Tuesday, February 5, 2013

Aquaria

Last wiken paksu mat datang sini. Saja jalan-jalan lawat anak sedara. Mula tu mama plan nak bawa paksu mat ke pusat sains negara. Tengok pameran star trek. Tapi paksu mat tak nak. Request nak gi aquaria. Elok juga sebab mama n Rayyans pun tak pernah gi aquaria lagi.

Keluar dari rumah pukul 11 pagi. Baru nak memulakan perjalanan, kereta plak pancit. Ada paku dalam tayar. Sapa la lahanat gi tabur paku kat atas jalan raya. Menyusahkan orang betul. Mama konfiden cakap orang tabur sebab paku tu ada kertas kat kepala dia. Kertas tu gunanya untuk melekatkan paku tu terpacak kat atas jalan. Terpaksalah gi bengkel betulkan tayar pancit tu dulu.


Sampai KLCC around 2 pm. First time pergi, memang tak jangka nak kena berjalan jauh. Ada kot dalam 1km kena jalan melalui terowong sebelum sampai ke pintu masuk aquaria. Kami dah salah masuk ikut jalan ampang. Kalau ikutkan ada pintu masuk yang lebih dekat. Ikut jalan pinang kot kalau tak silap.

Tiket masuk bila weekend adalah RM38 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak. So we spent RM170 untuk tiket sahaja. Rasa-rasa berbaloi ke tak? For me tak berbaloi. Sebab kejap jer dok dalam tu. Rayyans mula-mula excited la bila nampak ikan kali pertama. Tapi bila dah pusing-pusing asyik nampak ikan jer, mula la mengajak keluar.

Dari segi ke'enjoy'an mama prefer lagi gi taman tema air. Dengan harga tiket RM38 tu boleh berendam seharian. Rayyans pun suka kalau boleh main air. Kalau ikutkan mama nak gi wet world tapi Rayyans plak tengah selsema. Hingus hijau. Tak elok sangat nak berendam dalam air.

Kat pintu masuk ada aquarium penuh dengan ikan-ikan kecil ni. Rayyans mata memang tak pandang tempat lain la. Teruja lebih.

Selain ikan ada gak binatang lain yang dipamerkan. Ni kolam belangkas. Sapa berani boleh celup tangan dalam kolam ni.

Rama-rama yang telah diawet rasanya. Sebab diorang tak bergerak-gerak.

Ular sawa albino. Ada dua ekor tapi ditempatkan berasingan dalam aquarium yang bersebelahan.

Another one

Lepas lalu kat aquarium yang ada ular, katak bagai..kena turun tangga untuk ke tunnel. Dari atas tangga ni boleh nampak ikan-ikan kat dalam aquarium tingkat bawah. Bila dah sampai sini, kamera dah tak boleh on flash. Takut menganggu ikan katanya. So gambar semua hitam kelam jadinya.

Dengan keadaan yang suram dan tangga yang berkayu tu, si Hadif ni jadi gayat. Terpaksalah mama dukung turun tangga. Tinggi lak tuh tangga.

Pas turun tangga bermulalah episod pameran pelbagai jenis ikan dan pelbagai saiz.

Last sekali baru jumpa tunnel. Mula-mula masuk dalam tunnel escalator tu bergerak. Tapi separuh jalan terhenti. Agaknya sebab ramai orang kot. So masing-masing jalan kaki sendiri.

Bila dah keluar terowong sebelum keluar tu ada tempat cermin besar. Kebetulan kami pergi time diorang buat show bagi ikan makan. Show ni dua kali sehari jer. Pukul 12 dan 3 petang. 

Kira langkah kanan la kami. Kami tak tau pun sebenarnya ada show ni. Lama gak diorang menyelam. Adalah dalam 30 minot kot. Kami tak tunggu lama coz Rayyans dah bosan. Mula merengek ajak keluar.

2 comments:

  1. bestnya tgk ikan...tak pernah sampai lg nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jugak la dpt tengok ikan mcm2 saiz. ada masa nnt bawa la kaisara tengok ikan. bdk2 suka la

      Delete