Alhamdulillah..cepat masa berlalu. Hari ni anak-anak mama dah menginjak ke umur 3 tahun. Syukur Hazim dan Hadif membesar dengan sempurna. Tak sangka, anak kecil yang mama lahirkan 3 tahun dulu dah boleh berlari, dah boleh bersembang dan makin nakal.
Setiap hari, ada jer kerenah Rayyans yang buatkan mama gembira, geram, marah....macam-macam perasaan ada. Tapi yang penting, hidup mama dan papa takkan lengkap tanpa kalian berdua. Kalian adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya dalam hidup kami.
Besarnya harapan mama untuk kalian berdua. Mama berdoa semoga Hazim dan Hadif menjadi anak yang baik dan soleh, berjaya dalam pelajaran dan hidup. Setiap ibu bapa inginkan anak-anak berjaya, belajar pandai-pandai sampai masuk universiti, dapat perkerjaan yang baik-baik dan menjamin masa depan...begitulah juga harapan mama untuk kalian berdua.
Duhai anak, ketahuilah mama terlalu sayangkan kalian. Insyaallah, mama akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu sesempurna mungkin. Akan mama tunaikan setiap permintaan kalian, selagi mama terdaya. Harapan mama cuma satu, semoga kalian membesar dengan kesempurnaan dan dikelilingi kebahagian. Mama & papa sayang Hazim & Hadif sangat2...
No comments:
Post a Comment