Tuesday, February 26, 2013

Doily

Mama dah lama mengidam nak beli doily atau alas rak pinggan ni. Tapi nak cari kat kedai malas. Kebetulan ternampak doily yang menarik kat Nana Home Deco dengan harga yang reasonable. Jadi pada 16 januari tu mama buatla tempahan dengan full payment.

Empunya nana home deco inform doily tu dia kena jahit dulu. Its ok for me la. I can wait. On 6 februari, i msg la nana home deco nak tanya status. Owner tu cakap dah siap dan normally dia buat penghantaran setiap hari jumaat which is on 8 februari la kan.

Next weeknya plak kan cuti raya cina sampai hari selasa. So i tak expect akan dapat parcel between tarikh tu. Maybe parcel tu akan sampai after CNY. Tunggu punya tunggu tak jugak sampai parcelnya.

Then 16 februari, i msg lagi owner tu tanya dah pos ke belum. Dia cakap dah. Bagi alasan pos laju amik masa coz jammed masa raya cina. Wallahualam betul ke idok. Setahu mama la pos laju paling lama pun amik masa 4 hari jer. Ni dah mengalahkan pos biasa jer.

Akhirnya, semalam barulah sampai parcel tu kat tangan mama. Tengok kat parcel takde plak ditulis tarikh mengeposnya. Memang dalam sejarah mama, pertama kali pos laju amik masa 9 hari bekerja (kalau campur hari cuti dh jadi 17 hari) untuk deliver parcel.

Gamaknya inilah kali pertama dan terakhir mama berurusan dengan nana home deco. Pada firasat mama, owner tu baru pos parcel mama ni jumaat last week, bukan pada 8 februari tu. Maybe sebab dia tak sempat nak jahit coz tempahan banyak. 

Actually mama tak kisah kalau dia cakap tak siap jahit lagi. Its ok for me untuk tunggu. Tapi ni dia cakap dah pos tapi barang yang dipos tu tak jugak sampai. Tipah tertipu jahhh... Tapi nak buat cmna..nasi dah jadi bubur. Redha jer la. Barang tu pun dah selamat sampai kat tangan mama. 

Cumanya nasihat mama kepada pengusaha-pengusaha di luar sana tu, jujurlah dengan customer anda. Coz diorang la yang buatkan bisnes anda maju atau sebaliknya.

Doily tu mama dah siap susun dalam almari dah pun. 

Macam tak kena tema jer jam angry bird tu. Next mission, nak cari jam dinding henglish style nak tukar ngan jam angry bird tu.

No comments:

Post a Comment