi kat another kaunter untuk membuat bayaran sebanyak RM120.
Dah bayar tu, kena patah balik ke kaunter pendaftaran tadi. Barulah mama diberi salinan resit untuk tuntutan geran baru nanti. Insyaallah katanya geran tu boleh dituntut dalam masa 2 mingu. Alhamdulillah, urusan mama selesai juga hari ni, walaupun berjam-jam amik masa.
No comments:
Post a Comment