Saturday, February 16, 2013

Memenuhi Undangan

Hari ni mama ada dua jemputan kenduri yang nak kena attend. Kalau ikutkan satu jer, kenduri akikah baby allesya damia. Tup tup pagi ni dapat call dari kakak ipar menjemput kenduri on the very same day. Nasib baik semalam dah plan dengan gegurls kat opis nak ke kenduri akikah tu belah petang. So belah pagi bolehlah ke kenduri kesyukuran dan house warming anak sedara papa.

Agak mengejut juga jemputan kali ni. Nasib baik kami takde plan lain. Lagi nasib baik, dua-dua kenduri satu jalan jer. Satu kat rawang, satu lagi kat serendah. Sekali jalan jer. Kenduri kat rawang tu main redah jer coz empunya diri yang menjemput tak cakap kenduri untuk apa. Sampai sana baru tau kenduri naik umah baru rupanya.

Antara lauk kenduri yang dimasak sendiri oleh tuan rumah. Actually banyak lagi lauknya, tapi tukang amik gambar agak malas nak menekan kamera. Kosentrasi lebih tertumpu untuk mengisi perut. Sedap-sedap lauknya.

Lepas kenduri kat rawang, kami sambung ke majlis akikah aleesya damia plak kat serendah. Damia ni anak opismate mama.

Sebelum masuk umah, haruslah menitipkan sepatah dua kata untuk puteri yang diraikan.

Cantik buaian berendoi si puteri hasil air tangan mommynya sendiri. Kreatif mommy damia buat sendiri pelamin berendoi ni. Sesapa nak sewa pasni bolehlah kontek mommy damia.

Kami sampai belah petang. Majlis berzanji dan marhaban dah habis. Tinggal buaian kosong jer. Puteri dah penat, masuk bilik untuk beradu.

Si kembar ni geram jer tengok buaian. Nasib baik tak jahanam buaian orang diorang kerjakan. Mama marah pun dah tak makan saman. Sori yer tuan rumah.

Gadis dan bunga...oppsss...silap...hadif dan bunga la mama

Mama suka sangat dengan bunga hydrangea ni. Kalau ada sesapa nak ke nilai mama nak kirim belikan bunga ni ya. Mama nak kaler pink, putih dan biru. Masa gi cameron dulu, pernah gak tanya harga sepasu bunga yang hidup. Humangaihh...mahal bebenor.

Tak lama selepas kami sampai, rombongan aunty tasya dan mama jue plak sampai. Memang dah plan kan nak gi petang tapi kami sampai awal. Diorang pun attend kenduri lain gak belah pagi.

Bereunionlah kami sekejapan petang itu. Tapi masih tak cukup korum. Kak hanim datang belah pagi. Eld plak sampai bila kami dah nak gerak balik.

Akhir kata, untuk aleesya damia, semoga membesar jadi anak yang baik, taat kepada kedua ibubapa.

1 comment:

  1. nak beli bunga hydrangea n pasu like in your pix yang murah try cari di aeon big seksyen 23 or seksyen 18 shah alam... i beli 1 set siap pasu n pilihan warna bunga tu about rm150 jer...

    ReplyDelete