Sunday, December 15, 2013

Swimming

Aktiviti sepanjang petang adalah semestinya berendam dalam pool. Kata dah ada private pool. Haruslah kita manfaatkan sepenuhnya.

Sebelum terjun kolam kena ready semua peralatan nak berenang ni. Kena tiup pelampung untuk rayyans. Naik lenguh rahang meniupnya. Mama boleh lupa nak beli pam. Dah la 2 ketul. Bahagi ngan papa tiup sorang satu.

Sementara tunggu papa siapkan pelampung, kita berselfie dulu. Dah macam gaya pose untuk majalah mangga dah hazim ni. Nasib baik baju mandi bukan 2 pieces nampak pusat.

Sebelum datang sini mama dah belikan pelampung, goggle dan pistol air kat DIY setiap satu sorang. Hazim pilih set kaler oren. Hadif plk pilik set kaler kuning. Senanglah nak ingat sapa punya dan takkan tertukar nanti.

Tapi bila sampai sini, cuma pelampung dan goggle jer yang masih selamat. Pistol air tu belum sampai hotel dah patah riuk masa dalam perjalanan. Diorang berdua ni macam ni la. Mainan tak pernah bertahan lama.

Hadif mula2 takut nak turun sebab dia nampak kolam ni dalam agaknya. Bila papa tarik dia masuk kolam terus menjerit 'papa saya takut. Tonggolam nanti'. Serentak kami gelak. Hadif oh hadif. Baru beberapa jam kat sini ko dah speaking nogori.

Kat pool memang disedikan 2 ketul pelampung. Tapi pelampung tu saiz dewasa. Kalau bagi rayyans pakai nanti bolos. Dah la kolam ni boleh tahan gak dalamnya.  4 kaki uols..

Suka bebenar rayyans dapat mandi kolam. Bayangkan 3 jam dok berendam dalam air. Habis kecut semua anggota badan. Diorang ni bila jumpa air terus tak ingat apa dah.

Pukul 7 mama paksa diorang benti mandi. Kalau dibiarkan memang tak naik la jawabnya. Lepas mandi semua kebulur. Nasib baiklah mama ada bawak bekal nasi impit dan rendang. Licin bekal.

Memang penat betul anak2 mama hari ni. Lepas makan, minum susu sebotol terus tertidur kepenatan dan kekenyangan. Dari siang tadi memang langsung tak tidur. Excited nak gi hotel katanya.

Hajat mama tadi malam ni nak jalan kaki sekitar chalet. Nak jalan sampai ke chalet paling hujung. Kat sini ada disediakan basikal untuk disewa. Tapi kesian plak nak kejut anak2 tidur.

Jadi kami hanya keluar amik angin bayu malam kat depan bilik aje lah. Malam ni cahaya bulan terang sangat. Bulan tengah mengambang. Agak meriah jugak kat kaki lima depan bilik ni. Ramai orang dok jalan2 makan angin.

Tenang jer suasana malam ni. Sesekali terdengar bunyi ombak. Nasib baik ombak tak kuat. Risau gak sebenarnya dok kat tengah2 laut ni. Manala tau kot2 tetiba tsunami melanda ke apa. Hehhe..mama ni suka fikir yang bukan2.

No comments:

Post a Comment