Sepanjang menginap kat sini penuh dengan aktiviti mandi kolam jer. Sekarang sudah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan. Sebelum check out jom kita berselfie sampai lebam.
Sebenarnya mama siap depakan tangan sebab nak tunjuk kolam renang. Biasalah kalau papa yang ambilkan gambar. Lain orang suh lain dia buat. Balik2 umah tengok swimming pool takde pun dalam gambar. Ini boleh mendatangkan kemarahan ni..
Pose kat depan bilik kami. Bilik kami ni no 3 dari depan. So sebelum balik haruslah berjalan sampai ke hujung. Kalau malas jalan boleh sewa basikal atau amx ke apa ntah nama basikal yang kayuh macam baring tuh.
Matiklah kena kutuk entreè ni penuh dengan muka mama jee. Anak2 dah penat. Bila diajak bergambar dua2 buat muka bosan. Lantaklah..biar mama gambar sorang2. Majuk ah...
Malam tadi papa ada bergambar kat sini. Mama pun tak nak kalah. Nak jugekk. Layankan ajalah. Nasib baiklah papa ni dah faham sangat kerenah bini dia. Hehehe..thanx papa kerana memahami binik mu yang kaki posing nih.
Kat belakang mama tu adalah garden villa dua tingkat. Atas bawah ada swimming pool sindri. Bilik sini murah skit sebab atas tanah. Lenkali kalau nak datang lagi kami plan nak dok yang garden plak.
Dah nak balik baru tau bilik yang kami duduk ni nama 'perkampungannya' adalah caspian. Sapa nak tau maksud caspian google sindri. Mama tau casper kartun hantu tu jer. Kat board ni adalah susunan bilik. Bilik kami no 3 dari depan, belah kiri.
Jomlah kita ke lobi untuk check out. Mama nak call buggy papa tak bagi. Nak jalan kaki jer katanya. Check in time pukul 4 tapi check out pukul 12. Macam rugikan. Slalunya hotel check in pukul 2. Katanya kene check in lambat sebab diorang nak ganti air dalam pool takes time. Tak tau la betul ke tidak everyday diorang tukar air tu.
Kat lobi ada replika chalet atas air berbentuk bunga raya. Ala2 sepang gold coast yang berbentuk pokok kelapa sawit. Mama tak sempat nak baca detail dia. Mama assume ni projek terbaru grand lexis ni. Kat mana areanya tak pasti. Maybe somewhere kat pd gak.
Urusan check out memang pantas gila. Gi kaunter serahkan kunci bilik. Bagi resit deposit. Deposit sebanyak rm100 jer akan dipulangkan. Then receptionist akan tanya nak resit ke tidak. Mama tak amik pun resit. Bukan leh claim pun. Setel check out naik lif ke parking kereta. Sebelah lif ni ada decoration krismas. Snap2 picture kembar sementara tunggu lif sampai.
No comments:
Post a Comment