Sunday, December 22, 2013

Bharat Tea

Nyaman sungguh suasana pagi kat cameron. Cuaca yang sejuk bertambah sejuk bila hujan. Dari bilik plak boleh dengar air sungai mengalir. Betapa indahnya bumi ciptaan Allah. Kita manusia ni jer yang tak tau nak menghargai.

Pagi ni semua bangun dengan ceria sebab dapat tidur yang cukup. Masing2 tidur lena. Si kembar ni memang tiap kali tido hotel mesti lena punya. Maybe sebab hotel sejuk dan tilam empuk. Kalau kat umah takde ekon. Huhuhuhu..

Si kembar excited nak keluar jalan2 cari makan. Si hadif asyiklah menyebut nak makan roti canai. Bila kat Cameron ni diorang makin kuat makan. Nasib baiklah sini ada kedai mamak jugak. Kalau tak mana la nak menggagau roti canai.

Pagi ni kami akan terus check out then cari tempat breakfast. Malas nak buang masa patah balik ke hotel after breakfast. Hajat hati nak gi bekpes kat ladang teh boh tempat penggambaran ombak rindu abam aron ajis.

Tapi bila memikirkan keadaan jalan yang sempit, curam dan licin terus terbantut keinginan. Cukuplah sekali gi sana. Seram sejuk mama sepanjang perjalanan tu. Masa tu kira ok lagi sebab bawa viva. Kali ni nak naik atas tu pakai naza yang panjang ni memang tak la. 

Kami balik shah alam ikut simpang pulai jugak. So dalam perjalanan tu mestilah ada aktiviti singgah menyinggah shoping sayur mayur. Alang2 boleh buat stok seminggu. Lagipun sayur sini segar2 dan tahan lama

Sebelum keluar dari cameron sempat singgah kat bharat tea plantation. Branch ni lebih kecil banding ngan lagi satu branch yang menuju ke tanah rata. Sebelum ni tak pernah singgah sini pun. Memang ada nampak sign board nya tapi tak pernah prasan plak ada cafe kat sini. 

Mungkin sebab lokasi nya macam kat atas bukit skit. Dari bawah tak boleh nampak. Jalan nak naik ke sini pun agak curam tapi nasib baik distancenya sekangkang kera jer. Masa kami sampai ni kira pagi lagi. Pengunjung tak ramai tapi tak sampai stgh jam parking semua dah penuh

Wah..siap ada pintu gerbang menuju ke ladang teh. Sesekali feeling retis posing bwh pintu gerbang. Tinggal nak bentang red carpet jer lg. Pastu kalau bunga tu berbunga lagi banyak terus fefeling garden wedding. Hahaha..

First time ni rayyans masuk ladang teh. Omaigadd anak aku macam baru terlepas kandang. Ke sana sini berlari. Tak pasal2 jadi tarzan kat kebun teh mak ko nih. Risau aku diorang dok lari2 celah pokok teh. Dah la diorang ni sama tinggi jer ngan pokok teh. 


Tak lama pun kami masuk ladang. Bukan nak kena petik daun teh pun. Lagipun hujan dah start gerimis. Asyik kena hujan jer. Silap2 balik shah alam ni demam melanda. Aku memang sensitip ngan air hujan. Kalau lambat mandi pas kena hujan confirm selsema.


Kalau dah singgah kat cafe haruslah pekena teh dulu. Kata melawat ladang teh ye dak. Barulah lengkap percutian di cameron highlands. Memang tak dinafikan bila minum teh kat sini rasanya sedap sangat.


Mama rasa sebab kita minum dalam suasana yang tenang. Kepala otak tak berserabut. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tak perlu nak fikir pasal masalah kerja. Benda2 ni seme boleh memberi kesan kepada nafsu makan jugak ya.


Seperti biasa, masala tea jadi pilihan. Rasa dia ada rempah2 skit. Nampak jer kecik teapot ni tapi bercawan2 gak air dapat. Naik kembung perut kami berdua nak mengabihkan. Rayyans plak bukan reti minum teh.


Selain teh, benda wajib makan kat cameron ni adalah scones dengan jem strawberry. Tapi frust sebab scones ni tak berapa nak sedap. Terlalu kering. Bila potong nak letak jem, scones tu pecah berderai.


Brownies with vanilla ice cream ni untuk rayyans. Yang ni memang sedap. Tak cukup anak aku makan seketul sorang. Kalau aku buat brownies kat umah takde plak diorang nak makan beria. Again..suasana yang mempengaruhi selera.


Selepas bertea time kat bharat tea, kami meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan tu nampak banyak gerai orang asli yang jual petai. Sebagai peminat tegar petai, memang kami tak lepaskan peluang dapatkan petai yang segar bugar ni.

No comments:

Post a Comment