Tuesday, December 17, 2013

Relaxing


Macam nak tercekik rasanya makan laju2. Anak teruna dok menyanyi kat telinga nak main gelongsor. Selagi tak dapat apa yang diorang hajatkan selagi tu la mulut tak benti berlagu. Tanpa melengah masa terus balik bilik tukar baju.

Kat public pool baju mandi kena ikut peraturan. Tshirt biasa tak boleh pakai. Ni diorang tengah tiru gaya kumpulan jambu dalam maharaja lawak mega yang diorang ajuk cita kartun catdog. Diorang berdua ni memang enjoy habis tengok mlm.

Dah sampai kat kolam bukan diorang main area yang ada gelongsor. Sibuk dok masuk kat tempat dalam gak. Terpaksalah papa memerhatikan betul2 diorang ni. Mama tak boleh masuk sebab takde swimsuit. 

Tengoklah kerenah dua beradik ni. Hazim mengambil kesempatan kat hadif. Disuruhnya kawan tu jalan dalam air pastu dia bergayut kat pelampung hadif. Yang penatnya si hadif la nak menarik dia kat belakang.

Sementara 3 hero tu enjoy mandi kolam, mama pun enjoy gak. Relaxing..taking my own sweet time. Berfacebook..baca blog.. sambil menikmati keindahan alam sekeliling. Walaupun hanya sejam, ia sudah memadai buat mama.

Cantikkan kawasan pool ni. Penuh dengan kehijauan. Sejuk dan tenang jer mama rasa. Kepala otak pun rasa ringan jer. Tak perlu nak fikir masalah negara..masalah kerja. Papa, I think we should come here more often. .pleaseeee

Bila kat luar ni tak dapatlah nak berendam lma2 sebab cuaca makin panas. Kat pd ni memang terasa bahangnya. Si kembar tak puas hati bila mama ajak balik bilik. Kena pujuk cakap sambung mandi kat bilik baru la ok. Tu pun jalan balik tak sepenuh hati. Mata masih menjeling kat kolam.

No comments:

Post a Comment