Tuesday, February 5, 2013

KLCC

Dah habis makan, kami pusing-pusing sekitar KLCC dulu. Lama betul mama tak jejak kaki kat sini. Kalau tak dulu masa dok ampang boleh kata setiap minggu datang KLCC tengok wayang. La ni bercinta rasanya nak tempuh traffic masuk KL.

Decoration dalam KLCC bertemakan raya cina. Dah kata seminggu la diorang nak raya kan. Tapi deconya simple jer. Tak sevazz deco time krismas. Kenapa ya??

Nak gak bergambar ngan tanglung. Hajat hati nak bergambar ngan anak-anak. Tapi masing-masing melilau jer pandang tempat lain.

Dah bosan pusing dalam KLCC, kami keluar tengok air pancut plak. Nak shopping, bukan taraf kami. Semua mahal. Harapkan window shopping jer la mampu.

Kat luar pun ada decoration CNY gak.

Tapi lepak kejap jer sebab panas yang amat. Matahari terik walaupun sudah pukul 5 petang.

Buat syarat jer keluar sini tengok air pancut.

Dari KLCC kami terus shoot ke rawang umah mak long. Hari ni birthday si bolat ni yang pertama. Happy birthday Faiq dari cik ngah dan abang kembar. Semoga Faiq jadi anak yang baik-baik sahaja.

No comments:

Post a Comment